disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Ahad, 15 Mei 2011

FITNAH - BUDAYA POLITIK YANG JIJIK

Di antara masaalah besar yang melanda di Malaysia ialah budaya fitnah memfitnah dalam berpolitik. Ia adalah mainan kotor orang politik  yang di warisi dari ideologi barat. Ianya adalah "political game" yang termaktub  dalam rukun politik  ideologi barat (walaupun tak tersurat). Malangnya orang orang politik beragama Islam pun turut serta dalam 'political games" ini kerana tidak mahu tersingkir dari arena atau gelanggang politik. Mereka menghalalkan permainan kotor ini atas alasan terpaksa (dharurat).

Kita diuji oleh Allah SWT  berhadapan dengan  golongan ini apabila kita kata fitnah, mengumpat,mengata, memaki hamun, mengaibkan orang walaupun dalam berpolitik  adalah haram, iaitu berdosa besar. Mereka kata dalam berpolitik perbuatan ini di benarkan dalam Islam berdasarkan hukum fiqh (maslahat politik).

Umat Islam kini sudah tidak dapat berpolitik secara bersih saperti yang di kehendaki oleh Islam kerana terlalu terbawa bawa oleh ideologi politik barat yang kotor. Sebab itu lah sampai bila pun orang Islam tidak akan dapat mempunyai pemimpin yang bersih dan baik kerana proses berpolitik yang di lalui adalah kotor dan jijik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.