doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Khamis, 3 Oktober 2019

Pokok Ketayam (Trichanthera Gigantea)

Anak benih pokok ketayam

Pokok Ketayam (Trichanthera Gigantea) berasal dari Amerika Selatan. Pokok Ketayam mudah dijaga dan mudah ditanam. Pokok Ketayam mengandungi protein yang tinggi (23.3%), amat sesuai sebagai makanan untuk ayam kampong, ayam kacuk, ayam daging, ayam telur, kambing, lembu, arnab, itik, ayam piru, burung puyuh, ikan lampam, talapia dan ternakan-ternakan lain. Ternakan yang memakan daun Ketayam memiliki daya tahan dari penyakit. Ternakan yang memakan daun Ketayam dagingnya akan rasa lebih enak dan kurang lemak. Ayam atau itik yang memakan daun Ketayam kuning telurnya akan lebih pekat dan mengandungi lebih Omega 3 berbanding telur biasa.  


Ternakan yang memakan daun Ketayam
memiliki daya tahan dari penyakit.

Pokok Ketayam memerlukan air yang mencukupi pada peringkat awal ditanam. Tanah yang mana pokok pisang subur hidup, insyaallah subur pokok Ketayam hidup. Daunnya tidak beracun dan tiada antinutritif (tenin dan selulosa) yang membolehkan protein diserap terus ke dalam badan ternakan bagi membantu mempercepatkan tumbesaran. Daun segarnya boleh diberi makan terus kepada ternakan atau diproses sekali gus dapat mengurangkan kos makanan ternakan. 

Ditanam pada jarak 5 - 6 kaki, sehektar boleh menghasilkan lebih 35 tan setahun. Setiap satu pokok Ketayam boleh menghasilkan 1 kg daun, untuk diberi makan 20 - 30 ekor ayam sehari. Daun dipetik setiap 2 - 3 minggu selama 10 - 15 tahun. Pokok boleh capai tinggi maksimum 15’. Adalah baik pokok dipangkas dibahagian pangkal apabila mencapai tinggi 6 hingga 7 kaki, untuk rendang dan memudahkan memetik daun. Haiwan perosak seperti babi tidak menganggu pokok ni. 

Menanam dan menjual pokok Ketayam
tidak menyalahi undang-undang.





Sumber: Adam Rahim

Pautan berkaitan: Ketum ayam suburkan ternakan [METROTV]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan