doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Jumaat, 16 Disember 2011

Solat Tahajjud


Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.

Firman Allah SWT:


.
Rasulullah SAW bersabda:  “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.”   
(Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)

Terlalu banyak fadilat dan kelebihan sembahyang tahajjud. Ini kerana tahajjud merupakan suatu amalan yang sukar dilakukan. Walaupun bilangan rakaatnya (paling kurang) hanya dua sahaja tetapi tidak semua orang mampu melakukan. Apatah lagi waktunya adalah pada waktu malam dan selepas tidur. oleh itu Allah dan RasulNya menjanjikan ganjaran yang besar terhadap mereka yang sanggup melepaskan tidurnya semata-mata untuk mengerjakan tahajjud. 


Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw bersabda:”Tuhan kita ‘azza wa jalla tiap malam turun ke langit dunia pada sepertiga malam yang terakhir. Pada saat itu Allah berfirman: ‘Barang siapa yang berdo’a kepada-Ku pasti Kukabulkan, barang siapa yang memohon pada-Ku pasti Kuberi, dan barang siapa yang meminta ampun padaKu pasti Ku ampuni.’
Dari Amr bin Absah : “Saya mendengar Nabi saw bersabda: ‘Sedekat-dekatnya hamba pada Allah ialah pada tengah malam yang terakhir. Maka jikalau engkau dapat termasuk golongan orang yang berdzikir kepada Allah pada saat itu, usahakanlah’!


Dari Anas r.a. dari Nabi saw sabda: “Solat di masjidku ini sama nilainya dengan sepuluh ribu solat, solat di masjidil haram sama dengan seratus ribu solat, solat di medan jihad sama dengan dua juta solat. Tapi yang lebih banyak dari kesemuanya itu adalah dua rakaat yang dikerjakan oleh seseorang hamba di tengah malam.”
Saidina Umar Al-Khattab pula menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata yang maksudnya: “Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat:
Antara kelebihan yang diperoleh di dunia:
1. Terhindar dari  bala bencana dan dijauhi dari segala penyakit.
2. Ada nur pada wajah dan memberi ketenangan pada orang yang melihatnya.
3. 
Dikasihi oleh para ahli ibadah dan semua manusia. 

4. Setiap tutur kata mengandungi hikmah dan bijaksana yang boleh memberi manafaat kepada orang lain.
5. Pemahaman tentang agama semakin meningkat dan Allah berikan banyak kelebihan berbanding orang lain.

Kelebihan yang akan diperoleh di akhirat:
1. Dibangkitkan dari kubur dengan wajahnya yang berseri-seri. 
2. 
Dipermudahkan hisab.
3. Dapat menyeberangi titian sirat dengan cepat tanpa masaalah.
4. 
Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.




CARA MENUNAIKAN SOLAT TAHAJUD  


Sebelum melaksanakan solat tahajjud, Rasulullah SAW biasa memulainya dengan mengerjakan solat 2 rakaat yang ringan, juga disebut dengan solat Iftitah. Solat Iftitah ( pendahuluan ) dikerjakan sebanyak 2 rakaat, dengan hanya membaca surat Al fatihah tanpa surat setelahnya, baik pada rakaat pertama mahupun pada rakaat kedua.

Solat tahajjud boleh dilakukan bersendirian atau berjemaah sekurang-kurangnya dua rakaat dan sebanyak-banyaknya tiada had


1. Niat solat tahajjud:



“ Sahaja aku solat sunat tahajud dua rakaat kerana Allah taala”.


2. Pada rakaat Pertama Baca:
 Al-fatihah dan di ikuti dengan Bacaan/surah lain

3. Pada rakaat kedua baca:
 Al-Fatihah dan bacaan mana-mana surah yang lain.

4. Salam

Doa tahajjud selepas salam:









Tiada ulasan:

Catat Ulasan