disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Rabu, 27 Ogos 2014

Israel bersetuju dengan syarat Hamas untuk gencatan senjata.


Takbir dan tahmid bergema di bumi Gaza selepas HAMAS 
mengumumkan genjatan senjata diperolehi apabila syarat-syarat 
yang diletakkan oleh HAMAS diterima oleh Israel. 


Allahuakbar!! Akhirnya perang di Gaza tamat. Israel bersetuju dengan syarat Hamas untuk gencatan senjata.Perjanjian damai antara Israel ini telah dicapai lewat petang semalam dalam rundingan di Kaherah. Israel dan Palestin bersetuju semalam untuk menamatkan pertempuran di Gaza selepas 50 hari pertempuran di mana lebih daripada 2,100 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam, 64 askar Israel dan lima orang awam di Israel terbunuh.
Kemusnahan dan kerosakan yang dialami oleh Gaza perlu pembangunan semula yang intensif. Dijangka paling kurang akan mengambil masa 15 tahun untuk pemulihan infrastruktur dan tenaga manusia.

10 syarat yang ditetapkan Hamas untuk Gencatan Senjata :
  1. Memberhentikan serta-merta peperangan antara kedua-dua belah pihak dan pengunduran kereta-kereta kebal Israel ke pangkalannya serta mengembalikan kawasan-kawasan perbatasan kuning yang digariskan sebelum ini serta tanah pertanian juga membenarkan para petani Palestin untuk bekerja di tanah-tanah pertanian mereka.
  2. Membebaskan semua rakyat-rakyat Palestin yang ditangkap sejak 23 Jun 2014 juga jaminan kebajikan mereka khususnya tahanan dari Jerusalem, Gaza dan rakyat Palestin dalam(rakyat palestin yang tinggal dalam Israel).
  3. Membuka kepungan ke atas Gaza secara total serta laluan-laluan sempadan untuk laluan barangan-barangan serta individu dan laluan untuk kemasukan semua bahan-bahan mentah seperti makanan dan bahan-bahan binaan serta membina stesen jana elektrik yang cukup untuk semua keperluan Semenanjung Gaza.
  4. Pembangunan semula pelabuhan laut antarabangsa dan lapangan terbang antarabangsa yang diselia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan negara-negara berkecuali.
  5. Perluasan kawasan penangkapan ikan bagi nelayan sehingga 10km dari persisir pantai Gaza serta menyediakan para nelayan dengan kapal-kapal nelayan dan muatan/kargo besar.
  6. Menjadikan laluan Rafah sebagai laluan antarabangsa yang diselia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), negara-negara Arab dan negara atas kerjasama.
  7. Penandatanganan untuk gencatan senjata bagi tempoh 10 tahun serta menempatkan pengawal-pengawal antarabangsa di setiap sempadan.
  8. Jaminan dari pihak Israel untuk tidak menceroboh ruang udara Palestin serta membenarkan mereka dari Gaza untuk menunaikan solat di Masjid Al-Aqsa.
  9. Israel tidak dibenarkan masuk campur dalam urusan kerajaan Palestin mahupun dalam pembentukan kerajaan perpaduan Palestin.
  10. Pembinaan semula kawasan-kawasan perindustrian di sempadan serta jaminan keselamatannya dan kemajuannya.

Sumber : Jabatan Media Hamas (Terjemahan oleh Aman Palestin)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.