disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Selasa, 1 Oktober 2013

Iklan Jawatan Kosong Di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia [keutamaan kepada peranakan Negeri Kelantan] yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.


 1. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM, GRED S41
 2. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM , S27
     (PENOLONG PEGAWAI DAKWAH)
 3. PEMBANTU HAL EHWAL, GRED S17
     (PEMBANTU DAKWAH)
 4. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI), N17
 5. PEKERJA AWAM (PRA), GRED R1
 6. PEMBANTU AM PEJABAT, GRED N1
 7. PEGAWAI KESELAMATAN, KP11
  (Muat turun BORANG DAN IKLAN JAWATAN KOSONG disini)


GAJI PERMULAAN
Gaji permulaan yang lebih tinggi diatas boleh ditetapkan oleh pihak MAIK berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.


UMUR PADA TARIKH TUTUP IKLAN JAWATAN
Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

 

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (MUI)Kn, 1/93 dengan mengemukakan sampul surat berukuran 10sm x 23 sm yang beralamat sendiri serta berstem 50 sen atau mengambil sendiri di Bahagian Khidmat Pengurusan, Tingkat 1, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
Permohonan dari pegawai sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan berserta Laporan Penilaian Prestasi Tahun 2013 / terkini dan kenyataan perkhidmatan yang kemaskini.
Salinan sah sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, surat beranak serta surat berkaitan bersama gambar berukuran passport dan sampul berstem yang beralamat sendiri hendaklah dikembarkan bersama borang permohonan.
Permohonan yang tidak mengikut peraturan dan lewat diterima tidak akan dilayan.  

ALAMAT PERMOHONAN
            Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:



            YABhg. Dato’ Timbalan Yang Dipertua,

            Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,

            Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,

            15200 KOTA BHARU.

 

            SEBELUM ATAU PADA   : 14hb. Oktober 2013

  

PERKARA AM
Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.