doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Isnin, 16 Mei 2011

Tempat Ziarah di Madinah

Di Madinah terletak Masjid Nabawi yang dikenali sebagai Masjid Nabi kerana di sinilah bersemadinya Makam Nabi Muhammad SAW. Di Masjid inilah terletaknya Raudah yang diiktiraf sebagai ‘sebahagian daripada Taman Syurga’

Kelebihan amalan menziarahi makam Nabi SAW terkandung di dalam beberapa hadis. Antaranya sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Barang siapa menziarahi kuburku pasti dia mendapat syafaatku.” – (Riwayat Al Bazzar dan Al Darulqutni daripada Ibn Omar)
Kubur dua sahabat Baginda, Saidina Abu Bakar al-Siddiq dan Saidina Omar Ibn al Khattab juga terletak bersebelahan makam Baginda.

Selain makam dan Masjid Banginda, tempat-tempat yang menarik Jemaah ialah:
1. Perkuburan al-Baqi’e - kira-kira 400 meter dari makam Rasulullah SAW. Di sini ada kira-kira 10,000 sahabat Nabi SAW yang berjuang bersama-sama Baginda dalam penyebaran Islam, termasuk isteri, putera dan puteri serta ahli keluarga Nabi SAW.





2. Masjid Quba
Masjid Quba’ terletak di perkampungan Quba’, kira-kira 3 km dari arah selatan bandar Madinah. Nama Quba’ diambil daripada nama sebuah telaga yang berada di tempat itu. Masjid ini berbentuk empat persegi dan luas kawasannya kira-kira 5035 m persegi pada masa sekarang. Masjid Quba’ ini merupakan masjid pertama yang dibina dalam sejarah Islam yang diasaskan atas dasar taqwa dan iman yang padu.
Pada hari Isnin 8 Rabiul Awal bersamaan 23 September 622 Masihi Rasulullah telah tiba di perkampungan Quba’ dalam perjalanan hijrah dari Makkah. Baginda tinggal di sana selama empat hari bersama Bani ‘Amru bin Auf di rumah Klthum bin Al-Hadm.
Pada hari pertama tersebut Rasulullah terus membina Masjid Quba’, iaitu masjid yang pertama dibina dalam sejarah umat ini. Rasulullah sendiri turut mengangkut b-bata dan pasir-pasir bersama para sahabat.
Asy-Syimus binti An-Nu’man menceritakan : “Aku melihat Rasulullah ketika membina masjid ini. Baginda memikul batu-bata di atas belakangnya sehingga bongkok tubuhnya. Debu-debu dan pasir penuh di tubuh dan bajunya. Apabila salah seorang sahabat meminta untuk mengambil bebanan itu daripadanya, Baginda tidak membenarkannya, sebaliknya menyuruh mereka membawa bebanan lain sepertinya”.
Setelah itu Rasulullah mengimami solat berjemaah secara terbuka bersama para sahabat di Masjid Quba’, berkiblatkan Masjd Al-Aqsa pada waktu itu.


 




3. Jabal Uhud - kira-kira lima kilometer ke utara bandar Madinah. Di sini ditempatkan 70 jenazah tentera Islam yang syahid dalam peperangan Uhud pada tahun ke-3 Hijrah. Dalam peristiwa itu, kira-kira 3,000 tentera Islam syahid dan mereka dikebumikan di celah Bukit Uhud.


4. Masjid Qiblat’ain (Masjid Dua Qiblat)

Dari luar bentuk kubahnya tak jauh beza dengan Masjid Quba.
Masjid Qiblatain terletak di tengah-tengah perkampungan Bani Salamah, iaitu di sebelah barat daya Madinah. Ia dikelilingi oleh kebun-kebun. Manakala Wadi Al-Aqiq pula terhampar di sebelahnya.

Sewaktu Rasulullah tiba di Madinah, Baginda diarahkan supaya menghadap ke arah Baitul Maqdis(kiblat solat) dan ramai di antara penduduk Madinah waktu itu daripada kalangan Yahudi dan memang kiblat mereka ialah Baitul Maqdis. Oleh itu, orang Yahudi sangat gembira dengan perbuatan Rasulullah ini, sedangkan Rasulullah sebenarnya lebih suka jika kiblat solat ditukar ke arah Baitullah. Rasulullah pun berdoa dan memandang ke langit mengharapkan turunnya wahyu mengizinkannya dan para sahabat berpaling ke Baitullah.

Ada riwayat mengatakan bahawa orang-orang Yahudi sentiasa mengejek Rasululllah dengan berkata: “Muhammad menentang ajaran kita tetapi solatnya mengikut kiblat kita” . Akhirnya, selepas 16 atau 17 bulan Rasulullah menghadap ke Baitul Maqdis, barulah Baginda mendapat perintah untuk berkiblatkan Kaabah.

Terdapat beberapa pendapat tentang turunnya ayat penukaran qiblat ini. Antaranya, Ibnu Saad meriwayatkan bahawa Rasulullah sedang melawat Ummu Bishr bin Al-Bara’ di kawasan Bani Salamah. Apabila tiba waktu solat zuhur, Baginda bersolat di masjid perkampungan itu. Sedang Baginda berada di rakaat kedua solatnya, turun wahyu dari Allah memerintahkannya agar menukar arah kiblat dari Masjidil Aqsa ke arah kaabah di Masjidil Haram. Baginda terus berpaling menghadap ke arah kaabah, ke sudut yang bertentangan dengan saluran emas dengan pusingan 180 darjah dan menyambung baki solatnya. Begitulah masjid yang bersejarah ini mendapat namanya.



5. Masjid Tujuh - Tempat berlakunya Peperangan Khandaq yang dikenali juga peperangan Ahzab pada tahun keempat hijrah. Masjid ini terletak kira-kira dua kilometer di sebelah barat laut bandar Madinah.

6. Pasar Kurma - Tidak sah kunjungan ke Madinah jika tidak membeli-belah di pasar kurma bagi membeli buah tangan untuk dibawa pulang. Antara jenis kurma yang mendapat perhatian kami ialah Ajwa (kurma Nabi), ruthab dan Ambar. Jemaah dinasihatkan membeli kurma di Madinah kerana harganya lebih murah terutama sekali kurma Ajwa.
                                     Kurma Ajwa (Kurma Nabi)

Kurma Ajwa digelar kurma Nabi kerana ditanam oleh Rasulullah SAW selepas dicabar orang Yahudi. Sebenarnya mereka mempunyai helah dengan merebus kurma itu sehari semalam. Mereka mencabar Nabi Muhammad menanamnya, sekiranya tumbuh, mereka akan memeluk Islam. Mukjizat Nabi mengatasi tipu muslihat orang Yahudi, apabila benih yang ditanam itu tumbuh subur dan boleh dinikmati sehingga ke hari ini.
                                            
                                                  Kurma Ambar
  

Berbeza dengan kurma masak, Kurma muda (ruthab)  rasanya manis bercampur rasa sedikit pahit.  Tekstur buahnya seperti daging buah kelapa di bagian dalamnya. Warna kurma muda yang biasa
digemari oleh perempuan adalah kurma muda yang berwarna kuning, sedangkan kurma muda yang berkhasiat bagi kehebatan lelaki berwarna merah. Kurma muda (ruthab) diyakini dapat membantu kesuburan bagi wanita yang ingin segera hamil.
                                         Kurma Muda (ruthab)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan