disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Jumaat, 14 Disember 2018

Lorong Paksu Haji Deris

Anak mukim Padang Enggang makin bertambah. Mengikut bancian zakat fitrah tahun lepas ianya telah melebehi 5000 isirumah. Menyedari keperluan penduduk yang semakin meningkat ianya memerlukan penempatan baru. Justeru itu Lorong Paksu Haji Deris yang menghubungkan Lorong Madrasah dengan Lorong Kampong Dusun telah dilebarkan lagi menjadi 10 kaki. Kerja melebar laluan ini dilakukan secara gotong royong oleh penduduk kampong.

Sebuah jawatankuasa bertindak yang diwujudkan oleh En Hassan dan dibantu oleh En Ramli Mohd telah berjaya mendapatkan 20 lori batu kasaran dari Pejabat Ahli Dewan Undangan Bunut Payong melalui Penghulu Mukim Padang Enggang, En Zakaria Salleh. 

Permohonan mereka seterusnya yang bertarikh 18 ogos 2016 untuk mendapatkan 5 penutup longkang konkrit dari Jabatan Parit Dan Saliran Kelantan mendapat kelulusan segera dengan kerjasama dan bantuan teknikal mantan Pengarah Jabatan Parit Dan Saliran, Dato Mat Rahim Ismail. 

Kerja-kerja merata batu kasaran dilakukan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu. Manakala kerja memasang lima penutup konkrit pada longkang pula dilakukan oleh pihak Jabatan Parit Dan Saliran. Setelah semuanya siap dilaksanakan telah membolehkan lori kecil keluar masuk membawa barangan keperluan binaan melintasi longkang air buangan dari pekan Wakaf Che Yeh ke sungai ijok. 

Dengan adanya kemudahan pengangkutan keluar masuk, kawasan ini dijangka akan jadi tumpuan anak Mukim Padang Enggang untuk membina rumah kediaman setelah Lorong Masjid Padang Enggang dan Lorong Madrasah serta kawasan yang berdekatan sudah agak padat dengan penduduk.


Lorong Paksu Haji Deris sebelum penambakan batu kasaran

En Hassan (berkopiah) dan En Ramli (bertopi)
tekun memerhati kerja merata jalan dilakukan



Lampu jalan yang dipasang pada tiang letrik (TNB) menjadikan 
laluan sekitar kawasan ini terang benderang pada waktu malam


Laluan yang melintasi longkang dilebarkan bagi
memudahkan kenderaan keluar masuk melalui 
Lorong Paksu Haji Deris 

Laluan yang sebelum ini sunyi sepi.. kini sudah
kedengaran deruan enjin kenderaan setiap hari

Sebuah banglo di Lorong Paksu Haji Deris
yang masih dalam pembinaan














Rujukan: Fail

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.