doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Ahad, 27 November 2016

KEBAKARAN DI TANAH HARAM ISRAEL

Selepas larangan melaungkan azan di tanah haram yang diusulkan di Parlimen Israel pada 13 November yang lalu, Allah SWT turunkan bencana yang dahsyat kepada negara terbabit. Larangan yang dibuat melibatkan masjid-masjid di kawasan sekitar termasuk Masjidil Aqsa.

Kebakaran bermula lima hari lalu berhampiran Baitulmaqdis, sebelum merebak dengan pantas akibat cuaca panas dan tiupan angin. Sehingga ke hari ini, kebakaran itu masih belum dapat dikawal sepenuhnya kerana terdapat beberapa lokasi sukar dihampiri dan api gagal dipadam. Kerajaan Israel terpaksa mengisytiharkan darurat dan meminta negara-negara asing membantu memadam dan mengawal kebakaran dari terus merebak.

Kebakaran yang dahsyat terus membakar Israel, usaha pemadaman yang di bantu pesawat pemadam canggih dari 13 negara iaitu Rusia, Amerika, Cyprus, Turkey, Itali, Spain, Bulgaria, Romania, Portugal , Hungari, Croatia, switzerland, dan juga Palestin sama sekali tidak memberi perubahan, malah  api terus marak dan tidak mau padam.

Kebakaran itu menyebabkan lebih 80,000 rakyat Israel dipindahkan dari Haifa. Lapangan Terbang Tel Aviv dan pelabuhan turut ditutup. Kerugian sudah dianggarkan ratusan juta dollar. Seramai 150 orang cedera dan 560 kediaman musnah di Haifa, Nataf dan penempatan haram Yahudi di tebing barat.

Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu menyifatkan insiden terbabit sebagai serangan keganasan terhadap rakyat dan negaranya. Beliau juga memberi amaran kepada sesiapa yang cuba membakar bahagian negeri Israel akan dikenakan hukuman berat.

Sekurang-kurangnya 17 daripada 110 titik kebakaran dituduh berpunca daripada perbuatan khianat. 37 individu telah ditahan sejak Khamis lalu kerana disyaki terlibat, termasuk 24 daripadanya masih dalam tahanan.


Berikut  adalah beberapa foto terkini kebakaran di israel yang diperolehi dari media arus perdana dan juga dari laman sosial.














Walau sehebat mana teknologi yang ada pada mereka tapi Allah SWT Maha Berkuasa, malah tidak ada yang boleh menghalangNya. Allah SWT bila-bila masa saja boleh membalas mereka yang telah berbuat zalim dan aniaya terhadap orang-orang beriman sebagaimana firman Allah SWT:

Yang bermaksud:
Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat tuhannya, kemudian ia berpaling daripadanya (dan tetap mengingkarinya) sesungguhnya Kami tetap membalas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan