disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Rabu, 4 Jun 2014

IKLAN JAWATAN KOSONG MAIK (Jun 2014)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia [keutamaan kepada peranakan Negeri Kelantan] yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Antara jawatan yang ditawarkan ialah :

1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG, GRED L41

2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR, GRED N27

3. PENOLONG JURUTERA (AWAM), GRED JA29

4. PEGAWAI PENGANKUTAN, GRED A17

CARA MEMOHON  

i)    Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (MUI)Kn, 1/93 dengan mengemukakan sampul surat berukuran 10sm x 23 sm yang beralamat sendiri serta berstem 50 sen atau mengambil sendiri di Unit Pentadbiran, Tingkat 1, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

ii)   Permohonan dari pegawai sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan berserta Laporan Penilaian Prestasi Tahun 2013 / terkini dan kenyataan perkhidmatan yang kemaskini.

iii)  Salinan sah sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, surat beranak serta surat berkaitan bersama gambar berukuran passport dan sampul berstem yang beralamat sendiri hendaklah dikembarkan bersama borang permohonan.

iv)  Permohonan yang tidak mengikut peraturan dan lewat diterima tidak akan dilayan.  

ALAMAT PERMOHONAN   

    Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:

    YABhg. Dato’ Timbalan Yang Dipertua,
    Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
    Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,
    15200 KOTA BHARU.

    SEBELUM  ATAU PADA   : 12hb. Jun, 2014


PERKARA AM

a)    Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.


b)    Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.