disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Isnin, 14 Oktober 2019

CONTOH SURAT RAYUAN MENGERJAKAN HAJI SUAMI & ISTERI


Kepada mereka yang telah mendaftar untuk menunaikan fardhu haji tetapi belum lagi terpilih, dibolehkan membuat rayuan untuk menunaikan fardu haji. Surat-surat rayuan untuk menunaikan fardhu haji sebaiknya dikemukakan kepada Tabung Haji pada tahun semasa di mana bakal-bakal haji tersebut bercadang untuk menunaikan fardhu haji. 

Untuk makluman semua, rayuan untuk menunaikan haji bagi musim haji 1441H/2020M dibuka bermula dari 01 Oktober 2019 hingga 25 Februari 2020. Harap dipanjangkan info ini kepada saudara mara, jiran atau rakan-rakan yang rasanya mereka dah tak sabar menunggu giliran masing-masing. 


____________________________________

Nama Suami: xxxxxxxxxxxxxxxxx                                                      
No. Akaun TH: xxxxxxxxxxxxxxxx                                                               

Nama Isteri: xxxxxxxxxxxxxxxxxx                                                      
No. Akaun TH: xxxxxxxxxxxxxxxx                                                               

Lot 488
Lorong Paksu Haji Deris
Kampung Wakaf Che yeh
15100 Kota Bharu
KELANTAN.
No. Tel: 013-xxxxxxx
10 Oktober 2019
_____________________________________

Bahagian Operasi Domestik
Lembaga Tabung Haji, Lantai 30, 
Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji
201 Jalan Tun Razak
50732 Kuala Lumpur

Tuan,
RAYUAN PENEMPATAN HAJI BAGI TAHUN 1441H / 2020M

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

Untuk makluman tuan, saya dan isteri telah membuat pendaftaran haji di Tabung Haji Kota Bharu pada 05 Julai 2010 dan telah disenaraikan pada tahun 2033M/1454H.  

Sehubungan dengan itu, kami amat berharap dan merayu dengan sepenuh hati agar diberi peluang kepada kami untuk menunaikan fardhu haji pada tahun hadapan iaitu tahun 1441H/2020M. Ini adalah kerana:-

  1. Usia kami semakin meningkat dan akan menjangkau usia emas beberapa tahun lagi dan pada ketika ini kami dikurniakan tahap kesihatan yang baik. InsyaAllah inilah peluang dan masa yang paling sesuai ini untuk melaksanakan ibadah haji dengan penuh yakin.
  2. Kami telah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk mengikuti kursus haji yang dianjurkan oleh pihak Tabung Haji bagi mendapatkan pemahaman untuk menunaikan haji dengan yakin..
  3. Kami sudah bersedia dari segi kewangan dan jumlah simpanan dalam akaun Tabung Haji juga telah mencukupi untuk mengerjakan haji.
  4. Kami sudah mengikuti kursus asas haji dan bersedia sekiranya dipanggil untuk ke Tanah Suci.

Besarlah harapan kami sekiranya rayuan ini dipertimbangkan dan diberi peluang mengerjakan Rukun Islam ke -5 pada tahun hadapan (2020). Tahap Kesihatan kami yang baik pada masa sekarang memberikan keyakinan untuk mengerjakan ibadah haji dengan sempurna berbanding ketidaktentuan keadaan kesihatan di masa akan datang.

Pertimbangan dan jasa baik pihak tuan amat dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih.

Sekian.



Yang benar,

                       
 TT Suami                                 TT Isteri.
(Nama & No.K/P)                              (Nama & No.K/P)                     

________________________________________


Dalam sesi perkongsian ilmu tentang haji dan umrah anjuran Alumni SMK Kota 1974-78. Ustazah Norhanizam menekankan supaya sentiasalah berdoa, lakukan solat hajat dan hadhiri kelas ilmu berkaitan ibadat haji untuk tambah ilmu supaya dapat beribadat dengan baik serta tidak panik semasa di tanah suci nanti. 

Setiap jemaah haji diingatkan supaya melengkapkan dirinya dengan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan munasik atau cara-cara mengerjakan haji daripada rukun, syarat, wajib dan sunat haji serta pantang larang sepanjang masa mengerjakan ibadah haji, supaya hajinya menjadi haji mabrur, insyaAllah.. 

Moga catatan ringkas ini ada manafaatnya. Kita permudah urusan orang lain, Allah akan permudahkan urusan kita. 
Sama-sama kita berdoa agar kita semua akan dijemput menjadi Tetamu Allah dalam masa yang terdekat ini....InsyaAllah.


Perkongsian ilmu tentang Ibadah Haji/Umrah
oleh Ustazah Noranizam Mustapha 



Link Berkaitan: Panduan Haji Dan Umrah

2 ulasan:

  1. Saya mohon izin share ya... semoga Allah membalas dengan kebaikan. terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan!!...semoga coretan ringkas yang dikongsikan itu ada manafaatnya...insyaAllah.

      Padam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.