doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Khamis, 10 Julai 2014

TABUNG KECEMASAN GAZA

Wahai saudara-saudaraku kaum muslimin, jangan kita terlalu leka menyaksikan perlawanan bolasepak piala dunia juga hiburan-hiburan yang melalaikan yang di hidangkan kepada kita, sehingga kita lupa akan kesusahan saudara seagama kita diluar sana.

Dalam kita bersorak gembira meraikan kemenangan pasukan bolasepak yang kita minati, mereka disana menangis dalam kelaparan dan kesengsaraan, mereka sedang berdepan dengan situasi yang mencemaskan akibat dihujani peluru dan bom malah ramai yang syahid mempertahankan bumi Gaza. Nyawa mereka menjadi taruhan, puluhan, ratusan malah ribuan nyawa tidak berdosa bakal menjadi korban angkara zionis laknatullah tanpa mengira anak kecil yang baru mahu mengenali dunia juga turut menjadi mangsa.

Hakikatnya, Israel dan sekutunya sedang memerangi umat Islam di Gaza. Oleh itu, jika mereka sedang diperangi, maka apakah peranan  yang sepatutnya diberikan oleh kita sebagai kaum Muslimin kepada saudara kita di sana.

Sedarlah wahai kaum Muslimin... Sedarlah akan tanggungjawab kita semua kepada saudara sesama Muslim. Sesungguhnya kaum muslimin itu adalah bersaudara. Jika sebahagian daripada anggotanya merasa sakit, maka seluruh tubuh badannya akan merasa sakit. Jika saudara kita sedang diperangi, maka sudah tentu wajib bagi kita berbuat sesuatu  menentang musuh-musuh Allah ini.

Saya mewakili semua jawatankuasa Masjid Padang Enggang mengalu-alukan sumbangan dan derma untuk Tabung Kecemasan Gaza - Cakna Palestin. Cakna Palestin memang tidak asing lagi bagi kita anak mukim Padang Enggang. Pihak Cakna Palestin telah beberapa kali datang ke Masjid Mukim Padang Enggang. Pada hari jumaat 6 ramadhan yang lepas wakil Cakna Palestin datang lagi,mereka memberi penerangan dan maklumat terkini tentang perjuangan rakyat Palestin. Cakna Palestin terbukti sangat komited dan istiqomah dalam usaha mereka membantu meringankan beban rakyat Palestin dan usaha ini sepatutnya mendapat sokongan kita semua.

Bantuan dan sokongan dari kita semua amat diperlukan untuk meneruskan perjuangan rakyat palestin terutama dalam bulan ramadhan yang mulia ini. Mereka berjuang demi mempertahankan tanahair mereka yang juga bumi ambia milik kita umat islam seluruh dunia.

Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun seperti berikut:


Tiada ulasan:

Catat Ulasan