doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Rabu, 10 Julai 2013

Ramadhan datang lagi...


Ramadhan datang lagi, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja telah mengistiharkan bahawa 1 Ramadhan 1434H jatuh pada hari rabu, 10 Julai 2013...

Perasaan gembira yang melonjak-lonjak dalam jiwa menanti kehadhiran bulan Ramadhan oleh jemaah Masjid Mukim Padang Enggang,  begitulah apa yang pernah dirasai oleh para sahabat dan Rasulullah sendiri. Seawal bulan Rajab, Syaaban baginda dan para sahabat bersiap sedia menanti-nanti ketibaan ya Ramadhan. al Mubarak.

Diceritakan oleh Rasululullah saw..." dan apabila munculnya malam pertama Ramadhan , diJannah datang satu tiupan angin datangnya dari bawah Arasyh. Ia dikenali sebagai 'Muthirah" dan menyebabkan dedaun pohonan Jannah bergeseran dan gagang pintu bergetar lalu menghasilkan satu bunyian yang sangat merdu..yang belum pernah didengari sebelumnya.. ."

MasyaAllah -  kita masih diberi peluang menyambut Ramdhan pada tahun ini betapa istimewanya bulan Ramadhan kurniaan Allah ini buat kita...itulah yang membuatkan para sahabat menyambut Ramadhan ini...dengan memperbanyakkan sedekahnya, tilawahnya, dengan tahajudnya, dengan senyuman dan akhlak mulia nya, dengan tangisan dan doanya....seolah- olah, INILAH RAMADHAN YANG TERAKHIR BUAT MEREKA....Itulah contoh yang terbaik bagi kita dan kita boleh ambil iktibar darinya dengan terus mempertingkatkan amalan seharian sebelum malaikat maut datang menjemput.

Perlu juga kita ambil iktibar dari pesanan kekasih kita Rasulullah saw dalam satu pertemuan di penghujung bulan Syaaban- baginda berkhutbah pada para sahabat - satu pesanan yang diabadikan dalam catatan para ulamak buat kita turunkan generasi demi generasi hinggalah ke hari kiamat- cuba renungi pesanan baginda ini...

Salman ra meriwayatkan bahawa “ Pada hari terakhir Syaaban , Rasulullah saw berkhutbah kepada kami “ Wahai manusia, kita muncul kepadamu satu bulan yang besar (shahru Azim), bulan yang tersangat berkat (shahru azim mubaraq) terkandung didalamnya satu malam yang terlebih tinggi nilainya dari seribu bulan .

Inilah bulan yang Allah fardhukan puasa disiang harinya dan menjadikan solat tarawikh sebagai sunnah di malam harinya. Sesiapa yang ingin bertaqarub (menghampirkan) dirinya kepada Allah, melalui amalan soleh dibulan ini, maka akan dibalas kepadanya dengan ganjaran seolah-olah dia melakukan amalan fardu di bulan yang lain pada tahun itu.

Barangsiapa yang melakukan amalan fardu akan akan diberi ganjaran pahala kepadanya tujuh puluh (70) amalan fardhu pada bulan lain. Inilah sesungguhnya bulan ramadhan ini adalah bulan untuk menguji kesabaran dan ganjaran kesabaran sejati ialah “Jannah”.Inilah bulan simpati terhadap sesama lainnya.

Di bulan inilah rezeki orang-orang beriman ditambah. Barangsiapa memberi makan (untuk berbuka puasa) kepada orang yang berpuasa maka dibalas kepadanya dengan keampunan terhadap dosa-dosanya (magfiratan lizunubih) dan dibebaskan dari api neraka (itko raqibatihi minan nar) dan dia juga memperolehi ganjaran yang sama sebagaimana orang yang berpuasa tadi tanpa sedikitpun mengurangi pahala orang yang berpuasa tadi.

Maka kami (para sahabah) pun berkata “ Ya Rasulullah tidak kesemua kami mempunyai sesuatu yang dapat diberikan kepada orang yang berpuasa makanan untuk mereka berbuka “ Jawab Rasulullah saw “ Allah akan mengurniakan balasan kepada orang yang memberi walaupun sebiji tamar kepada orang yang berpuasa, ataupun seteguk air atau sehirup susu untuk dia berbuka puasa.

Inilah bulannya yang awalnya Allah menurunkan RAHMAT, 

di pertengahannya Allah berikan KEAMPUNANNYA , 

dan pada akhirnya Allah MEMBEBASKAN hambaNYa daripada api neraka Jahanam. 

Di bulan ini berusahalah bersungguh-sungguh iaitu dengan memperbanyakkan melakukan empat (4) perkara :-

Dua diantaranya adalah untuk menyukakan Allah dan dua lagi kamu tidak boleh tidak mesti lakukannya.

~Dua Perkara yang kamu lakukan kamu dapat menyukakan Allah adalah dengan memperbanyakan membaca Shahadah Laila ha Ila Lallah dan beristihfar (mohon kemapunan degan sungguh-sungguh)  kepadaNYA

~Dua Perkara lagi kamu tidak boleh tidak mesti lakukannya adalah kamu mohon pada Allah untuk masuk shurga dan berlindung deganNya daripada dicampak kedalam neraka.

Barangsiapa memberi minum kepada orang yang berpuasa, maka Allah akan memberinya minum daripada telagaku (HAUD) yang sekali minum dia tidak akan kedahagaan lagi sehinggalah dia memasuki Jannah.
 - Hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya begitu juga AlBaihaqi dan Ibn Hibban 

Marilah kita muhasabah diri kita di bulan Ramdhan ini sebelum kita di muhasabah oleh Allah nanti..banyakkan mengucapkan La ila Ha Ila Lallah sambil cuba mengamati implikasi tuntutan syahadah ini, banyakkan ISTIGHFAR,   banyakan SUJUD sambil menangis didepan Pencipta, kurangkan  tidur- bermunajatlah di waktu malam dan sahur, Tilawahlah dan TADDABURlah ayat-ayat Allah....dan kalau ada kemampuan - disiplinkan diri supaya dapat khatam kitab suci Al quran di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Jangan lupa doa untuk kemakmuran negara kita yang tercinta - juga selalulah berdoa untuk umat islam di Mesir, Palestin, Myamar, Selatan Thai, Mindano dan semua mujahidin fi kulli makan wa kulli zaman-dan doa minta syahid dijalan Allah. Amin Ya Rabb.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan