doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      
Isnin, 11 Julai 2016

Surah 22: Al-Hajj (Haji) - Saad Al Ghamdi

22

*Muqaddimah*

✏ Surah Al Hajj (Haji)

✏ Klasifikasi:  Makkiyah/ Madaniyah

✏ Surah ke-22

✏ Juzuk ke-17

✏ Jumlah ayat: 78 ayat

✏ Ayat Sajdah: Ayat 18 dan 77

✏ Bahasa Arab: ٱلْحَجّ

✏ Sebahagian ayat daripada surah ini diturunkan di Mekah dan sebahagian lagi di Madinah, oleh itu para ahli tafsir berbeza pendapat mengenai golongan surah ini (Makkiyah atau Madaniyah).

✏ Surah ini dinamakan Al-Hajj, kerana surah ini mengemukakan hal-hal yang berhubungan dengan ibadah haji, seperti ihram, tawaf, sa‘i, wuquf di Arafah, mencukur rambut, syiar-syiar Allah, faedah-faedah dan hikmah-hikmah disyariatkan haji. Ditegaskan pula bahawa ibadat haji itu telah disyariatkan pada masa Nabi Ibrahim ‘alaihis salam, dan Ka‘bah didirikan oleh Nabi Ibrahim ‘alaihis salam bersama puteranya Nabi Ismail ‘alaihis salam.

✏ Menurut Al-Ghaznawi, surah Al-Hajj termasuk di antara surah-surah yang ajaib, diturunkan di malam dan di siang hari, dalam musafir dan dalam keadaan tidak musafir, ada ayat-ayat yang diturunkan di Mekah dan ada pula yang diturunkan di Madinah, isinya ada yang berhubungan dengan peperangan dan ada pula yang berhubungan dengan perdamaian, ada ayat-ayatnya yang muhkam dan ada pula yang mutasyabihat.

⛵✈ ⛵✈⛵✈⛵✈⛵

أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيطَانِ الرَّجِيْمِ

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang terkutuk.
بِسْمِ ٱللهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

🍄  Ayat 1- 2 🍄 
 Suasana pada hari kiamat.

⛵ Ayat 1⃣ 
*Hai manusia, bertakwalah kepada Rabbmu, sesungguhnya kegoncangan hari kiamat itu adalah suatu kejadian yang sangat besar (dahsyat).*

 ✈ Allah Ta‘ala memerintahkan hamba-hamba-Nya agar bertakwa kepada-Nya. Dia juga memberi amaran tentang kedahsyatan goncangan dan kejadian-kejadian mengerikan yang akan mereka hadapi pada hari kiamat seperti dalam firman-firman-Nya:

📖 *_"Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan yang dahsyat, dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung)nya."_*
[Surah Az-Zalzalah, 99:1- 2]

📖 *_"Dan diangkatlah bumi dan gunung-gunung, lalu dihancurkan kedua-duanya dengan sekali hentaman. Maka pada hari itu terjadilah hari kiamat."_*
[Surah Al-Haqqah, 69:14-15]

📖 *_"Apabila bumi digoncangkan sedahsyat-dahsyatnya, dan gunung-gunung dihancur luluhkan sehancur-hancurnya, maka jadilah ia debu yang berterbangan."_*
[Surah Al-Waqi‘ah, 56:4-6]

✈ Dalam Kitab Tafsir Ibnu Kathir terdapat hadith-hadith daripada riwayat Ahmad, Tirmizi dan Al-Bukhari yang menerangkan secara terperinci suasana hari kiamat yang menggerunkan sesiapa sahaja yang menyaksikannya.

⛵ Ayat 2⃣ 
*(Ingatlah) pada hari (ketika) kamu melihat kegoncangan itu, lalailah semua wanita yang menyusui anaknya daripada anak yang disusuinya dan gugurlah kandungan segala wanita yang hamil, dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal sebenarnya mereka tidak mabuk, akan tetapi azab Allah itu sangat keras.*

 ✈ Ayat ini menggambarkan keadaan yang sangat mencemaskan pada hari kiamat itu menyebabkan manusia tidak peduli kepada orang-orang yang mereka cintai termasuk anak kandung yang sedang disusui.

✈ Setiap perempuan yang hamil pula akan melahirkan anak walaupun belum genap tempohnya akibat dahsyatnya kejadian pada hari itu.

✈ Kejadian yang sangat dahsyat itu juga menyebabkan akal manusia menjadi tidak waras dan seperti tidak sedar akan apa yang sedang berlaku. Sesiapa yang melihat akan menyangka mereka sedang dalam keadaan mabuk.

🍄 Ayat 3 - 4 🍄 
 Kecaman terhadap orang-orang yang mengikuti syaitan.

⛵ Ayat 3⃣ 
*Di antara manusia ada yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan dan mengikuti setiap syaitan yang jahat,*

✈ Allah mengecam orang-orang yang berbantahan terhadap apa yang diturunkan kepada para nabi-Nya tanpa ilmu yang benar dengan mendustakan hari kebangkitan dan mengingkari kekuasaan-Nya untuk menghidupkan kembali orang-orang yang telah mati.

  ✈ Mereka berpaling daripada apa yang diturunkan oleh Allah kepada para nabi-Nya. Mereka juga mengikuti syaitan daripada kalangan jin dan manusia yang jahat dalam setiap perkataan, pengingkaran dan kekafiran.

✈ Kecaman ini juga ditujukan kepada para pengikut bid‘ah dan kesesatan yang berpaling daripada kebenaran dan mengikuti kebatilan. Mereka meninggalkan kebenaran yang jelas dan mengikuti perkataan para pemimpin kesesatan yang menyeru kepada bid‘ah dan hawa nafsu serta pendapat-pendapat akal.

⛵ Ayat 4⃣ 
*yang telah ditetapkan terhadap syaitan itu, bahawa sesiapa yang berkawan dengannya, tentu dia akan menyesatkannya, dan membawanya ke dalam azab neraka.*

✈ Sesiapa sahaja yang mengikuti syaitan nescaya syaitan itu akan menyesatkannya daripada kebenaran dan menunjukkannya jalan ke neraka.

🍄 Ayat 5 🍄 
 Pada penciptaan manusia dan tumbuh-tumbuhan terdapat bukti-bukti adanya hari kebangkitan. 

⛵ Ayat 5⃣ 
*Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu daripada tanah, kemudian daripada setitis mani, kemudian daripada segumpal darah, kemudian daripada segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepadamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan beransur-ansur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang dimatikan dan (ada pula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai usia nyanyuk, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatu pun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang indah.*

✈ Allah Ta‘ala menyatakan sekiranya manusia masih ragu-ragu tentang adanya hari kebangkitan, iaitu tidak yakin bahawa Dia berkuasa menghidupkan segala sesuatu yang telah mati, mereka hendaklah memikirkan bukti-bukti kekuasaan-Nya yang terdapat pada penciptaan manusia dan juga pada keadaan bumi dan juga tumbuh-tumbuhan yang kering dan subur.

✈ Asal mula kejadian manusia adalah daripada tanah, iaitu penciptaan Nabi Adam ‘alaihis salam. Kemudian Allah menjadikan keturunan baginda daripada setitis air mani yang hina.

✈ Sperma (nutfah) berada dalam rahim wanita selama empat puluh hari, kemudian membentuk segumpal darah (‘alaqah) dan berada pula dalam masa empat puluh hari, seterusnya berubah pula menjadi segumpal daging (mudghah) juga dalam tempoh empat puluh hari. Ketika ini mudghah belum lagi memiliki bentuk yang sempurna. Kemudian barulah bermula pembentukan janin, dimulai dengan kepala, kedua-dua tangan, dada, perut, kedua-dua paha, kedua-dua kaki dan seluruh anggota yang lain. 

✈ Kadang-kadang terdapat wanita mengalami keguguran sebelum janinnya terbentuk dengan sempurna dan kadang-kadang keguguran terjadi sesudah terlihat bentuk-bentuk organ yang telah sempurna pada janin tersebut. 

✈ Proses penciptaan dan kehidupan manusia terbahagi kepada dua:

1⃣ Proses perkembangan dalam rahim sebagaimana yang disebutkan dalam hadith sahih:

✈ Daripada Ibnu Mas‘ud radhiallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

📚 *_"Sesungguhnya penciptaan salah seorang di antara kamu itu dihimpunkan di dalam perut ibumu selama empat puluh hari. Kemudian menjadi segumpal daging seperti itu, kemudian Allah mengutus malaikat kepadanya lalu diperintahkan untuk menetapkan empat perkara, iaitu menetapkan rezeki, ajal, amal, dan sama ada dia celaka atau bahagia, kemudian meniupkan ruh kepadanya."_*
[Sahih Bukhari dan Muslim] 

2⃣ Kehidupan setelah lahir sehingga dewasa atau meninggal dunia.

 ✈ Manusia dilahirkan dalam keadaan lemah badan, pendengaran, penglihatan, perasaan, tindakan dan akal. Kemudian Allah Ta‘ala memberikan kekuatan sedikit demi sedikit. Sementara itu kedua ibu bapa bayi mengasihi dan menyayanginya sepanjang siang dan malam. Manusia itu akhirnya menjadi sempurna kekuatannya dan memiliki bentuk fizikal yang baik.

✈ Walau bagaimanapun, ada di antara manusia yang ditakdirkan meninggal dunia semasa masih muda dan kuat. Ada juga manusia yang dipanjangkan umur hingga kepada usia yang lanjut dan tua renta ketika kekuatan akal, pemahaman dan keadaan fizikal semakin berkurang dan lemah seperti firman Allah:

📖 *_"Allah-lah yang menciptakan kamu daripada keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) setelah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) setelah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki. Dan Dia Maha Mengetahui, Maha Kuasa."_*
[Surah Al-Rum, 30:54]

✈ Allah juga menyatakan bahawa Dia menjadikan bumi yang kering, kemudiannya dipenuhi tumbuh-tumbuhan ini menunjukkan dalil kekuasaan-Nya untuk menghidupkan orang-orang yang sudah mati sebagaimana Dia menghidupkan bumi yang mati dan kering. 

✈ Qatadah mengatakan maksud "bumi kering" ialah tanah berdebu dan kering manakala As-Suddi mengatakan maksudnya ialah tanah yang mati.

✈ Oleh itu, jika Allah menurunkan hujan ke atas bumi yang gersang itu, bumi akan menumbuhkan tanam-tanaman yang pelbagai warna, rasa, bau, bentuk dan manfaatnya. Tumbuh-tumbuhan ini indah dipandang dan mengeluarkan bau yang harum.

🍄 Ayat 6 - 7 🍄 
 Masih berkisar tentang pada penciptaan manusia dan tumbuh-tumbuhan terdapat bukti-bukti adanya hari kebangkitan. 

⛵  Ayat 6⃣ 
*Yang demikian itu, kerana sesungguhnya Allah, Dia-lah yang hak dan sesungguhnya Dia-lah yang menghidupkan segala yang mati dan sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.*

 ✈ Allah-lah yang mencipta, mengurus dan melakukan apa yang dikehendaki-Nya. Sebagaimana Dia berkuasa menghidupkan bumi yang mati dan menumbuhkan pelbagai tanaman, Dia juga berkuasa membangkitkan kembali manusia di akhirat.

⛵ Ayat 7⃣ 
*dan sesungguhnya hari Kiamat itu pastilah datang, tidak ada keraguan padanya, dan bahawasanya Allah membangkitkan semua orang di dalam kubur.*

✈ Hari kiamat itu pasti terjadi dan tidak diragukan lagi. Allah Ta‘ala akan menghidupkan kembali manusia setelah hancur luluh di dalam kubur seperti firman-Nya:

📖 *_"Dan dia membuat perumpamaan bagi Kami dan melupakan asal kejadiannya, dia berkata, 'Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-belulang yang telah hancur luluh?' Katakanlah (Muhammad), 'Yang akan menghidupkannya ialah (Allah) yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk, iaitu (Allah) yang menjadikan api untuk kamu daripada kayu yang hijau, maka seketika itu kamu nyalakan (api) daripada kayu itu.'"_*
[Surah Yasin, 36:78-80]

🍄 Ayat 8 - 10 🍄 
 Penjelasan tentang keadaan para pemimpin pelaku bid‘ah dan kesesatan.

⛵  Ayat 8⃣ 
*Dan di antara manusia ada orang-orang yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan, tanpa petunjuk dan tanpa kitab (wahyu) yang bercahaya,*

✈ Allah menyebutkan keadaan orang-orang yang menyeru kepada kesesatan, para pemimpin yang kafir dan ahli bid‘ah. Mereka berdebat tentang Allah tanpa alasan yang benar, tanpa ada dalil naqli yang jelas, bahkan semata-mata berdasarkan akal dan keinginan hawa nafsu. 

⛵  Ayat 9⃣ 
*dengan memalingkan rusuknya untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah. Dia mendapat kehinaan di dunia, dan pada hari kiamat Kami merasakan kepadanya azab neraka yang membakar.*

✈ Ibnu ‘Abbas radhiallahu ‘anhuma dan lain-lainnya mengatakan, "Sambil memalingkan rusuknya" bermaksud menyombongkan diri daripada kebenaran apabila diseru kepadanya. Mujahid, Qatadah dan Malik mengatakan daripada Zaid bin Aslam, maksudnya ialah memalingkan mukanya, berpaling daripada kebenaran yang diserukan dengan sikap sombong. Pengertiannya sama seperti dalam firman-firman-Nya:

📖 *_"Dan pada Musa (terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah) ketika Kami mengutusnya kepada Firaun dengan membawa mukjizat yang nyata. Tetapi dia (Firaun) berpaling (daripada iman) bersama bala tenteranya...."_*
[Surah Az-Zariyat, 51:38-39]

📖 *_"Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Marilah (patuh) kepada apa yang telah diturunkan Allah dan (patuh) kepada rasul," (nescaya) kamu melihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan keras daripada (mendekati) kamu."_*
[Surah An-Nisa', 4:61]

📖 *_"Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Marilah (beriman), agar Rasulullah memohonkan ampunan bagimu," mereka memalingkan muka dan kamu lihat mereka berpaling dengan menyombongkan diri."_*
[Surah Al-Munafiqun, 63:5]

📖 *_"Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, dia berpaling dengan menyombongkan diri...."_*
[Surah Luqman, 31:7]

📖 *_"(Berkata Luqman kepada anaknya), 'Dan janganlah kamu memalingkan mukamu daripada manusia (kerana sombong)....'"_*
[Luqman, 31:18]

 ✈ Sebahagian ulama' mengatakan bahawa maksud "untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah" ialah orang-orang yang menentang agama Allah dan mereka termasuk orang-orang yang menyesatkan manusia dari jalan-Nya.

✈ Oleh sebab mereka menyombongkan diri terhadap ayat-ayat Allah dan menyesatkan manusia, Dia membalasnya dengan kehinaan semasa berada di dunia lagi. Ini kerana mereka menjadikan dunia sebagai tujuan hidup.

 ✈ Pada hari kiamat mereka dikenakan azab api neraka yang membakar. Ini adalah akibat daripada perbuatan mereka sendiri yang syirik, berlaku zalim dan berbuat maksiat. Firman Allah dalam ayat yang lain:

📖 *_"Peganglah dia, kemudian seretlah dia ke tengah-tengah neraka. Kemudian tuangkanlah di atas kepalanya seksaan (daripada) air yang sangat panas. Rasakanlah, sesungguhnya kamu benar-benar orang yang perkasa lagi mulia. Sungguh, ini adalah azab yang dahulu selalu kamu ragukan."_*
[Ad-Dukhan, 44:47-50]

⛵ Ayat 1⃣0⃣ 
*(Akan dikatakan kepadanya): "Yang demikian itu, adalah disebabkan perbuatan  tangan kamu dahulu dan sesungguhnya Allah sekali-kali tidak menzalimi hamba-hamba-Nya."*

✈ Ayat ini merupakan suatu bentuk celaan dan penghinaan. Hal itu disebabkan mereka bersikap angkuh dan sombong terhadap ayat-ayat Allah. 

✈ Allah Ta‘ala tidak bersifat zalim terhadap orang-orang yang kufur kerana sifat Kesempurnaan dan Kekuasaan-Nya, tetapi merekalah yang menzalimi diri mereka sendiri dengan melakukan kesyirikan. 

🍄 Ayat 11 - 13 🍄 
Makna ibadah "dengan berada di tepi."

⛵ Ayat 1⃣1⃣ 
*Dan di antara manusia ada orang yang menyembah Allah dengan berada di tepi, maka jika dia memperoleh kebajikan, tetaplah dia dalam keadaan itu, dan jika dia ditimpa oleh suatu bencana, berbaliklah dia ke belakang. Rugilah dia di dunia dan di akhirat. Yang demikian itu adalah kerugian yang nyata.*

✈ Ayat di atas merupakan perumpamaan bagi orang-orang yang masuk Islam bukan atas dasar ilmu dan mereka bersifat ragu-ragu dalam beramal. 

✈ Mujahid, Qatadah dan lain-lain mengatakan maksud "dengan berada di tepi" ialah berada dalam keraguan. Manakala yang selain mereka mengatakan, hanya di hujung. Dengan kata lain, maksudnya ialah orang yang memeluk agama Islam dengan tidak sepenuh hati. Sekiranya dia menemui perkara yang disukainya, dia akan tetap berada dalam Islam, tetapi jika tidak, dia akan kembali kafir.

✈ Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas radhiallahu ‘anhuma tentang ayat "Dan di antara manusia ada yang menyembah Allah hanya di tepi," dia mengatakan, ada seorang lelaki datang ke Madinah. Jika isterinya melahirkan anak lelaki dan kudanya pun beranak, dia mengatakan ini agama yang baik. Sekiranya isterinya tidak melahirkan dan kudanya juga tidak beranak, dia mengatakan ini agama yang buruk.

✈ Mujahid mengatakan, "Dia berbalik ke belakang," bermaksud kembali menjadi kafir.

 ✈ Golongan yang bersifat seperti dalam ayat di atas tidak akan mendapat keuntungan di dunia atau pun di akhirat kerana mereka telah kafir kepada Allah Yang Maha Agung. Keadaannya sangat menderita dan terlalu hina. Itulah kerugian yang sangat besar.

⛵ Ayat 1⃣2⃣ 
*Dia menyeru selain Allah, sesuatu yang tidak dapat memberi mudarat dan tidak (pula) memberi manfaat kepadanya. Yang demikian itu adalah kesesatan yang jauh.*

✈ Mereka menyembah berhala-berhala dan menjadikan sekutu-sekutu Allah itu tempat meminta rezeki dan pertolongan. Sedangkan sembahan-sembahan itu sedikit pun tidak dapat memberikan manfaat atau mudarat kepada mereka. Ini merupakan kesesatan yang jauh daripada petunjuk, kebaikan, keselamatan dan keuntungan.

⛵ Ayat 1⃣3⃣ 
*Dia menyeru kepada sesuatu yang (sebenarnya) bencananya lebih dekat daripada manfaatnya. Sesungguhnya, itu seburuk-buruk penolong dan sejahat-jahat kawan.*

 ✈ Orang-orang murtad adalah orang yang menyeru kepada kesyirikan padahal sebelumnya mereka mengakui dan menyembah Allah yang Esa. Bahaya perbuatan tersebut di dunia adalah melebihi manfaatnya, dan di akhirat mudharatnya telah pasti. Berhala dan apa yang mereka sembah itu akan berlepas diri daripada perbuatan mereka. Mereka akan dikumpulkan bersama-sama dengan apa yang mereka sembah dalam neraka Jahanam sebagai bahan bakar.

✈ Mujahid mengatakan, 'yang diseru' itu ialah berhala. Dengan kata lain, yang diseru selain Allah Ta‘ala adalah seburuk-buruk pelindung dan penolong serta sejahat-jahat kawan yang menemaninya.

🍄 Ayat 14 🍄
Balasan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

⛵ Ayat 1⃣4⃣ 
*Sesungguhnya Allah memasukkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh ke dalam syurga-syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Sesungguhnya Allah berbuat apa yang Dia kehendaki.*

✈ Allah Ta‘ala menyebut tentang orang-orang mulia dan mendapat kebahagiaan. Mereka adalah orang-orang yang beriman dengan hati dan membenarkan keimanan tersebut dengan mengerjakan amal soleh serta meninggalkan perkara-perkara mungkar. Oleh itu, Allah mewariskan kepada mereka tempat tinggal pada kedudukan yang amat tinggi di taman-taman syurga. 

✈ Allah menyesatkan orang-orang yang kafir setelah diberi pilihan kepada mereka dan memberikan petunjuk kepada orang-orang yang memilih untuk mendapatkan kebahagiaan. Sesungguhnya Dia  berbuat apa sahaja yang dikehendaki-Nya.

🍄 Ayat 15 - 16 🍄 
Allah pasti menolong rasul-Nya dalam semua keadaan.

⛵  Ayat 1⃣5⃣ 
*Sesiapa yang menyangka bahawa Allah sekali-kali tidak menolongnya (Muhammad) di dunia dan akhirat, maka hendaklah dia merentangkan tali ke langit, kemudian hendaklah dia melaluinya, kemudian hendaklah dia fikirkan apakah tipu dayanya itu dapat melenyapkan apa yang menyakitkan hatinya.* 

✈ Ibnu ‘Abbas radhiallahu ‘anhuma mengatakan sesiapa yang menyangka Allah Ta‘ala tidak akan menolong Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam di dunia dan di akhirat, hendaklah dia merentangkan tali ke lelangit rumahnya dan menggantung diri dengan tali tersebut untuk membunuh dirinya.

✈ Ucapan ini adalah sebagai satu ejekan kepada mereka. Ini kerana Allah Ta‘ala pasti akan menolong dan memenangkan baginda seperti firman-Nya:

📖 *_"Sesungguhnya Kami akan menolong rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia dan pada hari tampilnya para saksi (hari kiamat)."_*
[Surah Al-Mukmin, 40:51]

✈ As-Suddi menyatakan bahawa hal yang menyakitkan hati mereka adalah agama Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam semakin berkembang iaitu semakin mendapat tempat di hati sebahagian daripada mereka.

⛵ Ayat 1⃣6⃣ 
*Dan demikianlah Kami telah menurunkan Al-Qur'an yang merupakan ayat-ayat yang nyata, dan bahawasanya Allah memberikan petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki.*

 ✈ Al-Qur'an yang diturunkan merupakan ayat-ayat yang jelas sebagai hujah daripada Allah Ta‘ala kepada manusia. 

✈ Allah menyesatkan dan memberi petunjuk kepada siapa sahaja yang dikehendaki-Nya. Dia memiliki hikmah yang sempurna dan hujah yang tidak dapat disangkal lagi seperti firman-Nya:

📖 *_"Dia (Allah) tidak ditanya tentang apa yang dikerjakan, tetapi merekalah yang akan ditanya."_*
[Surah Al-Anbiya', 21:23]

🍄 Ayat 17 🍄 
Allah Subhanahu wa Ta‘ala memberi keputusan kepada semua golongan pada hari kiamat.

⛵ Ayat 1⃣7⃣ 
*Sesungguhnya (terhadap) orang-orang beriman, orang-orang Yahudi, orang-orang Sabi-in, orang-orang Nasrani, orang-orang Majusi dan orang-orang musyrik, Allah akan memberi keputusan di antara mereka pada hari kiamat. Sesungguhnya Allah menyaksikan segala sesuatu.*

 ✈ Allah Ta‘ala memberitahu tentang para penganut agama yang berbeza-beza iaitu orang-orang yang beriman, Yahudi, Sabi-in, Nasrani, Majusi dan orang-orang musyrikin. Berkaitan orang-orang Sabi-in, telahpun diterangkan dalam Surah Al-Baqarah.

✈ Allah menetapkan hukum di antara mereka dengan adil. Dia memasukkan orang-orang beriman ke dalam syurga dan memasukkan orang-orang yang ingkar ke dalam neraka.

✈ Allah menyaksikan setiap perbuatan, menjaga dan menghisab perkataan-perkataan serta mengetahui rahsia-rahsia yang tersembunyi di dalam diri mereka.

🍄 Ayat 18 🍄 
 Segala sesuatu bersujud kepada Allah.

⛵ Ayat 1⃣8⃣ 
*Apakah kamu tidak mengetahui, bahawa kepada Allah bersujud apa yang ada di langit, di bumi, matahari, bulan, bintang, gunung, pepohonan, binatang-binatang yang melata dan sebahagian besar daripada manusia? Dan ramai di antara manusia yang telah ditetapkan azab atasnya. Dan sesiapa yang dihinakan Allah, maka tidak seorang pun yang memuliakannya. Sesungguhnya Allah berbuat apa yang Dia kehendaki.*

✈ Allah menjelaskan bahawa hanya Dia-lah yang berhak diibadahi, tidak ada sekutu bagi-Nya. Keagungan-Nya menyebabkan segala sesuatu sujud kepada-Nya secara sukarela ataupun terpaksa. Sujudnya segala sesuatu kepada-Nya merupakan hal yang khusus bagi Allah seperti firman-Nya:

📖 *_"Dan apakah mereka tidak memperhatikan suatu benda yang diciptakan Allah, bayang-bayangnya berbolak-balik ke kanan dan kiri, dalam keadaan sujud kepada Allah, dan mereka (bersikap) rendah hati."_*
[Surah An-Nahl, 16:48]

✈ Para malaikat di penjuru-penjuru langit, haiwan-haiwan di merata tempat di bumi, manusia dan jin semuanya sujud kepada-Nya seperti firman Allah:

📖 *_"....Dan tidak ada sesuatu pun melainkan bertasbih memuji-Nya...."_*
[Surah Al-Isra', 17:44]

✈ Matahari, bulan dan bintang disebut satu persatu kerana ketiga-tiga makhluk yang besar ini sering dijadikan bahan sembahan selain Allah. Oleh itu, Allah hendak menjelaskan bahawa apa yang mereka sembah itu sebaliknya sujud kepada Rabb yang menciptakan mereka dan bahawasanya semua itu diatur dan ditundukkan-Nya seperti firman Allah:

📖 *_"....Janganlah bersujud kepada matahari dan jangan (pula) kepada bulan, tetapi bersujudlah kepada Allah yang menciptakannya, jika hanya kepada-Nya sahaja kamu hendak menyembah."_*
[Surah Fussilat, 41:37]

✈ Dalam Sahih Al-Bukhari dan Muslim, daripada Abu Zarr radhiallahu ‘anhu, dia mengatakan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepadanya:

📚 *_"Apakah kamu tahu ke mana matahari ini pergi?" Aku berkata, "Allah dan rasul-Nya yang lebih mengetahui." Baginda pun bersabda, "Sesungguhnya dia pergi lalu sujud di bawah ‘Arsy, kemudian meminta perintah dan dikatakan kepadanya, 'Kembalilah semula ke arah dari mana kamu datang.'"_*

✈ Diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Ibnu ‘Abbas radhiallahu ‘anhuma, dia mengatakan seorang lelaki datang lalu berkata, *_"Ya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam, malam tadi aku bermimpi seakan-akan aku solat di belakang pohon lalu aku sujud dan pohon itu turut sujud mengikuti sujudku. Kemudian aku mendengar pohon itu berdoa, 'Ya Allah tetapkanlah bagiku pahala sujud ini di sisi-Mu dan hapuskanlah dosa dariku dengannya, jadikanlah ia sebagai simpanan bagiku di sisi-Mu dan terimalah sujud daripadaku, sebagaimana Engkau menerimanya daripada hamba-Mu Daud.'_* Ibnu ‘Abbas radhiallahu ‘anhuma mengatakan, *_"Rasulullah sallalahu ‘alaihi wa sallam membaca Surah As-Sajdah kemudian baginda sujud. Lalu aku mendengar baginda mengucapkan doa pohon seperti yang diberitahu oleh lelaki tersebut.""_*

✈ Seluruh haiwan yang melata juga bersujud kepada Allah. Begitu juga ramai di antara manusia yang sujud kepada-Nya dalam mentaati dan menjalani ibadah. Namun ada juga di kalangan manusia yang telah ditetapkan azab kepada mereka kerana keengganan, kesombongan dan sikap mereka yang membangkang sebagaimana sifat yang dimiliki oleh syaitan. 

✈ Hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

📚 *_"Jika anak Adam (manusia) membaca Surah As-Sajdah (lalu dia sujud), maka syaitan melarikan diri sambil menangis, dia berkata, 'betapa celaka, anak Adam diperintahkan sujud lalu dia sujud dan dia akan mendapat syurga, sedangkan aku diperintahkan sujud tapi aku menolak (kerana sombong) maka bagiku neraka.'"_*

✈ Sesiapa yang dihinakan oleh Allah, tiada seorang pun yang memuliakannya. Sesungguhnya Allah melakukan apa yang dikehendaki-Nya.

🍄 Ayat 19 - 22 🍄 
Sebab turunnya ayat ini dan balasan bagi orang-orang kafir.

⛵ Ayat 1⃣9⃣ 
*Inilah dua golongan (iaitu golongan mukmin dan golongan kafir) yang bertengkar, mereka saling bertengkar tentang Rabb mereka. Maka orang kafir akan dibuatkan untuk mereka pakaian-pakaian daripada api neraka. Disiramkan air yang sedang mendidih ke atas kepala mereka.*

✈ Dalam ayat di atas, Allah Ta‘ala menerangkan terdapat dua golongan manusia iaitu orang-orang Islam dan orang-orang kafir bertengkar tentang agama Allah Ta‘ala. Masing-masing merasakan agama yang mereka pertahankan itu adalah agama yang paling benar.

 ✈ Disebutkan dalam sahih Al-Bukhari dan sahih Muslim, Abu Zar radhiallahu ‘anhu bersumpah bahawa sebab turunnya ayat: *_"Inilah dua golongan (golongan mukmin dan golongan kafir) yang saling bertengkar tentang Rabb mereka,"_* adalah berkaitan dengan Hamzah dan dua sahabatnya (daripada kalangan muslim) serta ‘Utbah dan dua sahabatnya (daripada kalangan kafir) pada peristiwa perang Badar. Mereka bertanding satu lawan satu.

✈ Mujahid dan ‘Ata' mengatakan bahawa yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah berkaitan dengan orang-orang kafir dan orang-orang beriman yang bertengkar tentang agama Allah. Ini termasuk pendapat yang mengatakan kisah ini berkenaan dengan perang Badar dan perang-perang yang lain. Hal ini kerana orang-orang beriman menolong agama Allah Subhanahu wa Ta‘ala, sedangkan orang-orang kafir hendak memadamkan cahaya iman, mengalahkan kebenaran dan memenangkan kebatilan. Pendapat inilah yang dipilih oleh Ibnu Jarir dan ini merupakan pilihan yang baik. 

✈ Setelah itu Allah menyatakan bahawa orang-orang kafir akan dipakaikan dengan pakaian daripada api neraka. Sa‘id ibnu Jubair menafsirkan bahawa pakaian orang-orang kafir adalah dibuat daripada tembaga kerana tembaga adalah suatu benda yang menjadi sangat panas bila dibakar.

✈ Ketika dituangkan ke atas kepala mereka air yang mendidih, iaitu air yang berada pada tahap kepanasan yang paling tinggi, maka terbakarlah kulit mereka dan hancurlah segala isi perut mereka.

✈ Ibnu Jarir meriwayatkan daripada Abu Hurairah, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda: 

📚 *_"Sesungguhnya air mendidih itu benar-benar akan disiramkan ke atas kepala mereka yang kemudian menjadikan tengkorak terkelupas hingga meleleh ke perutnya, lalu hancur luluhlah apa yang ada di dalam perutnya, hingga sampai kepada kedua tapak kakinya. Itulah makna As-Sahr (dihancur luluhkan dalam ayat ke 20). Kemudian dia dikembalikan lagi kepada keadaan asal."_*

⛵  Ayat 2⃣0⃣ 
*Dengan air itu dihancur luluhkan segala apa yang ada dalam perut mereka dan juga kulit (mereka).*

✈ Ibnu Abi Hatim meriwayatkan daripada ‘Abdullah bin As-Sariyy, dia mengatakan, *_"Orang kafir itu didatangi malaikat yang membawa bejana (bekas air) dengan air mendidih dua kali ganda panasnya. Ketika bejana itu didekatkan ke wajahnya, dia membencinya." Dia mengatakan, "Malaikat itu pun mengangkat cemeti yang dibawanya, lalu dengannya ia memukul kepala orang kafir itu, sehingga otaknya terburai dan mengalir ke dalam bejana, bahkan hingga sampai ke perutnya."_*

⛵  Ayat 2⃣1⃣ 
*Dan untuk mereka cemeti-cemeti daripada besi.*

✈ Ibnu ‘Abbas radhiallahu ‘anhuma mengatakan, mereka dipukul dengannya hingga semua anggota badannya berguguran di hadapannya lalu mereka mengharapkan kebinasaan.

⛵ Ayat 2⃣2⃣ 
*Setiap kali mereka hendak keluar dari neraka lantaran kesengsaraan mereka, nescaya mereka dikembalikan (lagi) ke dalamnya. (Kepada mereka dikatakan): "Rasakanlah azab yang membakar ini."*

✈ Setiap kali penghuni neraka cuba melepaskan diri daripada kesengsaraan seksaan tersebut, mereka akan dipaksa oleh malaikat penjaga neraka untuk kembali semula ke dalamnya. Hal ini menyebabkan mereka tidak mungkin dapat melepaskan diri daripada azab neraka.

✈ Al-A‘masy telah meriwayatkan daripada Abu Zhabyan, daripada Salman, dia mengatakan, api itu hitam pekat. Nyala apinya tidak memancarkan sinarnya, tidak pula baranya. Kemudian beliau membaca ayat di atas. 

 ✈ Mereka dihina dengan diazab dalam neraka, baik dengan perkataan mahupun seksaan fizikal sebagaimana firman Allah:

📖 *_"Dan dikatakan kepada mereka, 'Rasakanlah azab neraka yang dahulu kamu mendustakannya.'"_*
[Surah As-Sajdah, 32:20]

⛵  Ayat 2⃣3⃣
 *Sesungguhnya Allah memasukkan orang-orang beriman dan mengerjakan amal yang soleh ke dalam syurga-syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Di syurga itu mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang daripada emas dan mutiara, dan pakaian mereka adalah sutera.*

✈  Dalam ayat ini, Allah Ta‘ala menyatakan balasan bagi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan soleh, antaranya:

1⃣  Dia akan memasukkan mereka ke dalam syurga-syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Sungai-sungai itu mengalir dari pelbagai arah membelah taman-taman syurga dan di sekelilingnya, serta di bawah pohon-pohon di dalam taman dan di istana-istana tempat tinggal mereka. Sungai-sungai tersebut dapat dialirkan ke arah mana pun yang mereka sukai.

2⃣ Mereka akan dipakaikan beberapa perhiasan berupa gelang-gelang emas dan mutiara pada tangan-tangan mereka, sebagaimana sabda Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam dalam sebuah hadis yang telah disepakati kesahihannya oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim:

📚 *_"Perhiasan pada orang yang beriman itu mencapai batas yang terkena air wuduk."_*

3⃣ Pakaian ahli syurga pula adalah daripada kain sutera, sama ada sutera halus mahupun tebal sepertimana dalam firman-Nya:

📖 *_"Mereka berpakaian sutera halus yang hijau dan sutera tebal, dan dipakaikan kepada mereka gelang dibuat daripada perak, dan Rabb memberikan kepada mereka minuman yang bersih. Sesungguhnya ini adalah balasan untukmu, dan usahamu adalah disyukuri (diberi balasan)."_*
[Surah Al-Insan, 76:21-22]

✈ Dalam hadis sahih disebutkan larangan memakai sutera bagi kaum lelaki:

📚 *_"Janganlah (kalian wahai kaum lelaki) memakai sutera, dan dibaj (pakaian sutera bercorak) di dunia. Ini kerana sesiapa yang memakainya di dunia maka tidak akan memakainya di akhirat."_*

⛵ Ayat 2⃣4⃣ 
*Dan mereka diberi petunjuk kepada ucapan-ucapan yang baik dan diberi petunjuk (pula) kepada jalan (Allah) yang terpuji.*

✈ Para ahli syurga akan diberi petunjuk dengan ucapan-ucapan yang baik. Hal ini ditafsirkan oleh ayat-ayat yang lain, firman-Nya:

📖 *_"Dan orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dimasukkan ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya dengan izin Rabb mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam (syurga) itu ialah 'Salam.'"_* 
[Surah Ibrahim, 14:23]

📖 *_"....Sedang para malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu, (sambil mengucapkan), 'Salam sejahtera atasmu kerana kesabaranmu.' Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu."_*
[Surah Ar-Ra‘d, 13:23-24]

📖 *_"Di sana mereka tidak mendengar perkataan yang sia-sia mahupun yang menimbulkan dosa, tetapi mereka mendengar ucapan salam."_*
[Surah Al-Waq‘iah, 56:25-26]

✈ Penghuni syurga juga akan ditunjukkan ke tempat yang di dalamnya mereka hanya mendengar perkataan yang baik-baik sahaja dan mereka memuji Rabb mereka atas pelbagai kebaikan dan nikmat yang dianugerahkan kepada mereka. Sebagaimana dalam firman-Nya:

📖 *_"....Dan di sana mereka akan disambut dengan penghormatan dan salam."_*
[Surah Al-Furqan, 25:75]

✈ Imam Muslim meriwayatkan hadis sahih, Rasullullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

📚 *_"Sesungguhnya mereka diberi ilham (untuk selalu mengucapkan) tasbih dan tahmid sebagaimana mereka menghembuskan nafas."_*

🍄 Ayat 25 🍄 
 Ancaman bagi orang yang menghalang manusia daripada jalan Allah dan Masjidil Haram serta berbuat kejahatan di dalamnya.

⛵ Ayat 2⃣5⃣ 
*Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan menghalangi manusia daripada jalan Allah dan (daripada) Masjidil Haram yang telah Kami jadikan untuk semua manusia, sama ada yang bermukim di situ (Mekah) ataupun yang datang dari luar, dan siapa yang bermaksud di dalamnya melakukan kejahatan secara zalim, nescaya akan Kami rasakan kepadanya sebahagian seksa yang pedih.*

✈ Ayat ini merupakan ancaman dan peringatan keras kepada orang-orang kafir yang menghalang manusia daripada jalan Allah dan menghalang orang-orang mukmin datang ke Masjidil Haram untuk menunaikan ibadah haji. 

✈ Pada masa dahulu, orang-orang kafir Mekah mengaku bahawa merekalah yang berhak menguasai Masjidil Haram. Padahal secara hukum (menurut syariat), Allah telah menjadikan Masjidil Haram sebagai tempat beribadat untuk semua orang dengan hak yang sama, tiada bezanya antara penduduk Mekah dengan yang tinggal di luar Mekah. Allah telah menyanggah pengakuan mereka ini dalam firman-Nya:

📖 *_"....dan mereka bukanlah orang-orang yang berhak menguasainya. Orang-orang yang berhak menguasai(nya) hanyalah orang-orang yang bertakwa...."_*
[Surah Al-Anfal, 8:34]

✈ Dalam ayat ini juga terdapat dalil yang menunjukkan bahawa ayat ini turun di Madinah, sebagaimana firman-Nya:

📖 *_"Mereka bertanya kepadamu (Muhammmad) tentang berperang pada bulan haram. Katakanlah, 'Berperang dalam bulan itu adalah (dosa) besar tetapi menghalangi (manusia) daripada jalan Allah, ingkar kepada-Nya, (menghalangi orang masuk) Masjidil Haram dan mengusir penduduk dari sekitarnya, lebih besar (dosanya) dalam pandangan Allah....'"_*
[Surah Al-Baqarah, 2:217]

✈ Sekiranya sesiapa berniat untuk melakukan kezaliman seperti syirik, kemaksiatan, menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah di tanah haram berupa gangguan atau pembunuhan, maka pasti dia akan mendapat seksaan yang pedih.  

 🍄 Ayat 26 - 27 🍄 
 Pembinaan Ka‘bah dan seruan haji. 

⛵ Ayat 2⃣6⃣ 
*Dan (ingatlah) ketika Kami memberikan tempat kepada Ibrahim di tempat Baitullah (dengan mengatakan): "Janganlah kamu menyekutukan sesuatu pun dengan Aku, dan sucikanlah rumah-Ku ini bagi orang-orang yang tawaf, dan orang-orang yang beribadah dan orang-orang yang rukuk dan sujud.*

✈ Dalam ayat ini terdapat kecaman dan celaan Allah terhadap orang-orang Quraisy yang menyekutukan-Nya. Lebih lebih lagi, perkara ini dilakukan di tempat ibadah yang mula-mula dibina untuk mengesakan-Nya.

✈ Kemudian Allah Ta‘ala menyebut bahawa Dia telah memberi petunjuk kepada Nabi Ibrahim ‘alaihis salam supaya membina bangunan di Baitullah. Kebanyakan ulama' mengatakan ayat ini merupakan dalil yang menunjukkan bahawa baginda adalah orang yang pertama membina Ka‘bah.

✈ Dalam Sahih Al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Zarr radhiallahu ‘anhu, "Aku bertanya, 'Ya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam, masjid apa yang pertama dibina?' Baginda menjawab, 'Masjidil Haram.' Kemudian apa?' tanyaku lagi. Baginda menjawab, 'Baitul Maqdis.' Kemudian aku bertanya, 'Berapa jarak di antara keduanya?' Baginda menjawab, 'Empat puluh tahun.'"

✈ Baitullah adalah tempat ibadah yang pertama dibina seperti dalam firman Allah:

📖 *_"Sesungguhnya rumah (ibadah) pertama yang dibina untuk manusia, ialah (Baitullah) di Bakkah (Mekah) yang diberkati dan menjadi petunjuk bagi seluruh alam."_*
[Surah Ali ‘Imran, 3:96]

⛵ Ayat 2⃣7⃣ 
*Dan serulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan menaiki unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh.*

✈ Allah memerintahkan Nabi Ibrahim ‘alaihis salam menyeru manusia supaya mengerjakan haji ke Baitullah.

✈ Maksud "yang datang dari segenap penjuru yang jauh" dalam ayat ini ialah datang dari setiap jalan seperti firman Allah:

📖 *_"....dan Kami jadikan (pula) di sana jalan-jalan yang luas, agar mereka mendapat petunjuk."_*
[Surah Al-Anbiya', 21:31]

✈ Ayat ini juga menggambarkan doa Nabi Ibrahim ‘alaihis salam, supaya umat Islam memiliki kerinduan untuk mengunjungi Ka‘bah, sebagaimana dalam firman Allah:

📖 *_"....ya Rabb kami (yang demikian itu) agar mereka melaksanakan solat, maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan berilah mereka rezeki daripada buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur."_*
[Surah Ibrahim, 14:37]

🍄 Ayat 28 - 29 🍄 
Manfaat-manfaat di dunia dan di akhirat bagi yang mengerjakan haji.

⛵  Ayat 2⃣8⃣ 
*Supaya mereka menyaksikan pelbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara dan fakir.*

✈ Ibnu ‘Abbas radhiallahu ‘anhuma mengatakan manfaat yang disebutkan di dalam ayat di atas adalah manfaat dunia dan manfaat akhirat adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah Ta‘ala sebagaimana firman-Nya:

📖 *_"Bukanlah satu dosa bagimu mencari kurnia daripada Rabbmu. Maka apabila kamu bertolak dari ‘Arafah, berzikirlah kepada Allah di Masy‘arilharam. Dan berzikirlah kepada-Nya...."_*
[Surah Al-Baqarah, 2:198]

✈ Syu‘bah dan Husyaim mengatakan daripada Abu Bisyr daripada Sa‘id daripada Ibnu ‘Abbas radhiallahu ‘anhuma bahawa hari-hari yang ditentukan adalah sepuluh hari di bulan Zulhijjah.

✈ Imam Ahmad meriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar radhiallahu ‘anhuma, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

📚 *_"Tidak ada hari-hari yang lebih agung di sisi Allah, tidak pula yang lebih disukai-Nya untuk beramal di dalamnya, daripada hari-hari sepuluh (1-10 ZulHijjah). Maka perbanyakkanlah pada hari-hari itu (ucapan) tahlil, takbir dan tahmid."_*

 ✈ Hari-hari sepuluh ini merangkumi Hari ‘Arafah seperti yang dinyatakan dalam Sahih Muslim daripada Abu Qatadah, apabila ditanya tentang puasa pada Hari ‘Arafah, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

📚 *_"Aku mengharap, Allah akan menghapus (dosa) pada tahun yang lalu dan dosa setahun yang akan datang."_*

 ✈ Hari-hari yang sepuluh itu juga termasuk Hari Nahar (korban) pada 10 Zulhijjah seperti yang disebutkan dalam hadith bahawa itu adalah hari yang paling utama di sisi Allah.

✈ Daripada hadith riwayat Ahmad, disebutkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam menyembelih haiwan korban dan memerintahkan daripada setiap unta diambil sebahagian untuk dimasak. Baginda juga memakan dagingnya dan menghirup sedikit kuahnya.

✈ ‘Ikrimah mengatakan orang-orang yang sengsara dan fakir ialah orang-orang yang sangat memerlukan dan jelas kelihatan kesengsaraan pada diri mereka namun mereka menahan diri daripada meminta-minta.

⛵  Ayat 2⃣9⃣ 
*Kemudian, hendaklah mereka menghilangkan kotoran yang ada pada badan mereka dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazar mereka dan hendaklah mereka melakukan tawaf sekeliling rumah yang tua itu (Baitullah).*

✈ ‘Ali bin Abi Talhah mengatakan daripada Ibnu ‘Abbas radhiallahu ‘anhuma, maksud 'menghilangkan kotoran' ialah melepaskan kain ihram daripada balutan kepala, mengenakan pakaian, memotong kuku dan seumpamanya. Manakala maksud 'menyempurnakan nazar-nazar mereka' ialah menyembelih unta yang dinazarkan.

✈ Mujahid mengatakan tawaf yang dimaksudkan ialah tawaf wajib pada hari korban (10 Zulhijjah).

✈ Dalam Sahih Al-Bukhari dan Muslim, daripada Ibnu ‘Abbas radhiallahu ‘anhuma, dia mengatakan: "Manusia diperintahkan untuk menjadikan tawaf sebagai akhir amalan haji dan umrah (perlaksanaan ibadah) mereka. Hanya wanita haidh diberikan keringanan."

✈ Sekeliling rumah tua bermaksud di luar Hijir Isma‘il kerana tempat itu merupakan sebahagian daripada Ka‘bah ketika kali pertama dibina oleh Nabi Ibrahim ‘alaihis salam tetapi telah dikeluarkan oleh kaum Quraisy ketika mereka kekurangan pembiayaan. Oleh itu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam melakukan tawaf di luar Hijir Ismail. Baginda tidak istilam (menyentuh) dua sudut Ka‘bah yang menghadap ke Syam.

🍄 Ayat 30 - 32 🍄 
Pahala menjauhi maksiat, halalnya haiwan ternak, serta perintah menjauhkan syirik dan dusta. 

⛵ Ayat 3⃣0⃣ 
*Demikianlah (perintah Allah). Dan barangsiapa mengagungkan apa-apa yang terhormat di sisi Allah, maka itu adalah lebih baik baginya di sisi Rabbnya. Dan telah dihalalkan bagi kamu semua binatang ternak, terkecuali yang diterangkan kepadamu keharamannya, maka jauhilah olehmu berhala-berhala yang najis itu dan jauhilah perkataan-perkataan dusta,*

✈ Dalam ayat sebelumnya Allah menerangkan tentang perintah-Nya berupa ketaatan dalam manasik haji. Dalam ayat ini dinyatakan pula bahawa ketaatan-ketaatan itu akan dibalas dengan kebaikan dan pahala yang banyak. Begitulah juga balasannya jika meninggalkan hal-hal yang dilarang.

✈ Allah menghalalkan haiwan-haiwan ternakan kepada manusia kecuali seperti yang disebutkan dalam firman-firman-Nya:

📖 *_"Allah sekali-kali tidak pernah mensyariatkan Bahirah, Sa'ibah, Wasilah dan Ham....."_*
[Surah Al-Ma'idah, 5:103]

🔹 Bahirah, Sa'ibah, Wasilah dan Ham sudah dihuraikan dalam Surah Al-Ma'idah sebelum ini.

📖 *_"Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, dan (daging) haiwan yang disembelih bukan atas (nama) Allah....."_*
[Surah Al-Ma'idah, 5:3]

✈ Allah memerintahkan manusia menjauhi berhala-berhala. Dia juga mengaitkan perbuatan menyekutukan-Nya dengan perkataan dusta termasuk saksi palsu seperti firman-Nya:

📖 *_"Katakanlah (Muhammad), 'Rabbku hanya mengharamkan segala perbuatan keji yang terlihat dan yang tersembunyi, perbuatan dosa, perbuatan zalim tanpa alasan yang benar, dan (mengharamkan) kamu mempersekutukan Allah dengan sesuatu, sedangkan Dia tidak menurunkan alasan untuk itu, dan (mengharamkan) kamu membicarakan tentang Allah apa yang tidak kamu ketahui.'"_*
[Surah Al-A‘raf, 7:33]

✈ Dalam Sahih Al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Bakar radhiallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

📚 *_"Mahukah kamu aku beritahu tentang dosa yang paling besar?" Kami berkata, "Tentu ya Rasulullah." Baginda bersabda, "Menyekutukan Allah dan derhaka kepada kedua orang tua." Ketika itu baginda bersandar, lalu duduk dan bersabda, "Hati-hati (kamu daripada) perkataan dusta dan persaksian palsu." Baginda terus mengulang-ulanginya sehingga kami berkata, "Semoga baginda diam."_*

⛵ Ayat 3⃣1⃣ 
*dengan ikhlas kepada Allah, tidak mempersekutukan sesuatu dengan-Nya. Barangsiapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka adalah dia seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh.*

 ✈ Allah Ta‘ala memberikan perumpamaan kepada orang-orang yang mempersekutukan-Nya, seolah-olah mereka terjatuh dari langit dan disambar pula oleh burung atau diterbangkan pula oleh angin dan binasa di tempat mereka dijatuhkan sebagaimana yang disebutkan dalam hadith berikut.

✈ Al-Bara' dalam hadis riwayat Imam Ahmad berkata, sesungguhnya ruh-ruh orang kafir ketika malaikat membawa naik ke langit, pintu-pintu langit tidak dibuka sebaliknya ruh-ruh itu dicampak ke bumi. Kemudian Al-Bara' membaca ayat 31 di atas.  
✈ Allah juga membuat perumpamaan lain bagi orang-orang yang mensyirikkan-Nya seperti firman-Nya dalam Surah Al-An‘am, 6: 71.

🍄 Ayat 32 - 33 🍄 
Penjelasan tentang haiwan korban dan syiar-syiar Allah, serta manfaat-manfaat haiwan-haiwan ternakan dan hadyu.

⛵ Ayat 3⃣2⃣ 
*Demikianlah (perintah Allah). Dan barangsiapa mengagungkan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya itu timbul daripada ketakwaan hati.

 ✈ Menyembelih haiwan hadyu dan unta juga termasuk mengagungkan perintah Allah. Menurut Al-Hakam daripada Misqam daripada Ibnu ‘Abbas radhiallahu ‘anhuma, pengagungannya adalah dengan memperelokkan dan menggemukkannya.

✈ Hadis riwayat Al-Bukhari, Abu Umamah bin Sahl mengatakan bahawa, dahulu mereka termasuk kaum muslimin menggemukkan haiwan-haiwan korban di Madinah. 

✈ Dalam Sunan Ibnu Majah daripada Abu Rafi‘ bahawasanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam berkorban dengan dua kambing biri-biri besar, gemuk, bertanduk dan kedua-duanya dimandulkan.

✈ Hadis riwayat Ahmad, daripada Ali radhiallahu ‘anhu, dia mengatakan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan supaya para sahabat meneliti mata dan telinga binatang korban serta agar mereka tidak berkorban dengan muqabilah, mudabirah, syarqa' dan kharqa'.

🔹Muqabilah ialah bahagian depan telinga terputus.

🔹Mudabirah ialah bahagian belakang telinga terputus. 

🔹Syarqa' ialah sepanjang telinga terputus.

🔹Kharqa' ialah dikoyak telinga dengan memulasnya.

✈ Hadis riwayat Ahmad, daripada Al-Bara', Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

📚 *_"Empat jenis binatang yang tidak boleh dijadikan binatang korban ialah buta sebelah mata yang benar-benar buta, sakit yang sebenar-benar nyata sakitnya, tempang kaki yang jelas ketempangannya dan kurus tidak berlemak."_*

⛵ Ayat 3⃣3⃣ 
*Bagi kamu pada binatang-binatang hadyu itu ada beberapa manfaat, sampai kepada waktu yang ditentukan, kemudian tempat wajib (serta akhir masa) menyembelihnya ialah setelah sampai ke Baitul ‘Atiq (Baitullah).*

✈ Haiwan-haiwan korban mempunyai banyak manfaat kepada manusia daripada susunya, bulunya dan dapat dijadikan binatang tunggangan.

✈ Miqsam mengatakan, Ibnu ‘Abbas radhiallahu ‘anhuma menerangkan binatang-binatang tersebut boleh dimanfaatkan selagi belum dinamakan budn (digemukkan untuk dikorbankan). Ada yang berpendapat seseorang boleh memanfaatkannya walaupun ia adalah haiwan hadyu sekiranya ada keperluan seperti hadith riwayat Muslim:

✈ Daripada Jabir radhiallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

📚 *_"Tunggangilah dengan baik jika memang harus kamu lakukan."_*

✈ Tempat terakhir haiwan korban ialah di Baitul ‘Atiq iaitu Ka‘bah seperti firman-firman Allah:

📖 *_".....hadyu yang dibawa ke Ka‘bah....."_*
[Surah Al-Ma'idah, 5:95]

📖 *_".....Dan menghalangi haiwan korban sampai ke tempat (penyembelihan)nya....."_*
[Surah Al-Fath, 48:25]

🍄 Ayat 34 - 36 🍄 
Perintah penyembelihan korban disyariatkan dalam semua agama yang diturunkan oleh Allah dan perintah menyembelih unta.

⛵  Ayat 3⃣4⃣ 
*Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (korban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka, maka Ilahmu ialah Ilah Yang Maha Esa, kerana itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah),.*

✈ Allah Ta‘ala menyatakan bahawa penyembelihan korban atas nama-Nya telah disyariatkan kepada umat-umat terdahulu daripada kalangan orang-orang yang beriman. Dia mengurniakan binatang ternakan supaya mereka boleh beribadah kepada-Nya dengan melakukan korban.

 ✈ Disebutkan dalam Sahihain, daripada Anas radhiallahu ‘anhu, dia mengatakan:

📚 *_"Didatangkan kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam dua ekor biri-biri yang bagus dan bertanduk, lalu baginda menyebut nama Allah, bertakbir dan meletakkan kaki baginda pada bahagian sisi haiwan itu (supaya tidak berdiri)."_*

✈ Sesungguhnya yang wajib disembah ialah Allah yang Maha Esa. Meskipun syariat para nabi adalah berbeza dan sebahagian hukum menghapus sebahagian yang lain tetapi tauhidnya tetap sama iaitu menyembah Rabb yang Esa. Oleh itu hendaklah berserah diri kepada-Nya dengan ikhlas dan menerima segala ketentuan dan ketetapan-Nya. Firman-Nya:

📖 *_"Dan Kami tidak mengutus seorang rasul pun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya, "Bahawasanya tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku, maka sembahlah Aku."_*
[Surah Al-Anbiya', 21:25]

 ✈ Allah memerintahkan Rasullullah sallallahu ‘alaihi wa sallam agar menyampaikan berita gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh kepada perintah-Nya. 

⛵  Ayat 3⃣5⃣ 
*(iaitu) orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gementarlah hati mereka, orang-orang yang sabar terhadap apa yang menimpa mereka, orang-orang yang mendirikan solat dan orang-orang yang menafkahkan sebahagian daripada apa yang telah Kami rezekikan kepada mereka.*

✈ Orang-orang yang mendapat khabar gembira sebagaimana yang disebutkan dalam ayat di atas ditafsirkan sebagai orang-orang yang: 

🔸takut kepada-Nya, 

🔸bersabar atas musibah yang menimpa, 

🔸menunaikan hak-hak Allah dan kewajipan-kewajipan yang dikenakan kepada mereka, 

🔸dan menginfakkan rezeki yang baik kepada keluarga, kerabat, orang-orang fakir dan orang-orang yang memerlukan bantuan.

⛵  Ayat 3⃣6⃣ 
*Dan telah Kami jadikan untuk kamu unta-unta itu sebahagian daripada syiar Allah, kamu memperoleh kebaikan yang banyak padanya, maka sebutlah olehmu nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah terikat kakinya). Kemudian apabila telah rebah (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur.*

✈ Dalam ayat ini, Allah Subhanahu wa Ta‘ala menyebutkan kurnia-Nya yang telah diberikan kepada hamba-hamba-Nya, iaitu dengan menciptakan unta buat mereka dan menjadikannya sebagai salah satu daripada syiar-Nya. Unta dibawa ke rumah-Nya (Masjidil Haram), bahkan merupakan sesuatu yang paling utama untuk dibawa iaitu dijadikan haiwan korban (hadyu), seperti dalam firman-Nya:

📖 *_".....janganlah kamu melanggar syiar-syiar Allah dan jangan (melanggar kehormatan) bulan-bulan haram, jangan (mengganggu) hadyu (binatang korban) dan qala’id (binatang korban yang diberi tanda) dan jangan (pula) mengganggu orang-orang yang mengunjungi Baitul Haram....."_*
[Surah Al-Ma'idah, 5:2]

✈ Melaksanakan ibadah korban merupakan satu perbuatan yang baik dan mulia serta mempunyai pahala yang besar di sisi-Nya. 

 ✈ Imam Muslim meriwayatkan, Jabir ibnu Abdullah mengatakan bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan kami agar bergabung dalam haiwan korban, seekor unta untuk tujuh orang dan seekor lembu (sapi) untuk tujuh orang.

 ✈ Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Ibnu Majah, menyatakan bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam pernah berkorban seekor biri-biri atas nama umat baginda seluruhnya dan seekor lagi biri-biri atas nama baginda dan keluarganya. Maka kedua-dua ekor biri-biri yang telah disembelih itu dagingnya diberikan kepada orang-orang miskin, dan baginda beserta keluarganya turut sama memakan sebahagian daripadanya.

✈ Sebahagian ulama' mengatakan ayat "Maka makanlah sebahagian dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (tidak meminta-minta) dan orang yang meminta" adalah dalil bagi daging korban dibahagi menjadi tiga bahagian iaitu sepertiga bahagian untuk dimakan oleh pemiliknya, sepertiga bahagian untuk disedekahkan kepada rakan-rakan, saudara mara atau jiran tetangga dan sepertiga bahagian lagi untuk disedekahkan kepada orang-orang fakir.

✈ Disyariatkan menyembelih pada hari Nahar (10 Zulhijjah) dan hari-hari tasyrik berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Ibnu Hibban, daripada Jubair bin Muth'im, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

📚 *_"Hari-hari tasyrik semuanya adalah (waktu) penyembelihan."_*

✈ Allah menjadikan unta-unta itu tunduk patuh kepada manusia. Mereka boleh jadikan unta-unta itu sebagai kenderaan, mendapatkan susunya, dan dimakan dagingnya supaya mereka bersyukur. Firman Allah:

📖 *_"Dan tidakkah mereka melihat bahawa Kami telah menciptakan binatang ternak untuk mereka, iaitu sebahagian daripada apa yang telah Kami ciptakan dengan kekuasaan Kami sendiri, lalu mereka menguasainya."_*
[Surah Yasin, 36:71]

🍄 Ayat 37 - 38 🍄 
 Tujuan melakukan korban dan khabar gembira tentang pembelaan kepada orang-orang yang beriman.

⛵ Ayat 3⃣7⃣ 
*Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketakwaan daripada kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.*

✈ Dalam ayat ini, Allah Ta‘ala menceritakan tujuan disyariatkan korban adalah supaya hamba-hamba-Nya mengingati-Nya pada saat penyembelihan. Ini kerana pada masa jahiliyah, penyembelihan korban adalah untuk diberikan kepada sembahan-sembahan mereka, diletakkan daging di atas sembahan-sembahan tersebut dan melumurinya dengan darah. Oleh itu Allah menjelaskan bahawa daging dan darah itu tidak akan sampai kepada-Nya. Dia hanya menerima ketakwaan dan keikhlasan seseorang dan membalasnya dengan pahala.

✈ Allah Ta‘ala juga menyatakan bahawa Dia menundukkan binatang-binatang korban kepada manusia supaya mereka mengagungkan-Nya kerana Dia telah memberi mereka petunjuk kepada agama dan syariat yang disukai dan diredhai-Nya.

✈ Setelah itu Allah Ta‘ala memerintahkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam memberitahu tentang khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat kebaikan iaitu melaksanakan segala ketetapan dan syariat-Nya serta membenarkan risalah yang disampaikan oleh rasul-Nya.

⛵  Ayat 3⃣8⃣ 
*Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang telah beriman. Sesungguh-nya Allah tidak menyukai tiap-tiap orang yang berkhianat lagi mengingkari nikmat.*

 ✈ Allah Ta‘ala menyatakan, Dia akan sentiasa memelihara hamba-hamba-Nya yang bertawakal dan berserah diri kepada-Nya dalam menghadapi kejahatan dan tipu daya orang-orang yang zalim sebagaimana dalam firman-Nya:

📖 *_".....Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."_*
[Surah At-Talaq, 65:3]

✈ Allah Ta‘ala tidak menyukai hamba-hamba-Nya yang memiliki sifat khianat iaitu tidak menunaikan janji-janji yang telah dipersetujui. Dia juga tidak menyukai orang-orang yang kufur nikmat iaitu orang-orang yang mengingkari bahawa semua kenikmatan itu sebenarnya daripada-Nya. 

🍄 Ayat 39 - 40 🍄 
Diizinkan berperang dan inilah ayat jihad yang pertama.

⛵  Ayat 3⃣9⃣ 
*Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya. Dan sesungguhnya Allah benar-benar Maha Berkuasa untuk menolong mereka itu,*

⛵ Ayat 4⃣0⃣ 
*(iaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata: "Rabb kami hanyalah Allah." Dan sekiranya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadah orang Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.*

✈ Ini adalah ayat yang pertama dalam Al-Qur'an yang mengizinkan orang-orang beriman memerangi orang-orang musyrik. Allah memberi keizinan untuk berperang setelah orang-orang musyrik terlebih dahulu menganiayai dan memerangi mereka. Mujahid, Ad-Dhahak, Ibnu ‘Abbas radhiallahu ‘anhuma, Qatadah dan lain-lain mengatakan ini adalah ayat pertama yang turun tentang jihad.

✈ Ibnu ‘Abbas radhiallahu ‘anhuma juga mengatakan, ayat ini berkaitan dengan peristiwa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabat yang diusir dari Mekah ke Madinah. Mereka diusir hanya kerana mereka mengungkapkan "Rabb kami adalah Allah." Mereka tidak pernah melakukan dosa kepada kaum mereka, sebaliknya hanya mengesakan Allah. Sedangkan menurut orang-orang musyrik, ungkapan ini merupakan dosa yang paling besar. Firman-Nya:

📖 *_".....Mereka mengusir rasul dan kamu sendiri, kerana kamu beriman kepada Allah, Rabbmu....."_*
[Surah Al-Mumtahanah, 60:1]

✈ Allah menyatakan sekiranya Dia tidak menahan kejahatan sesuatu kumpulan manusia terhadap yang lain nescaya bumi telah rosak. Ini kerana apabila yang kuat membinasakan yang lemah semua akan hancur termasuk rumah-rumah ibadah disebabkan perbalahan sesama mereka. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang-orang yang menolong agama-Nya. Firman-Nya dalam ayat yang lain:

📖 *_"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."_*
[Surah Muhammad, 47:7]

✈ Allah Ta‘ala menyatakan bahawa Dia memiliki sifat Maha Kuat dan Maha Perkasa. Kekuatan-Nya menyebabkan segala sesuatu tunduk dan memerlukan-Nya. Sesiapa yang ditolong oleh-Nya pasti menang dan musuhnya pasti kalah. Firman-Nya:

📖 *_"Allah menetapkan, 'Aku dan rasul-rasul-Ku pasti menang.' Sesungguhnya, Allah Maha Kuat, Maha Perkasa."_*
[Surah Al-Mujadalah, 58:21]

 🍄 Ayat 41 🍄 
Kewajipan kaum muslimin apabila memiliki kekuasaan.

⛵ Ayat 4⃣1⃣ 
*(Iaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, nescaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah daripada perbuatan yang mungkar dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.*

✈  Ibn Hatim meriwayatkan, bahawa ‘Uthman bin ‘Affan radhiallahu ‘anhu mengatakan, diturunkan ayat ini adalah kerana beliau dan para sahabat diusir dari kampung halaman yang sebelumnya dikuasai oleh orang-orang musyrikin yang memusuhi mereka. Kemudian mereka diberikan kedudukan dan kuasa untuk memimpin dan memerintah. Lalu mereka melaksanakan perintah Allah, melarang kemungkaran dan menyerahkan segala urusan hanya kepada Allah.

✈ Abul ‘Aliyah mengatakan mereka dalam ayat ini ialah para sahabat Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam. 

✈ ‘Atiyah Al-‘Aufi mengatakan ayat ini sebagaimana firman Allah Ta‘ala:

📖 *_"Dan Allah telah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa Dia sungguh-sungguh, akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa....."_*
[Surah An-Nur, 24:55]

✈ Segala urusan dan pembalasan dikembalikan kepada Allah seperti firman-Nya:

📖 *_".....Dan kesudahan (yang baik) adalah bagi orang-orang yang bertakwa."_*
[Surah Al-Qasas, 28:83]

✈ Zaid bin Aslam mengatakan ini bermaksud di sisi Allah-lah pahala atas apa-apa yang mereka kerjakan.

🍄 Ayat 42 - 46 🍄 
 Kesudahan orang-orang yang mendustakan rasul.

⛵  Ayat 4⃣2⃣ 
*“Dan jika mereka (orang-orang musyrik) mendustakan kamu, maka sesungguhnya telah mendustakan juga sebelum mereka kaum Nuh, ‘Ad dan Thamud,*

⛵ Ayat 4⃣3⃣ 
*dan kaum Ibrahim dan kaum Lut,*

⛵ Ayat 4⃣4⃣ 
*dan penduduk Madyan, dan telah didustakan Musa, lalu Aku tangguhkan (azab-Ku) untuk orang-orang kafir, kemudian Aku azab mereka, maka (lihatlah) bagaimana besarnya kebencian-Ku (kepada mereka itu).*

✈ Allah berfirman untuk menghiburkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam dengan menyatakan bahawa sebagaimana kaum musyrik mendustakan baginda, begitu jugalah dengan kaum-kaum para rasul terdahulu. Padahal para rasul telah membawa tanda-tanda kekuasaan Allah yang jelas.

✈ Allah memberi penangguhan kepada mereka dengan ancaman bahawa pengingkaran mereka akan mendapat seksaan yang pedih seperti yang dinyatakan dalam Sahih Al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Musa Al-Asy‘ari, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

📚 *_"Sesungguhnya Allah benar-benar memberi tangguh kepada orang yang zalim hingga apabila Dia mengazabnya maka Dia tidak akan melepaskannya."_*

✈ Kemudian baginda membaca firman Allah:

📖 *_"Dan begitulah seksa Rabbmu apabila Dia menyeksa (penduduk) negeri-negeri yang membuat zalim. Sungguh, seksa-Nya sangat pedih, sangat berat."_*
[Surah Hud, 11:102]

⛵  Ayat 4⃣5⃣ 
*Maka betapa banyak kota yang Kami telah binasakan, yang penduduknya dalam keadaan zalim, maka (tembok-tembok) kota itu roboh menutupi atap-atapnya dan (berapa banyak pula) perigi yang telah ditinggalkan dan istana yang tinggi,*

✈ Allah Ta‘ala menjelaskan betapa banyak penduduk negeri yang telah Dia binasakan kerana mendustakan rasul-rasul mereka.

✈ Adh-Dhahhak mengatakan maksud "atap-atapnya" dalam ayat ini ialah rumah-rumah mereka hancur dan bandar-bandar yang tidak didiami lagi.

 ✈ Walau bagaimana teguh, kukuh dan tinggi bangunan sekali pun, semuanya itu masih tidak dapat melindungi pemiliknya. Malah tidak dapat menahan datangnya azab Allah kepada mereka seperti firman-Nya:

📖 *_"Di manapun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu berada dalam benteng yang tinggi dan kukuh....."_*
[Surah An-Nisa', 4:78]

⛵ Ayat 4⃣6⃣ 
*maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada.”*

✈ Ayat ini menyatakan manusia berjalan di atas muka bumi dengan jasad dan fikiran tetapi tidak menggunakan hati, telinga dan mata untuk mengambil pelajaran daripada apa yang dirasa, didengar dan dilihat.

✈ Kebutaan dalam ayat ini bukanlah bermaksud kebutaan penglihatan tetapi kebutaan mata hati kerana walaupun penglihatan masih baik tetapi tidak mampu melihat dan memahami sebarang pengajaran.

🍄 Ayat 47- 48 🍄 
Orang-orang kafir meminta agar azab disegerakan. 

⛵ Ayat 4⃣7⃣ 
*Dan mereka meminta kepadamu agar azab disegerakan, padahal Allah sekali-kali tidak akan memungkiri janji-Nya. Sesungguhnya sehari di sisi Rabbmu adalah seperti seribu tahun daripada tahun-tahun yang kamu hitung.*

 ✈ Orang-orang kafir menentang dan mendustakan Allah, kitab, rasul-Nya dan hari akhirat. Oleh itu mereka meminta agar disegerakan azab seperti dalam firman-firman-Nya:

📖 *_"Dan (ingatlah), ketika mereka (orang-orang musyrik) berkata, "Ya Allah, jika (Al-Qur'an) ini benar (wahyu) daripada Engkau, maka hujanilah kami dengan batu dari langit, atau datangkanlah kepada kami azab yang pedih.""_*
[Surah Al-Anfal, 8:32]

📖 *_"Dan mereka berkata, "Ya Rabb kami, segerakanlah azab yang diperuntukkan bagi kami sebelum hari perhitungan.""_*
[Surah Sad, 38:16]

✈ Allah Ta‘ala sekali-sekali tidak akan memungkiri janji-Nya iaitu hari kiamat pasti akan terjadi. Pada hari tersebut musuh-musuh-Nya akan menerima hukuman manakala hamba-hamba-Nya yang bertakwa akan mendapat kemuliaan.

✈ Allah menyatakan bahawa ukuran seribu tahun menurut makhluk-Nya itu telah ditetapkan-Nya seperti satu hari sahaja bagi-Nya. Dia Maha Berkuasa untuk memberikan balasan, tidak ada sesuatu pun yang terluput daripada-Nya, walaupun ditangguhkan seperti firman-Nya dalam ayat seterusnya.

⛵ Ayat 4⃣8⃣ 
*Dan berapa banyak kota yang Aku tangguhkan (azab-Ku) kepadanya, yang penduduknya berbuat zalim, kemudian Aku azab mereka, dan hanya kepada-Ku-lah kembalinya (segala sesuatu).*

✈ Allah Ta‘ala menyatakan bahawa telah ramai orang yang ditangguhkan azab dengan memanjangkan tempoh untuk mereka tinggal di dunia. Namun mereka tetap melakukan syirik dan kemaksiatan. Akhirnya Allah menamatkan penangguhan tersebut dan mereka dikembalikan kepada-Nya. Oleh itu permintaan orang-orang musyrik untuk disegerakan azab tidak berguna lagi. Ini kerana sama ada mereka diazab di dunia atau tidak, mereka tetap akan mendapat balasan yang adil dan kekal terhadap usaha yang telah mereka lakukan.

 🍄 Ayat 49 - 51 🍄 
Balasan kepada orang-orang yang berbuat kebaikan dan orang-orang yang berbuat kerosakan.

⛵  Ayat 4⃣9⃣ 
*Katakanlah: "Hai manusia, sesungguhnya aku adalah seorang pemberi peringatan yang nyata kepada kamu."*

✈ Allah memerintahkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam menerangkan kepada kaum musyrik bahawa baginda diutuskan-Nya hanyalah sebagai pemberi peringatan sebelum datangnya azab yang pedih. Bukan urusan baginda untuk menangguhkan apa yang telah dijanjikan kepada mereka.

✈ Segala urusan terserah kepada Allah. Dia boleh menyegerakan dan juga boleh menangguhkan seksaan itu kepada mereka. Jika Dia menghendaki, Dia menerima taubat orang yang bertaubat kepada-Nya. Dia juga boleh menyesatkan sesiapa sahaja yang telah ditetapkan mendapat kesengsaraan seperti firman-Nya:

📖 *_".....Dan Allah menetapkan hukum (menurut kehendak-Nya), tidak ada yang dapat menolak ketetapan-Nya, Dia Maha Cepat Perhitungan-Nya."_*
[Surah Ar-Ra‘d, 13:41]

⛵ Ayat 5⃣0⃣ 
*Maka orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang soleh, bagi mereka keampunan dan rezeki yang mulia.*

✈ Orang-orang yang beriman dan membuktikan kebenaran iman mereka serta melakukan amalan soleh akan mendapat keampunan atas kejahatan yang telah mereka lakukan. Mereka juga akan mendapat balasan yang baik hasil daripada kebaikan-kebaikan yang dilakukan walaupun sedikit.

✈ Muhammad bin Ka‘ab Al-Qurzhi mengatakan 'rezeki yang mulia' bermaksud syurga.

⛵  Ayat 5⃣1⃣ 
*Dan orang-orang yang berusaha dengan maksud menentang ayat-ayat Kami dengan melemahkan (kemahuan untuk beriman), mereka itu adalah penghuni-penghuni neraka Jahim.*

✈ Mujahid dan ‘Abdullah bin Az-Zubair menyatakan ayat ini bermaksud usaha menggagalkan dan menghalang manusia daripada mengikuti Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam. Ibnu ‘Abbas radhiallahu ‘anhuma pula mengatakan maksudnya ialah usaha melemahkan dan memusuhi baginda.

✈ Mereka diseksa dengan azab yang sangat keras, iaitu api yang panas dan sangat pedih sepertimana firman Allah:

📖 *_"Orang yang kafir dan menghalangi (manusia) dari jalan Allah, Kami tambahkan kepada mereka seksaan demi seksaan disebabkan mereka selalu berbuat kerosakan."_*
[Surah An-Nahl, 16:88)]

🍄 Ayat 52 - 54 🍄 
Allah Ta‘ala menggagalkan gangguan syaitan terhadap para rasul ketika wahyu-Nya disampaikan kepada mereka.

⛵ Ayat 5⃣2⃣ 
*Dan Kami tidak mengutus sebelummu seorang rasul pun dan tidak (pula) seorang Nabi, melainkan apabila dia mempunyai suatu keinginan, syaitan pun memasukkan godaan-godaan terhadap keinginan itu. Allah menghilangkan apa yang dimasukkan oleh syaitan itu, dan Allah menguatkan ayat-ayat-Nya. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana,*

✈ Dalam ayat ini Allah Ta‘ala menerangkan bahawa risalah yang diturunkan kepada para nabi dan rasul adalah daripada-Nya dan Dia akan menjaganya daripada ditambah atau dikurangi walaupun ada percubaan syaitan untuk memasukkan godaannya ke dalam wahyu tersebut. 

✈ Hal ini berlaku ketika Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa salam melaksanakan solat di sekitar Ka‘bah dan membaca surah An-Najm. Pada masa itu orang-orang musyrikin yang berada di situ mendengar bacaan baginda dan ketika bacaan itu sampai kepada ayat, "Maka apakah patut kamu (hai orang-orang musyrik) menganggap Al-Latta dan Al-‘Uzza, Manat yang ketiga........", syaitan membisikkan kepada orang-orang musyrikin beberapa perkataan, antaranya: "Itulah para pemuda (sembahan) bagus yang tinggi, dan sesungguhnya syafaat mereka sangat diharapkan." Orang-orang musyrikin sangat gembira dengan apa yang mereka dengar. Mereka menyangka bahawa bagindalah yang membacanya dan Allah telah menuturkannya kepada baginda. Maka, ketika baginda sujud selepas membaca ayat akhir surah tersebut, mereka pun ikut sujud kecuali seorang lelaki besar yang sudah tidak mampu sujud tetapi mengambil segenggam tanah dan sujud ke situ. Lalu tersebarlah berita kepada orang-orang Muhajirin yang baru balik dari Habsyah bahawa baginda telah berdamai dengan kaum musyrikin. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam berasa resah dan sedih atas peristiwa ini, lalu Allah menurunkan ayat di atas untuk menghibur hati baginda.

✈ Al-Bukhari meriwayatkan, Ibnu ‘Abbas radhiallahu ‘anhuma mengatakan maksud "ke dalam keinginannya itu," ialah ketika berbicara, syaitan pun memasukkan sesuatu bisikan ke dalam pembicaraannya, lalu Allah menggagalkan apa yang dimasukkan oleh syaitan itu. 

✈ Al-Baghawi dan kebanyakan mufassir menyatakan, "syaitan pun memasukkan godaan-godaan ke dalam keinginannya itu," bermaksud ketika membaca Al-Qur'an, syaitan pun membisikkan sesuatu dalam bacaannya.

✈ Allah Maha Mengetahui semua perkara dan segala peristiwa yang terjadi, tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi daripada-Nya. Dia Maha Bijaksana dalam penetapan, penciptaan dan perintah-Nya. 

⛵ Ayat 5⃣3⃣ 
*agar Dia menjadikan apa yang dimasukkan oleh syaitan itu sebagai ujian kepada orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit dan berhati kasar. Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu, benar-benar dalam permusuhan yang jauh daripada kebenaran,*

✈ Allah Ta‘ala menyatakan, apa-apa sahaja bisikan yang dimasukkan oleh syaitan ke dalam bacaan atau ucapan para rasul merupakan suatu ujian kepada orang-orang yang mempunyai penyakit di dalam hatinya seperti keraguan, syirik dan kemunafikan.

✈ Ibnu Juraij mengatakan "Orang-orang yang hatinya ada penyakit" bermaksud mereka adalah orang-orang munafik, manakala "orang-orang yang berhati keras" ialah orang-orang musyrik.

✈ Orang-orang yang zalim ialah mereka yang terus berada dalam kesesatan. Ini kerana mereka menentang kebenaran yang disampaikan oleh Allah melalui para rasul-Nya. 

⛵ Ayat 5⃣4⃣ 
*dan agar orang-orang yang telah diberi ilmu meyakini bahawa Al-Qur'an itulah yang hak daripada Rabbmu lalu mereka beriman dan hati mereka tunduk kepadanya, dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi Petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus.*

 ✈ Orang-orang yang telah diberi ilmu yang bermanfaat dapat membezakan antara yang hak dengan yang batil. Orang-orang yang beriman kepada Allah juga mengetahui apa yang Dia wahyukan kepada baginda adalah kebenaran daripada Allah. Dia telah menurunkannya dengan ilmu dan penjagaan serta pengawasan-Nya agar terpelihara. Bahkan Al-Qur'an mempunyai banyak hikmah. Firman-Nya:

📖 *_"(yang) tidak didatangi oleh kebatilan, baik dari hadapan mahupun dari belakang, (pada masa lalu dan akan datang), yang diturunkan daripada Yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji."_*
[Surah Fussilat, 41:42]

✈ Hati mereka tunduk dan patuh kepada Allah. Oleh itu, di dunia mereka diberikan petunjuk kepada kebenaran dan mengikutinya, serta diberikan taufik untuk menentang kebatilan dan menjauhinya. Manakala di akhirat nanti, mereka akan diberikan balasan syurga dan dihindarkan daripada kehinaan dan azab yang pedih.

🍄 Ayat 55 - 57 🍄 
Orang-orang kafir sentiasa berada dalam keraguan dan kebimbangan. 

⛵  Ayat 5⃣5⃣ 
*Dan orang-orang kafir itu sentiasa berada dalam keraguan terhadap Al-Qur'an, hingga datang kepada mereka saat (kematiannya) dengan tiba-tiba atau datang kepada mereka azab hari kiamat.*

✈ Allah Ta‘ala menyatakan bahawa orang-orang kafir sentiasa berada dalam keadaan ragu-ragu terhadap Al-Qur'an. Hal tersebut dikatakan oleh Ibnu Juraij dan dipilih oleh Ibnu Jarir. Sa‘id ibnu Jubair dan Ibnu Zaid mengatakan, maksud "terhadapnya" ialah apa-apa yang dibisikkan oleh syaitan.

✈ Allah Ta‘ala menyatakan bahawa Dia akan menimpakan azab kepada suatu kaum secara tiba-tiba iaitu ketika mereka berkeadaan leka dan terpedaya dengan kemewahan dan kesenangan hidup. Hal ini kerana mereka memilih untuk terus mengingkari risalah yang dibawa oleh para rasul. Ayat ini juga merupakan suatu peringatan kepada semua manusia agar jangan terpedaya dengan kemewahan dan kenikmatan yang diperoleh semasa berada di dunia sehingga melupakan perintah-Nya.

⛵ Ayat 5⃣6⃣ 
*Kekuasaan pada hari itu ada pada Allah, Dia memberi keputusan di antara mereka. Maka orang-orang yang beriman dan beramal soleh adalah di dalam syurga yang penuh kenikmatan.*

✈ Allah Ta‘ala menyatakan pada hari kiamat, kekuasaan hanyalah milik-Nya sepertimana dalam firman-firman-Nya:

📖 *_"Yang menguasai hari pembalasan."_*
[Surah Al-Fatihah, 1:4] 

📖 *_"Kerajaan yang hak pada hari itu adalah kepunyaan Rabb Yang Maha Pengasih. Dan itulah hari yang penuh kesukaran bagi orang-orang kafir."_* 
[Surah Al-Furqan, 25:26]

✈ Allah akan memberikan balasan dengan seadil-adilnya kepada orang-orang yang beriman. Mereka membenarkan Allah dan para rasul-Nya dan mengamalkan apa yang telah mereka ketahui. Hati mereka selaras dengan ucapan dan perbuatan. Oleh itu ganjaran untuk mereka adalah syurga yang penuh dengan pelbagai kenikmatan dan kekal abadi.

⛵ Ayat 5⃣7⃣ 
*Dan orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami, maka bagi mereka azab yang menghinakan.*

✈ Orang-orang yang mengingkari perkara-perkara yang hak, mendustakan para rasul dengan menyombongkan diri, akan ditempatkan di dalam neraka yang penuh dengan azab yang menghinakan sepertimana yang disebutkan dalam ayat lain melalui firman-Nya:

📖 *_".....Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina."_*
[Surah Al-Mu’min/Ghafir, 40:60]

🍄 Ayat 58 - 60 🍄 
 Ganjaran pahala yang besar kepada orang-orang yang berhijrah kerana Allah Ta‘ala.

⛵ Ayat 5⃣8⃣ 
*Dan orang-orang yang berhijrah ke jalan Allah, kemudian mereka dibunuh atau mati, benar-benar Allah akan memberikan kepada mereka rezeki yang baik (syurga). Dan sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik Pemberi Rezeki.*

⛵ Ayat 5⃣9⃣ 
*Sesungguhnya Allah akan memasukkan mereka ke dalam suatu tempat (syurga) yang mereka sukai. Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun.*

✈ Dalam ayat di atas, Allah menyebutkan kebijaksanaan dan keputusan-Nya dengan memberi ganjaran yang terbaik kepada orang-orang yang berhijrah kerana-Nya.

✈ Mereka yang keluar berhijrah meninggalkan negeri sendiri demi ketaatan kepada Allah dan untuk menolong agama-Nya, kemudian sama ada mereka dibunuh ataupun meninggal dunia bukan dalam peperangan, Allah akan melimpahkan kurnia dan rezeki-Nya berupa syurga di akhirat kelak. Firman-Nya dalam ayat-ayat yang lain:

📖 *_".....Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kerana Allah dan rasul-Nya, kemudian mati menimpanya (sebelum sempat sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh, pahalanya telah ditetapkan di sisi Allah....."_*
[Surah An-Nisa', 4:100]

📖 *_"Jika dia (orang yang mati) itu termasuk orang yang didekatkan (kepada Allah), maka dia memperoleh ketenteraman dan rezeki serta syurga (yang penuh) kenikmatan."_*
[Surah Al-Waqi‘ah, 56:88-89]

 ✈ Allah adalah sebaik-baik Pemberi Rezeki, dan apa sahaja yang dianugerahkan-Nya sebagai balasan kepada hamba-hamba-Nya adalah sebaik-baik rezeki. 

✈ Orang-orang yang terbunuh di jalan Allah sama ada mereka berhijrah ataupun tidak, mereka hidup di sisi Allah (dalam alam yang hanya Allah sahaja yang mengetahuinya) dengan mendapat rezeki seperti firman-Nya:

📖 *_"Dan jangan sekali-kali kamu mengira bahawa orang-orang gugur di jalan Allah itu mati, sebenarnya mereka itu hidup di sisi Rabbnya dengan mendapat rezeki."_*
[Surah Al-Imran, 3:169]

✈ Allah Maha Mengetahui keadaan hamba-hamba-Nya dan siapa yang benar-benar berhak mendapatkan balasan syurga.

✈ Allah yang bersifat Maha Penyantun akan memaafkan dan mengampunkan dosa-dosa disebabkan oleh penghijrahan mereka dan sifat mereka yang bertawakal kepada-Nya.

⛵ Ayat 6⃣0⃣ 
*Demikianlah, dan barang siapa membalas seimbang dengan penganiayaan yang pernah dia derita kemudian dia dianiaya (lagi), pasti Allah akan menolongnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun.*

 ✈ Menurut Muqatil bin Hayyan dan Ibnu Juraij, turunnya ayat ini adalah berkaitan dengan satu peperangan ketika kaum muslimin bertemu dengan sekelompok pasukan kaum musyrikin pada bulan Muharram. Ketika itu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam tidak menyertai mereka. Oleh sebab bulan tersebut adalah bulan yang diharamkan berperang, mereka menyeru orang-orang musyrikin agar tidak memerangi mereka. Namun orang-orang musyrik tetap ingin berperang. Oleh itu kaum muslimin terpaksa menghadapi peperangan tersebut dan mereka mendapat pertolongan Allah.

✈ Sesungguhnya Allah Maha Mendengar ucapan hamba-hamba-Nya dan Maha Melihat segala perbuatan serta keadaan mereka. Dia juga Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun kepada hamba-hamba
Nya yang dicintai-Nya dan yang dizalimi.

🍄 Ayat 61 - 62 🍄 
Allah Ta‘ala sebagai Pencipta dan Pentadbir Alam Semesta. 

⛵  Ayat 6⃣1⃣ 
*Yang demikian itu adalah, kerana sesungguhnya Allah (berkuasa) memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam dan bahawasanya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.*

✈ Allah mengingatkan bahawa Dia-lah yang menciptakan dan mentadbir makhluk-Nya sesuai dengan apa yang Dia kehendaki sebagaimana firman-Nya:

📖 *_"Katakanlah (wahai Muhammad): .......Di tangan Engkau-lah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Engkau masukkan malam ke dalam siang, dan Engkau masukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup daripada yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati daripada yang hidup. Dan Engkau beri rezeki kepada siapa yang Engkau kehendaki tanpa perhitungan."_*
[Surah Ali-‘Imran, 3:26-27]

✈ Allah memasukkan sebahagian waktu malam ke dalam waktu siang dan sebaliknya. Dengan demikian, ada ketika waktu malam lebih panjang daripada siang sebagaimana dalam musim sejuk dan ada ketika waktu malam lebih singkat daripada siang seperti dalam musim panas.

✈ Allah Maha Mendengar perkataan-perkataan hamba-hamba-Nya dan melihat segala perkara yang mereka lakukan. Tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi daripada pengetahuan-Nya.

⛵ Ayat 6⃣2⃣ 
*(Kekuasaan Allah) yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya Allah, Dia-lah (Rabb) yang haq dan sesungguhnya apa saja yang mereka seru selain Allah, itulah yang batil, dan sesungguhnya Allah, Dia-lah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.*

✈ Allah memiliki kekuasaan yang agung, apa sahaja yang Dia kehendaki pasti terjadi dan jika tidak dikehendaki-Nya nescaya tidak akan terjadi.

✈ Sembahan-sembahan lain seperti berhala dan apa sahaja yang disembah kecuali Allah adalah batil kerana semua itu tidak dapat memberi sebarang mudarat dan manfaat.

✈ Segala sesuatu di bawah kekuasaan dan keagungan Allah. Tidak ada Ilah yang berhak diibadahi selain-Nya. Tidak ada Rabb selain Allah kerana Dia Maha Agung, Maha Tinggi, Maha Besar, Maha Suci dan bebas daripada apa-apa yang dikatakan oleh orang-orang zalim dan yang melampaui batas.

🍄 Ayat 63 - 66 🍄 
Tanda-tanda kekuasaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

⛵ Ayat 6⃣3⃣ 
*Apakah kamu tidak melihat, bahawasanya Allah menurunkan air dari langit, lalu jadilah bumi itu hijau? Sesungguhnya Allah Maha Lembut lagi Maha Mengetahui.* 

✈ Dalam ayat ini, Allah Ta‘ala memerintahkan manusia memperhatikan kekuasaan dan keagungan, serta kebijaksanaan-Nya dalam menurunkan hujan.

 ✈ Dia menurunkan hujan membasahi bumi yang sebelumnya kering lalu menjadi subur. Bumi yang subur menumbuhkan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan tanam-tanaman dalam pelbagai warna, sepertimana dalam ayat yang lain:

📖 *_".....Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang indah."_*
[Surah Al-Hajj, 22:5]

✈ Air hujan dan tumbuh-tumbuhan amat penting dalam kehidupan manusia. 

✈ Allah Maha Lembut dan Maha Mengetahui apa yang terbaik dan mendatangkan manfaat kepada hamba-hamba-Nya. Tidak ada sesuatu pun tersembunyi meskipun hanya sebesar zarah atau yang lebih kecil daripadanya seperti dalam firman-firman-Nya:

📖 *_"(Luqman berkata), "Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, nescaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Lembut lagi Maha Mengetahui.""_*
[Surah Luqman, 31:16]

📖 *_"Agar mereka tidak menyembah Allah yang mengeluarkan apa yang terpendam di langit dan di bumi dan yang mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan yang kamu nyatakan."_*
[Surah An-Naml, 27:25]

📖 *_".....Tiada sehelai daun pun yang gugur, melainkan Dia mengetahuinya (pula) dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz)."_*
[Surah Al-An‘am, 6:59]

📖 *_".....Tidak luput daripada pengetahuan Rabbmu biarpun sebesar zarah di bumi ataupun di langit....."_*
[Surah Yunus, 10:61]

⛵ Ayat 6⃣4⃣ 
*Kepunyaan Allah-lah segala yang ada di langit dan segala yang ada di bumi. Dan sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya lagi Maha Terpuji.*

✈ Segala yang ada di langit, di bumi dan di antara kedua-duanya adalah kepunyaan Allah. Semuanya tunduk kepada-Nya kerana tidak ada sesuatu pun yang dapat menolak apa sahaja yang Dia kehendaki. Allah juga Maha Kaya iaitu Dia tidak berhajat kepada sesuatu pun, sebaliknya makhluk-makhluk-Nya yang amat memerlukan-Nya. Dia Maha Terpuji iaitu Dia tidak berhajat kepada pujian makhluk-makhluk-Nya kerana Dia cukup sempurna. Segala nikmat yang dilimpahkan kepada makhluk-makhluk-Nya adalah nikmat terbaik

⛵  Ayat 6⃣5⃣ 
*Apakah kamu tidak melihat bahawasanya Allah menundukkan bagimu apa yang ada di bumi dan bahtera yang belayar di lautan dengan perintah-Nya. Dan Dia menahan (benda-benda) langit jatuh ke bumi, melainkan dengan izin-Nya? Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia.*

✈ Dalam ayat ini Allah menyebutkan bahawa Dia berkuasa menundukkan haiwan, tanam-tanaman dan buah-buahan kepada manusia sebagaimana firman-Nya:

📖 *_"Dan Dia menundukkan untuk kamu apa yang ada di langit dan di bumi semuanya, (sebagai suatu rahmat) daripada-Nya....."_*
[Surah Al-Jathiyah, 45:13]

✈ Kapal-kapal dapat berlayar di lautan yang bergelombang dengan izin-Nya. Manusia menjadikannya sebagai alat pengangkutan yang boleh memuatkan penumpang, barang dagangan dan barang-barang yang lain menurut kemahuan mereka. Mereka belayar dari suatu negeri ke negeri yang lain dan dari suatu pulau ke pulau yang lain, kemudian menjual barang-barang tersebut. Selain menjual, mereka dapat pula membawa barang-barang yang mereka perlukan dari negeri dan pulau yang didatangi itu ke tempat tinggal mereka.

✈ Allah menahan langit daripada jatuh ke bumi. Bumi tidak ditimpa oleh langit kecuali dengan izin-Nya. Inilah sifat Pengasih dan Penyayang-Nya terhadap semua makhluk-Nya.

✈ Allah Ta‘ala bersifat Maha Pemaaf dengan tidak menyegerakan azab, meskipun mereka berbuat zalim, sepertimana disebutkan dalam ayat yang lain melalui firman-Nya:

📖 *_".....Sesungguhnya Rabbmu benar-benar mempunyai ampunan (yang luas) bagi manusia, sekalipun mereka zalim dan sesungguhnya Rabbmu benar-benar sangat keras seksaan-Nya."_* 
[Surah Ar-Ra‘d, 13:6]

⛵ Ayat 6⃣6⃣ 
*Dan Dia-lah Allah yang telah menghidupkanmu, kemudian mematikanmu, kemudian menghidupkanmu (lagi), sesungguhnya manusia itu benar-benar sangat mengingkari nikmat.*

✈ Allah Ta‘ala menjadikan manusia daripada tiada kemudian mematikan mereka apabila sudah sampai masanya yang telah ditentukan-Nya. Kemudian Allah membangkitkan mereka daripada kubur untuk dihisab amal perbuatan mereka. 

✈ Walaupun telah banyak kenikmatan yang telah diberikan dan kekuasaan-Nya yang dapat dilihat, namun ada di antara hamba-hamba-Nya yang masih tidak bersyukur dan mengesakan-Nya, malahan menyekutukan-Nya padahal Dia-lah yang menciptakan, memberi rezeki dan mentadbir alam ini. Firman-firman-Nya:

📖 *_"Mengapa kamu kafir kepada Allah, padahal kamu tadinya mati, lalu Allah menghidupkan kamu, kemudian kamu dimatikan dan dihidupkan-Nya kembali, kemudian kepada-Nya-lah kamu dikembalikan?"_* 
[Surah Al-Baqarah, 2:28]

📖 *_"Katakanlah, 'Allah-lah yang menghidupkan kamu, kemudian mematikan kamu, setelah itu mengumpulkan kamu pada hari kiamat yang tidak ada keraguan padanya......'"_*
[Surah Al-Jathiyah, 45:26]

 🍄 Ayat 67 - 70 🍄 
Setiap umat memiliki syariat tertentu.

⛵ Ayat 6⃣7⃣ 
*Bagi tiap-tiap umat telah Kami tetapkan syariat tertentu yang (wajib) mereka lakukan, maka janganlah sekali-kali mereka membantahmu dalam urusan (syariat) ini dan serulah kepada (agama) Rabbmu. Sesungguhnya kamu benar-benar berada pada jalan yang lurus.

 ✈ Allah Ta‘ala menyatakan bahawa Dia telah menetapkan syariat tertentu untuk diikuti kepada tiap-tiap umat. Oleh itu orang-orang musyrik sekali-kali tidak boleh membantah syariat yang dibawa oleh Rasullullah sallallahu ‘alaihi wa sallam.

✈ Allah mengingatkan Rasullullah sallallahu ‘alaihi wa sallam agar jangan terpengaruh dengan sikap mereka yang menentang syariat-Nya dan jangan pula hal itu memalingkannya daripada kebenaran yang disampaikan. Ini kerana baginda memang telah berada di atas jalan yang lurus. Oleh itu baginda hendaklah terus mengajak mereka mengesakan-Nya dan beribadah kepada-Nya, sepertimana dalam Firman-firman-Nya:

📖 *_"Dan jangan sampai mereka menghalang engkau (Muhammmad) untuk (menyampaikan) ayat-ayat Allah, setelah ayat-ayat itu diturunkan kepadamu, dan serulah (manusia) agar (beriman) kepada Rabbmu dan janganlah engkau termasuk orang-orang musyrik."_*
[Surah Al-Qasas, 28:87]

📖 *_"Maka kerana itu, serulah (mereka beriman) dan tetaplah (beriman dan berdakwah) sebagaimana diperintahkan kepadamu (Muhammmad) dan janganlah mengikuti keinginan mereka dan katakanlah, "Aku beriman kepada kitab yang diturunkan Allah.....""_*
[Surah Asy-Syura, 42:15]

⛵ Ayat 6⃣8⃣ 
*Dan jika mereka membantah, maka katakanlah: "Allah lebih mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan."*

✈ Allah mengajar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam supaya meninggalkan perdebatan dengan orang-orang musyrik yang suka berbantah dengannya. Ini kerana mereka termasuk orang-orang yang jahil lagi tidak mengetahui. Firman-Nya dalam ayat yang lain:

📖 *_"Dan jika mereka (tetap) mendustakan kamu (Muhammmad), maka katakanlah, "Bagiku pekerjaanku dan bagimu pekerjaanmu. Kamu tidak bertanggungjawab terhadap apa yang aku kerjakan dan aku pun tidak bertanggungjawab terhadap apa yang kamu kerjakan.""_*
[Surah Yunus, 10:41]

✈ Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan dan Dia akan membalas segala perbuatan baik dan buruk makhluk-makhluk-Nya. Firman-Nya:

📖 *_".....Dia lebih mengetahui apa-apa yang kamu perkatakan tentang Al-Qur'an itu. Cukuplah Dia menjadi saksi antara aku dan kamu."_*
[Surah Al-Ahqaf, 46:8]

⛵ Ayat 6⃣9⃣ 
*Allah akan mengadili di antara kamu pada hari kiamat tentang apa yang kamu dahulu selalu berselisih padanya.*

 ✈ Pada hari kiamat nanti, Allah akan mengadili apa yang mereka perselisihkan semasa berada di dunia dahulu. Ketika itu orang-orang musyrik akan sedar mana yang hak dan mana yang batil tetapi semuanya sudah tidak berguna lagi.

⛵ Ayat 7⃣0⃣ 
*Apakah kamu tidak mengetahui bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa sahaja yang ada di langit dan di bumi? Bahawasanya yang demikian itu terdapat dalam sebuah Kitab (Lauhul Mahfuz). Sesungguhnya yang demikian itu amat mudah bagi Allah.*

✈ Dalam ayat ini, Allah Ta‘ala menyatakan kesempurnaan ilmu-Nya kepada para makhluk-Nya. Dia Maha Meliputi semua yang ada di langit dan di bumi. Oleh itu tidak ada sesuatu pun yang luput daripada pengetahuan-Nya. 

✈ Hal tersebut telah tercatat dalam kitab-Nya yang terpelihara, seperti yang telah disebutkan di dalam Sahih Muslim daripada ‘Abdullah ibnu ‘Amr, dia mengatakan, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

📚 *_"Sesungguhnya Allah telah menetapkan pelbagai ketentuan makhluk lima puluh ribu tahun sebelum menciptakan langit dan bumi. Dan adalah ‘Arasy-Nya berada di atas air."_*

✈ Dalam sunan, hadis yang telah diriwayatkan daripada ramai sahabat, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

📚 *_"Yang pertama diciptakan oleh Allah ialah pena. Allah berfirman kepadanya, "Tulislah!" Pena berkata, "Apa yang harus aku tulis?" Allah berfirman, "Tulislah segala sesuatu yang akan terjadi." Maka pena pun menulis semua yang akan terjadi hingga hari kiamat."_*

✈ Hal ini merupakan sebahagian daripada kesempurnaan pengetahuan Allah. Dia mengetahui segala sesuatu sebelum kejadiannya. Dia telah merencanakan dan telah mencatatnya pula. Tiada sesuatu pun yang dilakukan oleh hamba-hamba-Nya, melainkan Dia telah mengetahuinya sebelum sesuatu kejadian itu berlaku. Semuanya telah tercatat di sisi-Nya dan Dia mengetahui segala sesuatu dengan pengetahuan yang meliputinya. Oleh itu hal ini amatlah mudah dan kecil sahaja bagi-Nya. 

🍄 Ayat 71 - 72 🍄 
Orang-orang musyrik beribadah kepada selain Allah dan mereka sangat kuat menentang ayat-ayat-Nya.

⛵  Ayat 7⃣1⃣ 
*Dan mereka menyembah selain Allah, apa yang Allah tidak menurunkan keterangan tentang itu, dan apa yang mereka sendiri tidak mempunyai pengetahuan terhadapnya. Dan bagi orang-orang yang zalim sekali-kali tidak ada seorang penolong pun.*

✈ Allah memberitahu tentang sikap orang-orang musyrik yang suka berdebat dan menentang apa yang disampaikan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. Mereka beribadah kepada selain Allah, padahal Allah tidak pernah menurunkan sebarang dalil atau hujah tentang penyembahan mereka itu. Semua yang mereka lakukan adalah atas kebodohan mereka sebagaimana firman-Nya:

📖 *_"Dan barangsiapa menyembah tuhan yang lain selain Allah, padahal tidak ada suatu bukti pun baginya tentang itu, maka perhitungannya hanya pada Rabbnya. Sesungguhnya orang-orang kafir itu tidak akan beruntung."_*
[Surah Al-Mu'minun, 23:117]

✈ Mereka tidak memiliki pengetahuan tentang apa yang mereka ada-adakan. Mereka hanya menerimanya daripada nenek moyang dan orang-orang sebelum mereka tanpa dalil dan hujah yang nyata. Semua ini bermula daripada tipu daya syaitan yang menjadikan perbuatan mereka itu nampak indah pada pandangan mereka.

✈ Allah juga mengancam mereka bahawa tidak ada seorang pun yang dapat menolong melepaskan mereka daripada azab Allah. Kebodohan, keingkaran dan kezaliman mereka mensyirikkan-Nya akan dihisab dan diberikan balasan oleh-Nya apabila tiba waktunya. 

⛵ Ayat 7⃣2⃣ 
*Dan apabila dibacakan di hadapan mereka ayat-ayat Kami yang terang, nescaya kamu melihat tanda-tanda keingkaran pada muka orang-orang yang kafir itu. Hampir-hampir mereka menyerang orang-orang yang membacakan ayat-ayat Kami di hadapan mereka. Katakanlah: "Apakah akan aku khabarkan kepadamu yang lebih buruk daripada itu, iaitu neraka?" Allah telah mengancamkannya kepada orang-orang yang kafir. Dan neraka itu adalah seburuk-buruknya tempat kembali.*

✈ Jika dibacakan ayat-ayat Allah yang merupakan penjelasan yang benar, air muka orang-orang kafir berubah dan kelihatan dengan jelas penentangan mereka terhadap orang-orang yang membaca ayat-ayat tersebut. Mereka hampir-hampir menyerang orang-orang yang berhujah dengan dalil-dalil yang sahih daripada ayat-ayat Allah itu dengan kejahatan melalui perbuatan dan perkataan mereka.

✈ Allah Ta‘ala memerintahkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam memberitahu orang-orang musyrik bahawa azab dan keadaan dalam neraka itu lebih keras, sulit dan dahsyat daripada apa yang mereka lakukan kepada hamba-hamba-Nya yang beriman ketika di dunia. 

✈ Neraka adalah tempat tinggal, tempat kediaman, tempat kembali dan seburuk-buruk tempat menetap sebagaimana firman Allah:

📖 *_"Sungguh, Jahannam itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman."_*
[Surah Al-Furqan, 25:66]

 🍄 Ayat 73 - 74 🍄
Penjelasan tentang kehinaan berhala dan kebodohan orang-orang yang menyembahnya.

⛵  Ayat 7⃣3⃣ 
*Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu daripada mereka, tidaklah mereka dapat merebutnya kembali daripada lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah.*

✈ Allah membuat satu perumpamaan terhadap kehinaan, kelemahan dan ketidakmampuan sembahan-sembahan orang-orang kafir. Sembahan-sembahan itu tidak berupaya mendatangkan manfaat dan menolak mudarat.

✈ Segala yang mereka seru sama ada patung-patung atau berhala-berhala, sekali-kali tidak akan dapat mencipta seekor lalat. Hal ini menggambarkan kelemahan sembahan-sembahan tersebut, padahal lalat adalah haiwan yang paling hina dan kotor. Allah menyatakan seandainya seluruh sembahan itu berkumpul untuk mencipta seekor lalat nescaya mereka tidak akan mampu melakukannya.

✈ Hal ini menggambarkan ketidakmampuan tuhan mereka. Andaikata lalat merampas sesuatu daripada tuhan mereka, mereka tidak berkuasa mengambilnya kembali. Alangkah lemah dan hinanya sembahan-sembahan mereka jika dibandingkan dengan lalat. Ini kerana lalat lebih mampu dan lebih kuat daripada sembahan-sembahan yang mereka agungkan.

⛵ Ayat 7⃣4⃣ 
*Mereka tidak mengagungkan Allah dengan sebenar-benarnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.*

✈ Mereka tidak mengetahui kemuliaan Allah dan keagungan-Nya pada ketika mereka menyembah selain-Nya.

✈ Allah Maha Kuat, dengan kekuasaan dan kekuatan-Nya, Dia telah menciptakan segala sesuatu sebagaimana firman-firman-Nya:

📖 *_"Dan Dia-lah yang memulakan penciptaan, kemudian mengulanginya kembali dan itu mudah bagi-Nya....."_*
[Surah Ar-Rum, 30:27]

📖 *_"Sungguh, Dia-lah yang memulakan penciptaan (makhluk) dan yang menghidupkannya (kembali)."_*
[Surah Al-Buruj, 85:13]

📖 *_"Sungguh Allah, Dia-lah pemberi rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh."_*
[Surah Az-Zariyat, 51:58]

✈ Dia juga Maha Perkasa, menundukkan dan mengalahkan segala sesuatu dalam erti kata tiada yang dapat mencegah dan mengalahkan-Nya. 

 🍄 Ayat 75 - 76 🍄 
Allah memilih utusan-utusan-Nya daripada kalangan malaikat dan manusia.

⛵ Ayat 7⃣5⃣ 
*Allah memilih para utusan-(Nya) daripada malaikat dan daripada manusia, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.*

✈ Allah Ta‘ala menyatakan bahawa Dia telah memilih utusan-utusan-Nya daripada golongan malaikat, antaranya ialah Jibril dan Mikail. Dia juga memilih para utusan-Nya daripada golongan manusia, antaranya ialah Nabi Nuh, Nabi Ibrahim dan Nabi Musa ‘alaihimus salam, dan Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam.

✈ Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat. Dia mendengar segala ucapan sama ada yang baik atau yang buruk. Dia juga melihat segala perbuatan hamba-hamba-Nya. Pengetahuan-Nya meliputi segala keadaan dan keperluan mereka. 

⛵ Ayat 7⃣6⃣ 
*Allah mengetahui apa yang di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka. Dan hanya kepada Allah dikembalikan semua urusan.*

✈ Allah mengetahui perkara yang sudah berlaku pada masa lampau dan yang akan terjadi pada masa akan datang. Dia juga Maha Mengawasi dan Maha Memelihara. Oleh itu Dia berhak memilih sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya untuk membawa risalah-Nya sebagaimana firman-Nya:

📖 *_"(Dia adalah Rabb) Yang Mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorang pun tentang yang ghaib itu. Kecuali kepada rasul yang diredhai-Nya, maka sesungguhnya Dia mengadakan penjaga-penjaga (malaikat) di hadapan dan di belakangnya. Supaya Dia mengetahui, bahawa sesungguhnya rasul-rasul itu telah menyampaikan risalah-risalah Rabbnya, sedangkan (sebenarnya) ilmu-Nya meliputi apa yang ada pada mereka, dan Dia menghitung segala sesuatu satu persatu."_*
[Surah Al-Jin, 72:26-28]

🍄 Ayat 77 - 78 🍄 
Perintah beribadah dan berjihad.

⛵ Ayat 7⃣7⃣ 
*Hai orang-orang yang beriman, rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Rabbmu dan perbuatlah kebajikan supaya kamu mendapat kemenangan.*

✈ Dalam ayat ini, Allah memanggil orang-orang yang muslim dengan panggilan orang-orang yang beriman iaitu orang-orang yang mengimani Allah sebagai Rabb mereka, Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam sebagai utusan-Nya dan Islam sebagai agama mereka.

✈ Allah memerintahkan mereka agar mendirikan solat, mengikuti syariat-Nya dan mengagungkan-Nya dengan sebenar-benar pengagungan. Mereka juga diperintahkan agar melakukan pelbagai amal kebajikan sama ada yang wajib ataupun yang sunat supaya dengan ibadah yang dilakukan itu mereka memperoleh kemenangan iaitu dimasukkan ke dalam syurga.

⛵ Ayat 7⃣8⃣ 
*Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilihmu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untukmu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu, Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim daripada dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al-Qur'an) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka Dia-lah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.*

✈ Allah memerintahkan orang-orang yang beriman agar berjihad melawan orang-orang kafir sehingga hanya agama-Nya sahaja yang tertegak di atas muka bumi ini.

✈ Jihad yang sebenar ialah menyediakan segala kekuatan dengan sempurna iaitu harta, jiwa dan cara-cara berdakwah. Perintah untuk berjihad juga termasuk melawan hawa nafsu, melawan hasutan syaitan dan berkata benar.

✈ Allah tidak menjadikan agama ini untuk memberatkan hamba-hamba-Nya bahkan tujuannya adalah untuk memudahkan mereka. Ini merupakan kurniaan Allah kepada orang-orang yang beriman agar mereka bersyukur kepada-Nya dengan mengerjakan segala yang diperintahkan-Nya.

✈ Antara contoh keringanan yang dikurniakan oleh Allah dalam ibadah solat yang merupakan salah satu daripada rukun Islam ialah sewaktu bermusafir, solat yang empat rakaat boleh dipendekkan menjadi dua rakaat. Orang yang tidak mampu berdiri boleh menunaikan solat secara duduk, dan jika tidak mampu duduk boleh secara berbaring. Banyak lagi keringanan atau kemudahan yang diberikan oleh-Nya dalam kewajipan-kewajipan yang lain.

✈ Hal ini juga dinyatakan dalam hadith riwayat Imam Ahmad, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

📚 *_"Aku diutus dengan agama yang lurus dan mudah."_*

✈ Ibnu Kathir menyatakan ayat "(Ikutilah) agama orang tuamu, Ibrahim," sama maksudnya dengan firman-Nya:

📖 *_"Katakanlah (Muhammad), 'Sesungguhnya aku telah ditunjuki Rabbku ke jalan yang lurus iaitu agama yang benar; agama Ibrahim yang lurus.....'"_*
[Surah Al-An‘am, 6:161]

✈ Allah Ta‘ala yang menamakan orang-orang yang beriman dengan sebutan orang-orang muslim sejak dahulu dalam kitab-kitab yang terdahulu, dan juga dalam Al-Qur'an. 

✈ Dia menjadikan orang-orang beriman sebagai umat pertengahan yang adil, umat pilihan dan keadilannya disaksikan oleh seluruh manusia. Di akhirat nanti, kepimpinan mereka diperakui oleh seluruh umat yang lain. Oleh itu penyaksian kaum muslimin atas seluruh manusia akan diterima di akhirat nanti. Umat muslimin ini akan bersaksi bahawa para rasul telah menyampaikan risalah Rabb mereka dan Rasulullah sallalahu ‘alaihi wa sallam akan menjadi saksi atas umat baginda bahawa baginda telah menyampaikan risalah itu kepada umatnya.

✈ Oleh itu Allah Ta‘ala memerintahkan manusia supaya bersyukur atas pemberian nikmat-nikmat-Nya dan berpegang teguh dengan syariat-Nya.

 ✈ Dia-lah pemimpin dan sebaik-baik penolong kepada orang-orang yang beriman selagi mereka berada dalam keimanan, ketakwaan dan dicintai-Nya.

Allahu a‘lam.

✈ Demikianlah berakhir tafsir Surah Al-Hajj. Segala puji bagi Allah atas semua kurniaan-Nya.⛵

Tiada ulasan:

Catat Ulasan