disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Rabu, 26 Februari 2014

Rumah Mampu Milik Kelantan




Kerajaan Negeri Kelantan dalam tempoh 5 tahun ini, akan memberi penekanan kepada Rumah Mampu Milik di mana "Satu Keluarga Satu Rumah" merupakan satu slogan yang sentiasa digunakan sebagai penggerak ke arah memastikan setiap lapisan rakyat memiliki rumah kediaman.

Kerajaan negeri telah memberi tanggungjawab kepada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) untuk melaksanakan projek pertama di bawah program Rumah Mampu Milik Kelantan di atas tanah kerajaan seluas 4.92 ekar di Lot 1673 Mukim Badang, Daerah Badang, Jajahan Kota Bharu iaitu tanah di bawah kendalian Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Harga Jualan bagi unit- unit Rumah Mampu Milik Kelantan bagi projek ini ialah RM43,000 seunit bagi kategori Harga Rendah, RM65,000 seunit bagi Harga Sederhana Bawah dan RM99,000 seunit bagi kategori Harga Sederhana.

Cadangan pembangunan projek ini adalah berkonsepkan Islam di mana semua unit kediaman mempunyai 3 bilik tidur, 2 bilik air dan berorientasikan ke arah Kiblat.

23 Rabiul Akhir 1435H/ 23 Februari 2014M

KelantanTV: Tepat dan Informatif

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.