disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Jumaat, 3 Mei 2013

Redha dan bersabarlah menghadapi ujian Allah SWT

Daripada Anas RA katanya, telah bersabda Rasulullah SAW, “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang hambanya, disegerakan bagi hamba itu balasan sewaktu di dunia. Sebaliknya jika Allah menghendaki dengan hambanya keburukan ditangguh pembalasan itu supaya disempurnakannya di hari kiamat. Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya ujian, sesungguhnya Allah itu apabila dia mengasihi sesuatu kaum dia menguji mereka dengan kesusahan. Sesiapa yang redha dengan kesusahan itu akan mendapat keredhaan Allah dan siapa yang tidak redha maka dia akan menerima kemurkaan Allah.”

Di antara ujian yg diberikan kepada hamba-NYA adalah ujian berbentuk kerenah manusia. Ia adalah lumrah kehidupan. Ada ibu yg diuji dengan perangai anaknya. Ada suami yg diuji dgn karenah isteri. Manakala ada anak diuji dgn hubungan di antara ibu dan bapa.

Dalam hubungan masyarakat juga begitu. Ada teman yg menangis gara-gara tindak-tanduk sahabat yg menyakitkan hati. Ada guru yg stres kerana kenakalan anak murid. Ada yang menganggu dan menyakiti hati jiran dengan pelbagai karenah. Ada pula yang gelisah kerana perbuatan orang lain. Itu semua adalah ujian yang diturunkan untuk mencari siapakah di antara kita yang paling baik amalannya.


Firman Allah SWT:

Yang bermaksud:
Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang yang sabar.

Allah telah meletakkan asas dan landasannya maka terserahlah kepada manusia sendiri untuk memilih jalannya. Jika kita ingin menjadi hamba yang dikasihi Allah hendaklah sentiasa bersabar menerima ujian yang diturunkan Allah kepada kita. Hadapilah ujian dan dugaan dari Allah SWT  dengan keimanan,ketakwaan dan kesabaran. Moga-moga kita sentiasa berada dibawah payung rahmat,redha dan kasih sayangNYA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.