doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Jumaat, 30 Januari 2015

Allahyarham Tuan Haji Yasin Bin Haji Yahya, Mantan Bendahari Masjid Mukim Padang Enggang


Allahyarham Tuan Haji Yasin Bin Haji Yahya:
Memegang potfolio sebagai Bendahari Masjid mukim Padang Enggang pada tahun 1980an. Imam Tua masjid Mukim Padang Enggang pada masa itu ialah Mohd Pauzi Bin Ahmad merangkap Pengerusi Jawatankuasa Masjid Padang Enggang. Tok Imam Pauzi seorang yang aktif dan berpandangan jauh adalah pengerusi Persatuan Imam kelantan.

Dalam kesibukan beliau sebagai staf pengurusan di Jabatan Pendaftaran Kota Bharu, beliau mampu memegang tanggungjawab sebagai bendahari masjid dengan jujur, amanah dan menyempurnakan sesuatu perkara dengan penuh tanggungjawab. Tuan Haji Yasin, seorang yang  berpengetahuan dalam urusan akaun dan rekod masjid yang melibatkan perbelanjaan, penerimaan wang dan juga menyediakan penyata akaun pada setiap tahun.

Selepas bersara dalam perkhidmatannya dengan kerajaan pada tahun 1989, beliau terus mendapat kepercayaan dari penduduk setempat memikul tanggungjawab sebagai Bendahari untuk beberapa tahun lagi selepas itu sehinggalah beliau menarik diri atas faktor kesihatan.

Selepas isterinya Hajjah Hamidah Meninggal pada 20 Januari 2014, keadaan kesihatannya jadi tidak menentu dan tidak lagi dapat hadhir seperti biasa berjemaah 5 waktu di masjid ini. 11 bulan selepas itu beliau pula menghembuskan nafas meninggalkan 3 orang anak, Ahmad Yasruddin, Ahmad Nazim dan Ahmad Adlee yang kesemuanya berjaya dalam kerjaya masing-masing.

Semoga Allah SWT membalas segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh Allayarham Tuan Haji Yassin dan semua AJK masjid yang terlebih dahulu meninggalkan kita dalam usaha mereka menegakkan syiar Islam di bumi Padang Enggang yang kita cinta...الفَاتِحَة


Tiada ulasan:

Catat Ulasan