disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Rabu, 22 September 2021

Senarai Jemaah Untuk Solat Jumaat 24 September 2021.

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

1. Bersama ini dilampirkan Senarai nama jemaah terpilih utk Solat Jumaat 24 Sept. 2021:


2. Madrasah yang belum hantar nama, secara automatik tertunda ke minggu akan datang. Senarai nama hendaklah dihantar kepada Imam Tua selewat-lewatnya pada Selasa setiap minggu. Pohon kerjasama daripada Pengerusi atau Setiausaha setiap madrasah terbabit.

3. Jemaah terpilih sila pastikan patuh kepada garis panduan daripada MAIK:

  • Kakitangan masjid dan para Jemaah yang hadhir wajib menerima dos lengkap suntikan vaksin.(Perkara 2.1
  • Wajib memakai pelitup muka. Digalakkan memakai 2 lapis pelitup muka. (Perkara 2.2).
  • Membawa sejadah sendiri bersaiz minima 110cm x 70 cm (Perkara 4.3
  • Mempamerkan eviden vaksinasi lengkap kepada petugas, sama ada Kad Vaksin atau paparan pada MySejahtera yg tercatat 'Fully Vaccinated' atau ' Vaksinasi Lengkap'

Kad Vaksin

Paparan pada MySejahtera

4. Hanya nama yang tersenarai sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam bangunan masjid. 

5. Tuan-tuan diminta mencatat suhu badan dan tandatangan pada senarai nama. Pintu masjid akan ditutup sebaik sahaja kehadiran penuh. Jemaah terpilih yang tidak dapat hadir, sila maklumkan kepada Imam Tua (0139966082) atau Setiausaha (0129560110) seberapa segera. 

6. Pintu masjid dibuka SATU JAM sebelum solat Jumaat. (Perkara 4.1)

7. Hanya SATU pintu dibuka iaitu di bahagian kiri masjid (sebelah kiri Pejabat Imam)

Pohon kerjasama.

Terima kasih.


Setiausaha.
(Hj. Ruzaidi) 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.