doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Jumaat, 23 Ogos 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H / 2013M



Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Masjid Mukim Padang Enggang akan diadakan pada 24 Ogos 2013 (Sabtu) mulai jam 12.00 Tengahari. Semua dijemput hadir.

Untuk memeriahkan lagi suasana jamuan hari raya ini, semua warga Padang Enggang digalakkan membawa juadah hari raya sendiri dengan seikhlas hati dan makan bersama-sama. 

Pada hari itu juga, unit bergerak Tabung Darah Hospital USM mengadakan kempen menderma darah. Bagi sesiapa yang ingin menderma darah, dialu-alukan.

Pada sebelah malam akan diadakan ceramah berkenaan isu semasa – Pergolakan di Palestin, Syria dan Mesir.

Penyampaian duit raya bagi kanak-kanak juga diadakan pada malam itu.

Pak Su mewakili AJK Masjid Mukim Padang Enggang mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga Mukim Padang Enggang.

Semoga  majlis sambutan kali ini akan lebih bermakna dan meriah dengan kerjasama dari tuan-puan semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan