doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Selasa, 10 September 2013

POHON SUMBANGAN / DERMA BAGI MENYIAPKAN TINGKAT ATAS MASJID ANSORI

Petang tadi 2 orang AJK Masjid Ansori dari Maahad Ansori Litahfizil Quran telah datang berjemaah maghrib di Masjid Mukim Padang Enggang. Mereka  membuat kutipan derma dari kami  bagi menyiapkan pembinaan masjid Ansori di maahad tersebut. Justeru itu pak su fikir elok juga pak su war-warkan usaha mulia mereka di blog ini.
........................................................................................ 


Maahad Ansori Litahfizil Quran merupakan sebuah institusi pendidikan agama yang ditubuhkan dengan hasrat untuk melahirkan golongan professional Islam yang hafiz Al-Quran,soleh dan bertaqwa serta menjadikan Al-Quran sebagai satu cara hidup.

Maahad Ansori Litahfizil Quran bertapak di SMU(A) Darul Ansor,Kampung Laloh, Kuala Krai, Kelantan sebagai premis pengajiannya. Penubuhan Maahad Ansori Litahfizil Quran diharapkan akan dapat menjadi alternatif yang terbaik yang juga akan memberi nafas baru kepada intitusi pendidikan agama di sini kerana SMU(A) Darul Ansor di Kampung Laloh sudah tidak lagi beroperasi disebabkan ketiadaan pelajar dan persaingan dengan SMU(A) bukan aliran tahfiz.

Penubuhan Maahad Ansori Litahfizil Quran diharapkan dapat menyambung perjuangan ulama terdahulu kearah memartabatkan pendidikan al-Quran dan al-Hadis serta mengorak langkah untuk terus maju dan berkembang subur selari dengan kehendak semasa. Ibubapa kini menyedari betapa pentingnya pengajaran Al–Quran dan Al-Hadis kepada generasi seterusnya kearah merealisasikan budaya hidup muslim sejati dan mendaulatkan Islam sebagai Addin.

Ahli Jawatan Kuasa Masjid Ansori ingin memohon  derma bagi menyiapkan tingkat atas masjid sepertimana berikut:
  1. Mozek untuk keluasan 4800 kaki persegi
  2. Jendela dan pintu.
  3. Siling kapur 
  4. Plaster dinding 
  5. Pendawaian elektrik 
  6. Mengecat   
  7. Lampu, kipas/aircond dll.

Dianggarkan kos pembelanjaan tersebut berjumlah RM147,000.00 (satu ratus empat Puluh tujuh Ribu Ringgit sahaja). 


Sumbangan boleh disalurkan melalui 
Akaun BIMB : 0 3 0 7 - 2  0 1 0 - 0 0 2 4 - 9 3
(Maahad Ansori Litahfizil Quran)

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pengetua  MALQ
Ust Mohd Hussin Jusoh, No Tel : 09-9669180 (Pejabat)
No H/P: 0 1 9 - 9 7 8 4 1 6 3)


sumbangan amat diperlukan untuk
menyiapkan bangunan ini

setengah pelajar sudah pun menghafal
7 hingga 8 juzuk.


aktiviti utama maahad ialah mengutamakan
hafazan al quran


Surah At-Talaq: ayat 2-3



Firman Allah S.W.T: “Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, pasti akan ditunjukkan kepada mereka jalan keluar. Dan diberi rezeki kepada mereka dari jalan yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupi baginya”. 

-At-Talaq:2-3

Di dunia, mereka yang bersedekah akan dimurahkan rezeki oleh Allah dalam kehidupannya. Faedah ini dijelaskan oleh Jabir Abdullah katanya: “Rasulullah bersabda kepada kami, sabdanya: Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati dan segeralah mengerjakan amal salih sebelum kamu sibuk (dengan yang lain), dan jalinkanlah hubungan di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan sentiasa mengingatinya (berzikir) dan banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, niscaya kamu diberi rezeki yang banyak, diberi kemenangan (terhadap musuh dan digantikan dengan apa yang kamu dermakan itu dengan balasan yang berlipat ganda.”

-Hadis riwayat Ibnu Majah


Kekayaan tidak membawa erti tanpa keberkatan. Dengan adanya  keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.

Semoga Allah S.W.T menganugerahkan keberkatan, kesihatan dan kebahagiaan yang berkekalan di atas segala apa yang dibelanjakan di jalan Allah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan