doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Khamis, 19 Mei 2011

Kiswah (Kelambu Kaabah)

Pada kaabah kita sering melihat adanya Kiswah (kain/selimut hitam penutup kaabah). Tujuan dari pemasangan kain itu adalah untuk melindungi dinding kaabah dari kotoran, debu, serta panas yang dapat membuatnya menjadi rusak. Selain itu kiswah juga berfungsi sebagai hiasan ka’bah. Kerajaan Arab Saudi mengambil tanggungjawab menenun kain kelambu Kaabah itu. Sebelum ini ia pernah ditenun di Mesir dan India tetapi didapati mudah luntur. Kerja penukaran kiswah itu dilakukan setiap tahun ketika jemaah haji berwukuf di Arafah. Kelambu Kaabah yang sudah atau belum digunakan disimpan di tempat tertentu dan kelambu yang digunakan dibahagikan kepada pemimpin dan tokoh tertentu dalam kalangan negara Islam.

Perbelanjaan buat kelambu Kaabah memakan belanja sebanyak RM17.5 juta -Seramai 220 pekerja diberi tanggungjawab menyiapkan kelambu Kaabah dalam setahun -Lokasi pembuatan itu terletak di Masna’ Kiswah Ummul Jaud, jalan menuju Hudaibiyah tempat terkenal dalam sejarah Islam -Lokasi itu, menurut Khamis, didirikan Raja Arab pada 7 Rabiul Akhir 1397 hijrah. -Arab Saudi mula merencanakan pembuatan kiswah pada Muharam 1346 hijrah, pada zaman pemerintahan al-Malik Abdul Aziz Abdul Rahman al-Saud. -Kelambu Kaabah bahagian luar berwarna hitam dengan lapisan berwarna putih di bahagian dalamnya, manakala kiswah di bahagian dalam Kaabah berwarna hijau.

“Sebanyak 670 kilogram benang sutera asli diperlukan bagi membuat kiswah, dana dikeluarkan adalah RM17.5 juta,” katanya.Pembuatan kiswah katanya, membabitkan mesin dengan kemampuan 9,986 benang per meter. “30 tahun lalu, kiswah dibuat dengan alat tenun, memakan masa lapan bulan, berbanding menggunakan mesin hanya mengambil masa lima bulan,” katanya. Replika pintu Kaabah disulam dan ditutup dengan kiswah berhiaskan pelbagai ayat suci al-Quran yang dibuat pada zaman Sultan Murad Khan 1410 hijrah. Pekerja menyulam benang emas dan perak serta memotong kiswah dan membentuk kaligrafi ayat al-Quran. Lokasi Masna’ Kiswah terletak berhampiran Muzium Haramain, di mana setiap 1 Zulhijah diadakan upacara simbolik penyerahan kiswah kepada Ketua Urusan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Imam Masjidil Haram biasanya menghadiri upacara penyerahan kiswah pada upacara penyerahan 1 Zulhijah 1431 hijrah, yang dihadiri Imam Syeikh Mahir al-Mu’aykali. Pada upacara itu dilakukan penyerahan simbolik kunci pintu Kaabah kepada Dr Saleh al-Saiby, ahli waris pemegang kunci pintu Kaabah. Pemegang kunci sebelumnya ialah Abdul Aziz al-Saiby, beliau sudah meninggal dunia. Keluarga al-Saiby menjadi pemegang kunci pintu Kaabah sejak zaman Quraisy lagi, iaitu sebelum Nabi Muhammad diangkat menjadi Nabi dan Rasul.
Kunci Kaabah zaman Rasulullah

Kerja penukaran kiswah itu dilakukan setiap tahun ketika jemaah haji berwukuf di Arafah.
Kelambu Kaabah yang sudah atau belum digunakan disimpan di tempat tertentu dan kelambu yang digunakan dibahagikan kepada pemimpin dan tokoh tertentu dalam kalangan negara Islam. Penukaran kelambu Kaabah adalah tradisi sejak 1,500 tahun silam dan ia dimulakan sejarahnya oleh Nabi Ismail AS. Sejak itu setiap tahun kelambu Kaabah di ganti hinggalah sekarang. Kerajaan Arab Saudi mengambil tanggungjawab menenun kain kelambu Kaabah itu.





Tekunnya mereka ini bekerja menyiapkan kiswah kaabah.
  
               

               

               

               

               
             
               

               
 
               

                 

                


   
    Kerja Pemasangan Kelambu Kaabah (Kiswah)




Dato’ Dr. Haron Din antara beberapa VIP dari Malaysia yang pernah diberi penghormatan bersama-sama tetamu kerajaan Arab Saudi yang lain memasuki ke dalam Kaabah. Mereka  berpeluang beribadat selama sejam di dalam Kaabah.
Pak Su tabik Dato' Dr Harun Din kerana beliau telah berpeluang memasuki Kaabah sebanyak 3 kali sejak 2001. Mungkin inilah ganjaran yang Allah kurniakan atas keikhlasan beliau mengorbankan masa, tenaga, buah fikiran untuk menyebar ilmu dan segala kelebihan yang beliau miliki demi kesejahteraan ummah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan