doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Isnin, 4 Julai 2016

Surah 4: An-Nisaa' (Wanita) - Saad Al Ghamdi





📝  Surah an-Nisaa’  سورة النساء terdiri daripada 176 ayat. Merupakan surah Madaniyyah yang terpanjang selepas surah al-Baqarah. Dinamakan an-Nisaa’ kerana dalam surah ini banyak membicarakan perkara-perkara yang berhubungan dengan wanita jika dibandingkan dengan surah-surah yang lain. Terdapat surah lain yang banyak membicarakan tentang hal wanita selain surah an-Nisaa’ iaitu surah at-Talaq. Surah an-Nisaa’ juga disebut: Surah an-Nisaa’ al-Kubraa (surah an-Nisaa’ yang besar), sedang surah at-Talaq disebut dengan sebutan: Surah an-Nisaa’ as-Shughraa (surah an-Nisaa’ yang kecil).

📝  Asas-asas isinya, ialah:

1⃣  Keimanan:
Syirik (dosa yang paling besar); akibat kekafiran pada hari kemudian.

2⃣  Hukum-hukum:
Kewajipan para wasi dan para wali; hukum poligami; mas kahwin; memakan harta anak yatim dan orang-orang yang tidak dapat mengurus hartanya; pokok-pokok hukum warisan; perbuatan-perbuatan keji dan hukumannya, wanita-wanita yang haram dikahwini; hukum-hukum mengahwini hamba wanita; larangan memakan harta secara batil; hukum syiqaq dan nusyuz; kesucian zahir batin dalam solat; hukum suaka; hukum membunuh orang Islam; solat khauf; larangan melontarkan ucapan-ucapan yang buruk; masalah pusaka kalalah.

3⃣  Kisah-kisah:
Kisah-kisah tentang Nabi Musa ‘alaihis salam dan pengikut-pengikutnya.

4⃣  Dan lain-lain:
Asal manusia adalah satu; keharusan menjauhi adat-adat zaman jahiliah dalam perlakuan terhadap wanita; norma-norma bergaul dengan isteri; hak seseorang sesuai dengan kewajipannya; perlakuan Ahli Kitab terhadap kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka; dasar-dasar pemerintahan; cara mengadili perkara; keharusan siap-siaga terhadap musuh; sikap-sikap orang munafik dalam menghadapi peperangan; berperang di jalan Allah adalah kewajipan setiap mukallaf; norma dan adab dalam peperangan; cara menghadapi orang-orang munafik; darjat orang-orang yang berjihad.

📝  Surah an-Nisaa’ dimulai dengan perintah bertakwa dan menyatakan bahawa asal manusia itu adalah satu, kemudian menerangkan hukum-hukum yang berhubungan dengan anak yatim, rumah tangga, warisan, wanita yang haram dinikahi serta hak dan kewajipan lelaki dan perempuan. 

📝  Selanjutnya disebut tentang hukum-hukum perang serta pelajaran-pelajaran yang harus diambil daripada perang Badar dan Uhud. Hukum perang dan hukum keluarga dalam surah ini, merupakan hujah-hujah yang dikemukakan kepada Ahli Kitab yang mana hujah-hujah ini ditegaskan pada bahagian terakhir daripada surah ini. 

📝  Akhirnya surah ini ditutup dengan perintah kepada para mukmin supaya mereka bersabar, mengeratkan hubungan sesama manusia dan bertakwa kepada Allah, agar mendapat keberuntungan dunia dan akhirat.

Wallahu a‘lam.

🌿🌺🌿🌺🌿🌺🌿🌺🌿

Tiada ulasan:

Catat Ulasan