disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Jumaat, 26 September 2014

DR ABDUL BASIT: KELEBIHAN 10 AWAL ZULHIJJAH, PUASA HARI ARAFAH & KORBAN DAN ADABNYA

Jemaah Haji dari seluruh dunia berbondong-bondong
menuju ke Padang Arafah.
Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah, iaitu pada 9 Zulhijjah. Maksudnya, doa ini paling cepat diterima atau diqabulkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla. Sehinggakan kita diperintahkan untuk berterusan dan mengambil berat untuk melakukan ibadah yang satu ini pada hari Arafah. Lebih-lebih lagi untuk orang yang sedang berwukuf di Arafah.

Daripada ‘Aisyah rhodiyallahu ‘anha, dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Di antara hari yang Allah banyak membebaskan seseorang dari neraka adalah hari Arafah. Dia akan mendekati mereka lalu Allah berbangga dengan mereka (menunjukkan keutamaan) kepada para malaikat. Kemudian Allah berfirman: Apa yang diinginkan oleh mereka?” 

(HR Muslim) 

Daripada Ibnu Abbas r.a telah berkata: Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Tiada daripada hari-hari yang begitu lebih di sisi Allah dan tiada amalan padanya lebih disukai kepada Allah daripada hari-hari 10 ini (1 hingga 10 Zulhijjah). Maka perbanyakkanlah padanya daripada tahlil, takbir, maka sesungguhnya ia merupakan hari-hari tahlil, bertakbir, berzikir kepada Allah.
Dan puasa sehari daripadanya menyamai puasa setahun dan beramal padanya digandakan 700 kali ganda".

(HR Al-Baihaqi)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.