disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Isnin, 4 Mac 2019

Kupasan Kitab Sullam Al-Mubtadi Oleh Ustaz Muhammad Azzam Bin Ghazali.

klik imej untuk paparan mukasurat berikutnya

Kitab Sullam al-Mubtadi ini karya Al-Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathani seorang ulama dunia Melayu yang terkenal pada abad ke 19 Masihi. Syeikh Daud al-Fathani membicarakan sebahagian besar ilmu feqah dengan membahagikan penghuraian kepada 16 buah Kitab. 

Berikut adalah kitab-kitab yang dibincangkan oleh Syeikh Daud Al-Fathani dalam Kitab Sullam al-Mubtadi:
  1. Kitab al-Shalah
  2. Kitab al-Zakah
  3. Kitab al-Shiyam
  4. Kitab al-Nusuk
  5. Kitab al-Adhhiyah wa al-‘Aqiqah wa al-Zaba-ih
  6. Kitab al-Bay’
  7. Kitab Ahkam al-Fara-id wa al-Washaya
  8. Kitab al-Nikah
  9. Kitab al-‘Iddah
  10. Kitab al-Janayat
  11. Kitab al-Hudud
  12. Kitab al-Jihad
  13. Kitab al-Sabq wa al-Ram-y
  14. Kitab al-Aiman wa al-Nazr
  15. Kitab al-Qadha wa al-Syahadat
  16. Kitab al-‘Itq.
Pada setiap ahad malam isnin, AJK Masjid Mukim Padang Enggang telah melantik pengkuliah yang tak asing lagi iaitu Ustaz Muhammad Azzam Bin Ghazali untuk mengupas Kitab Sullam Al-Mubtadi karya Syeikh Daud Al-Fathani. Ustaz Muhammad Azzam adalah cucunda kepada ulamak besar, Tok Guru Haji Abdullah Tahir (Pengasas Pondok Bunut Payung) 

Ustaz Muhammad Azzam juga adalah pengkuliah tetap di masjid ini untuk sesi Kuliah Maghrib maupun kuliah sebelum jumaat sejak beberapa tahun yang lalu. Penyampaiannya yang bersahaja dapat menarik minat jemaah untuk terus mengikuti sesi kuliahnya pada setiap masa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.