disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Selasa, 10 Mei 2011

Air Zamzam


Umat Islam percaya mata air zamzam ditemui oleh Siti Hajar isteri kedua Nabi Ibrahim a.s dan ibu kepada anak Nabi Ibrahim iaitu Nabi Ismail.Siti Hajar dan anak kecilnya Nabi Ismail kehausan di kawasan gurun kering kontang . Lantaran itu Siti Hajar berlari anak 7 kali antara bukit Safa dan Marwa untuk mendapatkan air untuk anak kecilnya itu. Allah menghantar malaikat Jibrail untuk mengeluarkan air suci dari tengah-tengah padang pasir itu. Lokasinya ialah tempat Nabi Ismail menghentak-hentak kaki dan menangis. Siti Hajar mengepong kawasan mata air itu dengan batu-batu dan memanggil zamzam yang bermaksud 'kepung air'. 


Ketika itu Mekah belum ada penduduk. Datuk Nabi Muhamad SAW iaitu Abdul Muttalib telah menjaga, mengurus dan menjaga keselamatan satu-satunya sumber air di kota Mekah.
Air Zamzam ini memiliki nilai yang sangat tinggi bagi umat Islam karena merupakan air barokah, air yang diberikan Allah Yang Maha Pemurah sehingga dapat diminum oleh siapa saja. 


Seperti yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad SAW, Air Zamzam dapat diminta untuk apa saja.” Diantara muhaditsin menegaskan bahwa air Zamzam, jika diminum dengan niat atau maksud untuk menhilangkan lapar, jadilah ia seperti makanan yang menyangkut, dan jika diminum dengan niat atau maksud menghilangkan dahaga, jadilah ia pengusir dahaga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.