disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Selasa, 10 Januari 2017

Misi Bantuan Bencana NGO Malaysia ke Nakhon Si Thammarat, Thailand


Pertubuhan Gabungan Bantuan Bencana NGO Malaysia (BBNGO) akan melaksanakan Misi Bantuan Bencana BBNGO-Thailand pada 12/1/2017-14/1/2017 di Nakhon Si Thammarat, Thailand.

Konvoi yang disertai 15 buah kenderaan pacuan empat roda (4x4) akan bersama-sama dalam misi bantuan yg dianggotai oleh team BBNGO, KUWAK, IKRAM Health, I-Bantu, KEK4X4, KEMAHANGcare

Pertubuhan Gabungan Bantuan Bencana NGO Malaysia akan membawa misi bantuan ke Sek Agama Ban Tan dan kawasan sekitar. Mereka akan mengagihkan sumbangan seperti kit kebersihan diri, pek makanan, sejadah, telekung sembahyang, ubat-ubatan dan peralatan mencuci kepada semua mangsa terlibat termasuk orang bukan Islam kerana kawasan ini majoritinya penduduk bukan Islam. Misi bantuan banjir di Nakhon Si Tammarat diadakan memandangkan kawasan itu paling teruk terjejas akibat bencana banjir.

Misi Bantuan Bencana NGO Malaysia ke Thailand

Tarikh: 12/1/2017 -14/1/2017
Tempat: Nakhon Si Thammarat, Thailand
Perjalanan: 8 jam (479km)
Jumlah konvoi: 15buah 4x4
Peserta: 75orang.

Semua pihak dialu-alukan untuk sama-sama memberi sumbangan samada berbentuk kewangan, barangan mencuci dan paket makanan dan lain-lain. Antara sumbangan bantuan yang perlu:
1. paket makanan kering
2. Sukarelawan cuci kawasan
3. bantuan perubatan
4. lain2 yg berkenaan



Cadangan Tentatif:-
Tarikh: 12/1/2017 (khamis)

4.00ptg  - berkumpul di Masjid Beijing Rantau Panjang

5.00ptg  - bertolak sempadan Golok untuk urusan imigresen

6.00ptg  - bertolak ke pattani (2jam)

8.00mlm - dijangka sampai di pattani. Rehat di pattani & makan mlm / solat. Isi barang bantuan.

Tarikh: 13/1/2017 (Jumaat)

6.00pg  -  solat Subuh & sarapan pagi

7.30pg  - bertolak ke Nakhon Si Tammarat (4jam)

11.30pg - tiba di Nakhon.

1.15tgh  - solat jumaat dan makan tengahari

2.00ptg  - ziarah mangsa banjir dan bahagi bantuan (akan ada team bahagi barang, medical,& cuci kawasan)

7.00mlm  - makan malam

Semua peserta dijadualkan bermalam di Sek Agama Ban Tan.

14/1/2017 (Sabtu)

6.00pg  - solat Subuh & sarapan pagi

8.30pg  - sambung sesi misi bantuan

1.15ptg - solat Zohor dan bertolak balik ke Kelantan.


Sumbangan kewangan, boleh dimasukkan terus ke akaun:
Pertubuhan Gab Bantuan Bencana NGO Msia
5531-3101-1283 (maybank)

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

1) Wan Nor Aziemah (010-2399227)

2) Mohd Hanafi Daud (014-2277338)



Majlis Pelepasan Misi Bantuan Bencana BBNGO ini dijangka akan disempurnakan oleh Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof Dr Ahmad Sukari Halim di USM Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan pada hari khamis, 12 Januari ini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.