doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Khamis, 19 Mei 2011

Hijir Ismail

Hijir Ismail : Atau dikenali juga dengan nama Hateem adalah satu binaan tembok separuh bulatan setinggi 1.5 meter yang terletak berdampingan dengan Ka'bah di sebelah utara. Hijir Ismail itu pada mulanya hanya berupa pagar batu yang sederhana saja. Kemudian para Khalifah, Sultan dan Raja-raja yang berkuasa mengganti pagar batu itu dengan batu marmar. Hijir Ismail ini dahulu merupakan tempat tinggal Nabi Ismail, disitulah Nabi Ismail tinggal semasa hidupnya dan Seterusnya ia menjadi kandang kambing kepunyaan Nabi Ismail, kemudian menjadi kubur beliau dan juga ibunya. Pada waktu itu, kawasan ini tidak menjadi sebahagian daripada binaan Kaabah lagi.



Namun begitu, selepas pembinaan Kaabah oleh bangsa Arab Quraisy ukurannya telah dikecilkan, sebahagian daripada Hijir Ismail telah dimasukkan sebagai kawasan Kaabah. Justeru, bagi mereka yang tiada kesempatan untuk masuk ke dalam Kaabah, memadailah bagi dirinya berada di Hijir Ismail untuk beribadat kemudian menjadi kubur beliau dan juga ibunya.

Berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w. sebahagian dari Hijir Ismail itu adalah termasuk dalam Kaabah. Ini diriwayatkan oleh Abu Daud dari 'Aisyah r.a. yang berbunyi : 'Dari 'Aisyah r.a. katanya; "Aku sangat ingin memasuki Kaabah untuk melakukan solat di dalamnya. Rasulullah s.a.w. membawa Siti 'Aisyah ke dalam Hijir Ismail sambil berkata " Solatlah kamu di sini jika kamu ingin solat di dalam Kaabah, karena ini termasuk sebahagian dari Kaabah.

Solat di Hijir Ismail adalah sunat hukumnya, dalam ertikata tidak wajib dan tidak ada kaitan dengan rangkaian kegiatan ibadah Haji atau Umrah.

Bagi mereka yang bertawaf, tidak sah tawafnya melalui kawasan bahagian dalam hijir Ismail kerana ia sebahagian daripada Kaabah.
Apabila berada di Hijir Ismail sunat dibaca doa berikut:


Maksudnya :"Ya Allah, Engkaulah Pemeliharaku, tiada Tuhan selain Engkau, yang menjadikan daku. Aku ini hamba-Mu, memenuhi janji dan ikatan pada-Mu sedapat mungkin, aku berlindung pada-Mu dari kejahatan yang telah kuperbuat, aku kembali kepada-Mu membawa nikmat-Mu dan membawa dosa- dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain dari Engkau. Ya Allah, aku mohon pada-Mu, kebaikan yang diminta juga oleh hamba-hamba- Mu yang saleh kepada-Mu aku berlindung pada- Mu dari kejahatan yang hamba-hamba-Mu yang saleh berlindung pula daripadanya....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan