disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Khamis, 10 Oktober 2019

VIDEO BIMBINGAN HAJI & UMRAH (TABUNG HAJI)

Panduan Ibadat Haji TAMATTU'






Panduan Ibadat Umrah dan Ziarah




KURSUS HAJI

Kursus Asas Haji
Kursus Asas Haji (KAH) merupakan kursu haji peringkat pertama yang akan diikuti oleh bakal-bakal jemaah haji. KAH diadakan pada setiap hujung minggu selama 2 jam bagi setiap siri (diadakan sebanyak 17 siri) bermula dari bulan Rabi'ul Awal sehingga Jamadil Akhir setiap tahun. 

KAH diadakan di masjid-masjid pilihan di seluruh negara dengan kerjasama jawatankuasa masjid berkenaan (Jabatan Agama Islam Negeri). Modul kursus merangkumi pendedahan asas tajuk-tajuk berkaitan ibadat haji, kesihatan dan pengurusan haji di Tanah Air dan Tanah Suci. 

Peserta kursus tidak dihadkan kepada bakal haji yang terpilih pada tahun semasa sahaja bahkan penyertaan dibuka kepada orang ramai yang berminat untuk mempelajari hal ehwal ibadat haji dan umrah. Peserta perlu mendaftar di masjid-masjid yang terlibat menganjurkan kursus ini. 


Kursus Intensif Haji 
Kursus Intensif Haji (KIH) merupakan kursus haji peringkat kedua yang akan diikuti oleh bakal jemaah haji sebelum berangkat ke Tanah Suci. Kursus diadakan selama 2 hari ini diadakan dalam bulan Rejab dan Sya’aban pada setiap tahun. Semasa kursus, penekanan yang diberikan kepada praktikal ibadat haji dan umrah serta ulang kaji ibadat. 

Selain berkenaan ibadat haji, modul pembelajaran juga menekankan penjagaan kesihatan dan pengurusan haji di Tanah Air dan Tanah Suci. Hanya bakal jemaah haji yang terpilih pada tahun semasa akan dijemput menghadiri kursus ini oleh Pejabat TH Negeri atau Daerah. 


Kursus Khas Haji 
Kursus Khas Haji (KKH) merupakan kursus haji lanjutan yang diadakan selepas KIH. Tempoh kursus mengambil masa selama 1 hari yang memberi penekanan latih tubi praktikal ibadat dalam kelompok kecil dan lebih khusus. 

Peserta kursus adalah terdiri daripada mereka yang mendapat markah yang terendah dalam ujian kefahaman ibadat KIH dan mereka yang terpilih di saat akhir. Pejabat TH Negeri atau Daerah akan mengeluarkan surat jemputan kepada bakal jemaah haji yang terlibat. 


Kursus Perdana Haji 
Kursus Perdana Haji (KPH) merupakan kursus haji peringkat akhir yang akan diikuti oleh bakal jemaah haji sebelum berangkat ke Tanah Suci. kursus selama 2 hari 1 malam ini diadakan dalam bulan Syawal di setiap negeri. Kursus ini akan mengumpulkan bakal jemaah haji dari seluruh daerah dalam negeri tersebut. 

Penekanan yang diberikan semasa kursus ini lebih kepada praktikal ibadat haji dan dalam kelompok jemaah yang lebih ramai. Ia melibatkan aktiviti tawaf, sa'ie, bermabit dan melontar pada waktu malam. Hanya bakal jemaah haji yang terpilih pada tahun semasa dijemput menghadiri kursus ini oleh Pejabat TH Negeri atau Daerah.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.