doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Rabu, 10 Ogos 2011

Keindahan orang yang sabar

Firman Allah SWT: Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang yang sabar. (an-Nahl:126)


Sifat sabar dalam menghadapi kesempitan, kesusahan dan penderitaan berfungsi mendidik, mengasuh dan menyediakan jiwa manusia supaya tidak hilang semangat setiap kali ditimpa kesusahan dan rebah serta cemas ketika dalam kesempitan. Itulah sifat tabah, gigih dan teguh sehingga dirasakan malapetaka bertukar menjadi manis.

Sikap sabar dan memaafkan perbuatan orang yang suka menyakiti kita adalah satu sifat yang mulia kerana sikap ini boleh membentuk pihak yang satu lagi kearah kebaikan. Allah menghendaki kebaikan terhadap hambanya kerana ke jalan itu sentiasa terbentang luas.

Allah telah meletakkan asas dan landasannya maka terserahlah kepada manusia sendiri untuk memilih jalannya, kerana manusia telah dikurniakan akal untuk berfikir dan tenaga untuk berusaha.

Sifat sabar dan suka memaafkan kesilapan orang lain adalah sikap yang baik daripada sikap membalas balik perbuatan tersebut. Sikap sabar mampu membawa keamanan dan keharmonian manusia sejagat.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan