disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Jumaat, 2 Ogos 2013

Rebut Peluang Pengampunan Di Malam Lailatul Qadar

Ramadhan adalah bulan yang terbaik, penghulu segala bulan yang sama dengan hari Jumaat, penghulu segala hari.

Ia merupakan anugerah Allah kepada insan muslim agar mengambil kesempatan daripada kedatangan Ramadhan dengan memperbanyakkan kerja taat kepada Allah untuk memperolehi anugerah tambahan-Nya atau bonus agung-Nya dengan menjanjikan Lailatul Qadar yang biasanya akan jatuh pada salah satu daripada 10 malam terakhir.

Mungkin inilah yang disebut oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dalam satu hadis yang bermaksud: Alangkah hairannya, bagi orang yang dianugerahkan umur sehingga selesai satu Ramadhan tiba-tiba ia tidak mendapat keampunan daripada Allah SWT.

keampunan itu merupakan satu anugerah yang dijanjikan kepada orang yang benar-benar menjadikan Ramadhan sebagai bulan ibadah khusus kerana Allah. Di samping mengharapkan keampunan.

Nabi juga pernah sebut dalam hadis: "sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala Allah, maka akan diampunkan segala dosa-dosanya."

Lebih khusus daripada itu, kita lihat kepada tarbiyah yang ditarbiyah Rasulullah kepada umatnya menerusi satu hadis sahih.

Daripada Aishah r.a dengan pesannya,"wahai Aishah, sekiranya kamu ditemukan Allah dengan malam Qadar, maka perbanyakkan doa memohon kepada Allah yang ditentukan perkara yang hendak dicapai dalam doa itu ialah : Ya Allah ! Kamulah Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Mulia, Ampunkanlah dosa saya."

Tarbiyah yang dimaksudkan itu dengan meletakkan pengharapan yang begitu tinggi, agar kesalahan, ketelanjuran atau kesengajaan, Allah akan terima pengampunannya pada 10 malam akhir Ramadan, akan diampunkan dosa.

Jelas kelihatan bahawa yang amat perlu dipohon kepada Allah ialah penghapusan dosa dan bukan kemanfatan duniawi seperti memohon kekayaan, kemenangan menghadapi musuh, kehebatan dalam kerjaya atau apa sahaja yang namanya hambatan dunia. Semuanya itu tidak penting berbanding dengan keampunan dosa.

Kerana jika diamati akan ternampak kehebatan pencapaian manusia dalam kehidupan ini bukannya kejayaan bersifat sementara.Kehebatan yang agak sementara, akan tetapi kehebatan Allah dengan penghapusan dosa adalah suatu impian dan pencapaian yang begitu tinggi kerana itulah maka fokus utama setiap muslim ialah hari-hari akhir 10 malam ini.

Menjadi satu fokus ke arah meletakkan nilai diri insan yang semata-mata untuk mendapat keredaan Allah. Sekiranya matlamat keredaan Allah itu sudah dicapai, maka tercapailah kemuncak daripada tujuan sebenar manusia ini diciptakan Allah yang akhirnya kepada Allah sahaja tumpuan hidup semua makhluk bagi mendapat reda Allah.

Janji-janji Allah pada hamba-Nya
Ramadan juga merupakan bulan muhasabah untuk kita melihat sekadar mana daya juang kita dalam menangani cabaran penghidupan khususnya cabaran untuk menanggung dan menyempurnakan amanah Allah yang telah dipikulkan ke atas mereka suatu tugas untuk martabatkan agama Allah melainkan dengan usaha berterusan mengharungi suatu perjuangan menentang segala halangan bagi meletakkan kegemilangan Islam di tengah penghidupan yang semakin mencabar.

Lebih-lebih lagi di hari-hari yang sedang kita lalui ini. Di mana umat Islam seolah-olah dijadikan mangsa kepada kegelojohan musuh-musuh Islam yang dari dulu mencari peluang untuk mengganyang umat Islam.

Tragedi 11 September 2001 menjadikan musuh islam  menghalalkan apa sahaja tindakan keatas umat Islam ini seolah-lah mereka tidak ingin melihat Islam itu dari terus wujud di maya pada ini.

Benarlah firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 120:


Mafhumnya:
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya pertunjuk Allah (Ugama Islam) itulah pertunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu".


Sepertimana krisis di Palestin. Sehingga ke hari ini, tentera-tentera Zionis laknatullah secara konsisten dan berstrategi terus-menerus menindas umat Islam di Palestin. Saban hari, pasti akan terdengar ada nyawa yang melayang atau ada rumah yang dibom atau ada orang yang dihalau daripada rumah sendiri. Tiada hari yang aman tanpa gangguang dan provokasi daripada Israel.

Di Syria, Hizbullah (atau Hizbus Syaitan menurut Syaikh Yusuf al-Qardhawi) telah menyatakan sokongan rasmi mereka terhadap Bashar al-Assad laknatullah dan akan melakukan apa sahaja untuk mempertahan rejim Firaun moden itu. Hizbullah dan Iran kini berdiri teguh di belakang rejim Bashar, menunjukkan wajah jijik mereka yang sebenar.


Pembunuhan etnik Rohingya yang beragama Islam dan penganiayaan terhadap mereka oleh masyarakat Buddha di Myanmar terus berlaku setiap hari, meski ia tidak dilapor di dalam akhabar dan media.

Krisis kemanusiaan di Sudan dan Somalia makin meruncing. Kes kebuluran, rogol, tiada pendidikan dan jenayah yang berleluasa seperti sudah menjadi sesuatu yang normal di sana.

Terbaru, Turki, sebuah negara Islam yang selama ini dipandang tinggi dan sering dijadikan contoh dan sebutan sebagai model negara Islam pula mengalami krisis dalam negara. Bertitik-tolak daripada pengumuman kerajaan untuk mengawal penjualan arak (BUKAN pengharaman) di sana, berlaku protes kecil-kecilan yang kemudiannya bertukar menjadi besar dan ganas. Pelbagai alasan digunakan untuk menjustifikasikan protes yang dibuat; isu alam sekitar lah, kerajaan tidak adillah, itulah inilah... Taktik-taktik jahat untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Recep Tayyib Erdogan.


Meski krisis di Turki masih lagi pada skala yang kecil, tidak mustahil ia boleh menjadi lebih dahsyat dan mengerikan di masa hadapan. Dan saya yakin, itulah yang dimahukan oleh musuh-musuh Islam, seperti yang berlaku di Mesir.


Di Mesir pula berlakunya rampasan kuasa oleh pihak tentera serta pengulingan Presiden Mohammed Mursi selepas tunjuk perasaan besar-besaran.  
Jeneral Abdel Fattah al-Sisi yang mengetuai rampasan kuasa berdarah tersebut pada 30 Jun 2013. Sejak rampasan kuasa sebulan yang lalu, hampir 500 kematian telah dicatatkan sementara 4000 lagi dilaporkan cedera dalam beberapa siri serangan tentera terhadap penyokong Morsi yang berhimpun bagi menyatakan bantahan

Yakinilah wahai pejuang-pejuang islam bahawa Allah telah menjanjikan suatu 'wadah' yang akan menjadi perangsang untuk pejuang-pejuang Islam khasnya di akhir-akhir Ramadan yang mulia.

Janji-janji seperti ini jelas diterangkan dalam al-quran seperti dalam surah Annur ayat 55.



Mafhumnya:
"Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal salih dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq".

Sebagai Umat Islam adalah menjadi kewajipan kita mendoakan kemenangan kepada pejuang-pejuang islam khusus di 10 akhir ramadhan ini:


Ya, Allah bantulah pejuang-pejuang agama-Mu di seluruh dunia. 

Berilah kemenangan kepada umat Islam. 

Hancurkan perancangan jahat kafir laknatullah serta golongan yang menolak ISLAM.


Oleh itu, maka Ramadan yang bakal tinggalkan kita ini amat berguna lagi kalau diisinya dengan pengorbanan harta benda bagi membantu perjuangan sebagaimana lambang kewajipan fitrah yang diwajibkan kepada setiap individu yang hidup sepanjang Ramadhan hingga mencecah menemui awal Syawal.

Pun demikian keseluruhan umat Islam mengeluarkan kewajipan fitrah mereka pada beberapa hari terakhir Ramadan. Hampir berlaku orang yang semata-mata sengaja tidak tunggu kedatangan syawal barulah hendak menunaikan kewajipan zakat fitrah.




Amalan mengawali membayar zakat fitrah adalah petunjuk kepada wujudnya ibadah 'maliyyah' walaupun sedikit tetapi seboleh-bolehnya pengorbanan harta ini dibuat sebanyak yang mungkin bagi mengejar ganjaran yang sebanyak mungkin, lebih-lebih lagi jika sekiranya pengorbanan harta itu dilakukan pada malam Qadar atau setidak-tidaknya berlaku dalam bulan Ramadan. Maka semuanya itu menyaksikan kita tergolong dalam golongan hamba-hamba Allah yang cukup beruntung memanafaatkan kedatangan Ramadhan dengan amal-amal yang berguna untuk diri kita khususnya di saat kita menemui Allah di hari akhirat nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.