doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Ahad, 8 Januari 2017

Surah Al-Kauthar (Surah ke-108) - Saad Al Ghamdi






✏Surah Al-Kauthar

✏Erti : Sungai di syurga

✏Klasifikasi : Makkiyah

✏Surah ke-108

✏Juzuk ke-30

✏Jumlah ayat 3

Surah Al-Kauthar (سورة الكوثر) dirurunkan sesudah surah Al-Aadiyaat.
Surah Al-Kauthar ialah surah yang paling pendek dalam Al Quran. Kata Al Kautsar sendiri bererti nikmat yang banyak dan diambil dari ayat pertama dari surah ini.

💦💧💧💦💦💧💧💦💦💧💧💦

🌿Surah Al-Kauthar (ayat : 1-3)

‎أَعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِِْ

Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang terkutuk.

‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

🍄Ayat 1-3 🍄
Mendirikan solat dan melakukan ibadah korban adalah tanda bersyukur atas nikmat Allah.

‎إِنَّآ أَعْطَيْنَٰكَ ٱلْكَوْثَرَ ﴿١

💦Ayat 1⃣
Sungguh, Kami telah memberikan (Muhammad) nikmat yang banyak.

💧Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menyebutkan sebahagian daripada nikmat yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam. Antaranya ialah Dia telah menjanjikan Al-Kauthar iaitu sungai di syurga untuk baginda. Selain itu diberikan kenabian kepada baginda sebagai pembawa risalah-Nya, diangkat darjatnya dan mendapat tempat yang tinggi.

💧Daripada Anas radhiallahu 'anhu, dia berkata, "Ketika kami sedang berkumpul di masjid bersama dengan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam, tiba-tiba baginda tertidur sebentar. Kemudian baginda mengangkat kepala dan tersenyum. Kami pun bertanya, 'Apakah yang membuatkan engkau tersenyum, wahai Rasulullah?' Baginda bersabda, 'Tadi telah turun kepadaku suatu surah.' Lalu baginda membaca ayat 1-3 surah ini. Kemudian baginda bersabda lagi, 'Tahukah kalian apakah Al-Kauthar itu?' Kami pun menjawab, 'Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.'" Baginda bersabda:

📚 "Sesungguhnya Al-Kauthar ini adalah suatu sungai yang dijanjikan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala kepadaku. Sungai tersebut memiliki kebaikan yang banyak. Ia adalah telaga yang nanti akan didatangi oleh umatku pada hari kiamat.
(Hadith Riwayat Muslim)

‎فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنْحَرْ ﴿٢

💦Ayat 2⃣
Maka laksanakanlah solat kerana Rabbmu, dan berkorbanlah (sebagai ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah).

💧Bersyukurlah atas nikmat ini dengan solat hanya kepada Allah, tidak menyekutukan-Nya dan jangan sembelih kecuali hanya untuk-Nya. Semua ini merupakan pelajaran untuk umat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. Ada pendapat yang mengatakan solat dalam ayat ini adalah solat Eidul Adha dan sembelih adalah sembelihan haiwan korban.

💧Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam ayat-ayat yang lain:

📖 "Katakanlah (Muhammad), "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanyalah untuk Allah, Rabb seluruh alam, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan demikianlah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama berserah diri (muslim)."
(Surah Al-An'am 6: 162-163)

📖 "Dan janganlah kamu memakan daripada apa (sembelihan haiwan) yang (ketika disembelih) tidak disebut nama Allah, perbuatan itu benar-benar suatu kefasikan.........."
(Surah Al-An'am 6: 121)

‎إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ ٱلْأَبْتَرُ ﴿٣

💦Ayat 3⃣
Sesungguhnya, orang-orang yang membencimu, dialah yang terputus (daripada rahmat Allah).

💧Ayat ini menyatakan bahawa orang-orang yang membenci dan memusuhi Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam akhirnya yang terputus dan tidak ada lagi penyebutan (pujian) untuknya setelah matinya. Orang-orang Quraisy menyatakan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam tidak lagi memiliki keturunan ketika anak lelaki baginda iaitu Al-Qasim meninggal dunia. Maka Allah pun membalasnya dengan meninggikan pujian bagi baginda. Baginda dipuji oleh orang-orang terdahulu dan kemudian di tempat yang tinggi hingga ke hari pembalasan. Sedangkan orang-orang yang memusuhi baginda, itulah yang terputus.

Wallahu a’lam

💦💧💧💦💦💧💧💦💦💧💧💦

💦Demikianlah terjemahan dan pengajaran ayat Surah Al-Kauthar. Hanya milik Allah segala puji dan anugerah.

💦💧💧💦💦💧💧💦💦💧💧💦

Tiada ulasan:

Catat Ulasan