doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Isnin, 4 Julai 2016

Surah 5: Al-Maa’idah (Hidangan) - Saad Al Ghamdi







📝  Al-Maa'idah dalam bahasa Arab: المآئدة   
📝  Adalah surah ke-5 dalam al-Quran. 

📝  Surah ini terdiri daripada 120 ayat dan termasuk dalam golongan surah Madaniyah. 

📝  Sekalipun ada ayat-ayatnya yang turun di Mekah namun ayat ini diturunkan sesudah Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam berhijrah ke Madinah, sewaktu peristiwa Haji Wada'. 

📝  Surah ini dinamakan al-Maa'idah (hidangan) kerana memuatkan kisah pengikut-pengikut setia Nabi Isa ‘alaihis salam meminta kepada baginda agar Allah menurunkan untuk mereka al-Maa'idah (hidangan makanan) dari langit (ayat 112). 

📝  Dan dinamakan Al-Uqud (perjanjian), kerana kata itu terdapat pada ayat pertama surah ini, di mana Allah menyuruh agar hamba-hamba-Nya memenuhi janji terhadap Allah dan perjanjian-perjanjian yang mereka buat sesamanya. 

📝  Dinamakan juga Al-Munqidz (yang menyelamatkan), kerana di akhir surah ini mengandungi kisah tentang Nabi Isa ‘alaihis salam sebagai penyelamat pengikut-pengikut setianya daripada azab Allah.

Wallahu a‘lam.

🍹🍛🍹🍛🍹🍛🍹🍛🍹

Tiada ulasan:

Catat Ulasan