doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Jumaat, 21 Mac 2014

Kuliah Subuh pagi ini, Jumaat 21 Mac 2014

Kuliah Subuh pagi ini, Jumaat 21 Mac 2014 di Masjid Mukim Padang Enggang yang disampaikan oleh Ustaz Zaki.
Intisari dari kuliah kali ini:


Terdapat 4 golongan manusia dalam masyarakat kita

1) Orang yang bahagia di dunia dan akhirat.
Berilmu serta mempunyai harta banyak, hidup mewah, memiliki keluarga yang bahagia serta punya anak-anak yang sholeh. Dengan kekayaannya, dia tidak lupa untuk beribadah kepada Allah dan sentiasa berbuat kebaikan, seperti memberi sedekah pada orang miskin dan anak yatim karena dia tahu bahwa harta yang dia peroleh terdapat hak orang lain.

2) Orang yang miskin di dunia namun bahagia di akhirat.
Hidup miskin dan serba kekurangan tetapi dengan kemiskinanya itu dia tidak lupa kepada Allah dan senantiasa menolong orang yang kesusahan dengan hanya tulang empat kerat yang dimilikinya, mengeratkan silaturahim sesama jiran. Walaupun tak mampu untuk bersedekah ke jalan Allah namun dalam hatinya tetap menaruh azam untuk berinfaq harta kejalan yang diredhai Allah SWT jika dikurniakan rezeki atau ditakdir menjadi kaya.

3) Orang yang bahagia di dunia celaka di akhirat.
Orang seperti ini banyak kita temukan dalam kehidupan kita. Di dunia dia kaya raya, punyai segala kemewahan, akan tetapi akibat dari ujian kekayaan itu dia lupa beribadah kepada Allah dan menjadi manusia yang sombong. Maka orang yang sebegini yang terlalu mencintai kehidupan dunia dan lupa akhirat sesungguhnya dia akan celaka di akhirat.

4) Orang yang miskin di dunia dan celaka di akhirat.
Hidup dalam serba kekurangan lantaran malas bekerja. Mengejar  hanya keseronokan dunia. Tidak mengamalkan ajaran islam malah menjauhkan diri berjemaah di masjid atau aktiviti keagamaan seperti tuntutan dalam Islam. Hidupnya banyak melakukan maksiat.

Naudzubillah minzalik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan