disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Jumaat, 3 Oktober 2014

Kelebihan Berpuasa Sunat Hari Arafah.




Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah : “Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah” 

(Hadis Riwayat Muslim).


Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? Maka jawab Rasulullah S.A.W yang maksudnya: Dikaffarah (ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. 

(Hadis Sahih Riwayat Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)


Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata :" Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah." 

(Hadis Sahih Riwayat Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi)


Doa orang berpuasa ketika berbuka puasa juga salah satu waktu antara waktu yang mustajab doa.Semoga Allah mempermudahkan kita untuk banyak melakukan amal ibadat di awal bulan zulhijjah dan menyibukkan diri dengan pelbagai amal kebajikan padanya .


Kita yang yang berada di Malaysia sememangnya tidak berkesempatan menunaikan haji dan tiada ada keuzuran fizikal dan mental, jadi mengapakah kita tidak mengambil peluang keemasan ini untuk sama-sama menunaikan puasa sunat Hari Arafah ini esok iaitu Sabtu 4 Oktober 2014. Rebutlah peluang ini kerana tahun depan belum tentu lagi kita diizinkan Allah berada diatas muka bumi ini, insyaAllah.

Niat Puasa Hari Arafah, 
" Sahaja aku puasa sunat Hari Arafah 9 Zulhijjah esok hari kerana Allah Taala".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.