doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Jumaat, 1 Julai 2016

Surah 1: Al Fatihah - Saad Al ghamdi





Pahala membaca surah al-Fatihah menyamai pahala membaca dua pertiga al-Quran.

Rasulallah (saw) pernah bersabda, “Aku telah mendapat empat perkara dari khazanah khas dari ‘Arash. Tiada sesiapa pun yang mendapat apa-apa perkara lain dari khazanah tersebut. Pertamanya adalah surah al-Fatihah, keduanya ayat Kursi, ketiganya ayat akhir dari surah al-Baqarah dan keempat surah al-Kauthar.”
Hazrat Hassan Basri (rah) meriwayatkan satu sabdaan Nabi (saw) yang berbunyi, “Seorang yang membaca surah al-Fatihah seumpama seorang yang membaca kitab Taurat, Injil, Zabur dan al-Quran yang mulia.”

Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa Iblis meraung-raung sambil melumurkan seluruh kepalanya  dengan debu apabila berlaku empat peristiwa: 

  1. Apabila dia dilaknat, 
  2. Apabila dia di keluarkan dari syurga ke dunia, 
  3. Apabila Nabi Muhammad (saw) dianugerahkan dengan kenabian 
  4. Apabila surah al-Fatihah diturunkan.

Pada suatu ketika ada seorang datang kepada Hazrat Sya’abi (rah) mengadu tentang buah pinggangnya yang sakit. Hazrat Sya’abi menasihatkannya supaya membaca ‘Asasul-Quran’ kemudian menghembus kepada tempat yang sakit. Apabila ditanya apakah ‘Asasul-Quran’, Hazrat Sya’abi menjawab, “Surah al-Fatihah.”

Antara amalan para masyaikh yang mujarab ialah surah al-Fatihah. Surah ini juga sebagai Ismul A’zam yang sepatutnya dibaca  tujuan memohon apa-apa hajat.

Didalam kitab Sahih Muslim terdapat satu Hadis yang diriwayatkan oleh dari Hazrat Abdullah bin Abas (r.a) bahawa pada suatu ketika Rasulallah (saw) sedang duduk bersama kami. Baginda (saw) bersabda, “Dilangit telah dibuka satu pintu yang belum pernah dibuka  sebelum ini, dan dari pintu tersebut turun satu malaikat yang pernah diturunkan sebelum ini. Malaikat itu berkata kepada ku, “Terimalah satu berita gembira dengan dua nur yang belum pernah diberikan kepada  sesiapa pun sebelum ini, pertama adalah surah al-Fatihah dan kedua adalah tiga ayat terakhir dari surah al-Baqarah.”


Sumber: ABUBASYER

Tiada ulasan:

Catat Ulasan