doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Jumaat, 5 September 2014

:: Rasululah SAW memohon kepada Tuhan tiga perkara ::

gambar hiasan
Dari Amir bin Saad dari bapanya RA katanya: 
Pada suatu hari Rasululah SAW datang dari daerah perbukitan. Ketika baginda sampai di Masjid Bani Mu'awiyah baginda masuk ke masjid tersebut lalu solat dua rakaat. Kami pun solat bersama-sama dengan baginda. Baginda berdoa kepada Tuhan panjang sekali. 

Setelah berdoa baginda berpaling kepada kami lalu bersabda: 
Aku memohon kepada Tuhan tiga perkara. Dia memperkenankan dua perkara dan menolak satu perkara. Aku memohon kepada Tuhan supaya jangan membinasakan umatku dengan musim susah yang panjang. Maka diperkenankan. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang melanda umat Nabi Nuh atau seperti tentera dan Raja Firaun yang ditenggelamkan di lautan), permohonanku itu diperkenankan-Nya juga. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan kerana pertentangan sesama mereka. Permohonan ini tidak diperkenankan. 
(Riwayat Bukhari)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan