doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Ahad, 4 November 2012

Kehadiran Tetamu Tanpa UNDANGAN...


Bila tiba saat kematian, Malaikat Izrail akan datang dengan wajah yang berbeza. Jika orang soleh, dia datang dengan wajah yang lembut dan indah, dengan bau yang begitu harum semerbak. Ketika itu orang yang hampir mati itu akan mendapat ketenangan dan bantuan untuk melafazkan kalimah syahadah. Namun, bagi orang yang fasik, malaikat maut akan datang dengan wajah yang buruk, bengis dan berbau busuk. Keadaan ini akan menambah derita selain derita sakratulmaut yang sedia dihadapi. Waktu itu, bila


ditalkinkan menyebut , dia sibuk dengan kesakitan dan kengeriannya sehingga tidak sempat memberi respons.

Imam Al-Ghazali dalam kitab 'Ihya'Ulumuddin' memaparkan kisah Nabi Ibrahim Alaihissalam yang pernah bertanya kepada malaikat maut, "Bolehkah kau memperlihatkan wajahmu ketika mencabut nyawa orang yang derhaka?". Jawab malaikat: "Kau tidak akan kuat semangat untuk memandangnya!". Namun Nabi Allah Ibrahim berkeras:"Daku sanggup!". Ujar malaikat maut:"Kalau begitu, silakan kamu membelakangiku barang sebentar".

Nabi Ibrahim pun berpaling ke belakang. Dan ketika beliau menghadap kembali, tampaklah bentuk tubuh yang hitam menghantu, berambut tegak, berbau busuk dan berselubung hitam, manakala mulut dan hidungnya menyembur nyalaan api dan asap. Melihat keadaan itu, Nabi Ibrahim jatuh pengsan. Dan ketika dia sedar semula, malaikat maut telah kembali kepada bentuk asalnya. Maka Nabi Ibrahim berkata,"Hai saudaraku malaikat maut, Kalaupun pada saat matinya seorang berdosa hanya dihukum dengan melihat wajahmu, itupun sudah lebih daripada cukup!".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan