doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Jumaat, 2 September 2016

Almarhumah Moknik Hjh Che Moh - Mantan AJK Masjid

Almarhumah Moknik Hjh Che Moh berasal dari keluarga Che Mamat yang berpengaruh di kampung Rupek Kota Bharu. Berkahwin pada awal 1940an di zaman pendudukan jepun di Tanah Melayu dan terus menetap di kampung Wakaf Che Yeh iaitu di kampong suami, Haji Yusof bin Hassan Tok Teras, seorang tukang cat di Jabatan Kerja Raya (JKR) Kota Bharu.  Walaupun suami bertugas sebagai kakitangan kerajaan moknik juga bertani dan berkebun untuk menambah pendapatan keluarga. Kehidupan mereka boleh dikatakan senang jika dibandingkan dengan jiran-jiran yang kebanyakannya adalah petani yang pendapatan mereka ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Mereka hanya mengharapkan hasil dari penanaman padi sekali setahun. Pada masa itu tiada kemudahan taliair dan hanya bergantung kepada air hujan semata-mata.

Moknik yang terkenal sebagai seorang yang ada keterampilan diri, petah berkata-kata, kreatif dan amanah dilantik sebagai AJK Masjid - Ketua Biro Hal Ehwal Wanita pada tahun 1959 iaitu pada awal penubuhan Masjid Mukim Padang Enggang. Beliau bukan saja dikenali dengan sifat pemurah, suka menjamu makan kepada anak mukim malah turut istiqamah solat berjemaah setiap waktu dan mengikuti kuliah pengajian agama.

Moknik dalam satu majlis kahwin
tahun 1997 di Segamat Johor


Sekitar tahun 60an hingga 90an... orang seperti Almarhumah Moknik Che Moh dicari dan dipandang orang... wanita serba boleh…. 
Seorang yang aktif dan mampu memberi pendapat yang bernas.. Dia lah mak andam.. dialah juga ketua tukang masak dalam apa-apa majlis... malah arwah juga yg dilantik sebagai ketua dalam apa jua aktiviti kemasyarakatan. 

Moknik kembali ke Rahmatullah pada 31 Januari 2008 pada usia 84 tahun, 13 tahun selepas kematian poknik yang meninggal pada 22 Febuari 1995. Semoga segala jasa dan pengorbanan mereka akan dapat ganjaran yang setimpal disisi Allah SWT. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan