disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Sabtu, 16 April 2022

KEKOSONGAN JAWATAN PEGAWAI MASJID MUKIM MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN BULAN APRIL 2022.


Borang permohonan boleh didapati di Aras 2, Bahagian Agama, MAIK dan borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat sebagaimana berikut:-

 

ALAMAT PERMOHONAN: 

Timbalan Yang Dipertua,

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,

Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,

15200 KOTA BHARU.

 

(u.p: Bahagian Agama)

 

TARIKH TUTUP PADA ATAU SEBELUM : 28 APRIL 2022

 

SYARAT-SYARAT JAWATAN PEGAWAI MASJID MUKIM

 

1. IMAM TUA/IMAM MUDA 

i. Syarat kelayakan;

- Seorang lelaki beragama Islam yang sempurna akal.

- Berumur 25 tahun ke atas dan tidak melebihi 70 tahun mengikut kad pengenalan pada tarikh iklan dikeluarkan.

- Mempunyai pengetahuan agama yang baik.

- Keutamaan diberi kepada pemohon yang bermastautin atau bermukim dalam kawasan mukim masjid berkenaan;

- Warganegara Malaysia.

- Mempunyai latar belakang sosial yang baik serta dihormati oleh penduduk tempatan;

- Tiada rekod jenayah yang telah dijatuhkan hukuman oleh mana-mana mahkamah termasuk Mahkamah Syariah

- Mempunyai kesihatan tubuh badan yang baik.

- Keutamaan diberi kepada pemohon yang mempunyai Sijil Tahfiz Al-Quran daripada Pusat Tahfiz Al-Quran.

- Bagi pemohon yang berkhidmat sebagai Penjawat Awam hendaklah mendapat pelepasan daripada MAJIKAN.

* Pengecualian daripada ujian Tahriri (bertulis) akan dikecualikan kepada pemohon-pemohon yang mempunyai kelayakan berikut;

- Sijil IV Thanawi atau Sijil Menengah Ugama atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau mana-mana sijil agama yang setaraf dengannya.

- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan kepujian dalam subjek Pendidikan Syariah Islam, Pendidikan Quran Dan Sunnah dan lulus Bahasa Arab.

ii Taraf Jawatan: Berelaun (disambung perkhidmatan setiap 2 tahun berdasarkan laporan prestasi perkhidmatan)

iii Elaun Bulanan :

- RM1,850.00 (Imam Tua – Masjid Mukim Katogeri “A”)

- RM1,550.00 (Imam Tua – Masjid Mukim Besar)

- RM1,150.00 (Imam Tua – Masjid Mukim Kecil - Sub Mukim)

- RM1,350.00 (Imam Muda – Masjid Mukim Katogeri “A”)

- RM1,150.00 (Imam Muda – Masjid Mukim Besar)

- RM1,000.00 (Imam Muda – Masjid Mukim Kecil - Sub Mukim)


2. BILAL 

i. Syarat kelayakan;

- Seorang lelaki beragama Islam yang sempurna akal.

- Mempunyai pengetahuan agama yang baik.

- Keutamaan diberi kepada pemohon yang bermastautin atau bermukim dalam kawasan mukim masjid berkenaan;

- Warganegara Malaysia

- Mempunyai latar belakang sosial yang baik serta dihormati oleh penduduk tempatan;

- Tiada rekod jenayah yang telah dijatuhkan hukuman oleh mana-mana mahkamah termasuk Mahkamah Syariah

- Mempunyai kesihatan tubuh badan yang baik.

- Pemohon jawatan Bilal tidak disyaratkan mempunyai sijil dan akan memasuki ujian safawi (lisan)

ii Taraf Jawatan : Berelaun

iii Elaun Bulanan :

RM800.00(Masjid Mukim Kategori ”A”)

RM700.00(Masjid Mukim Besar)

RM700.00(Masjid Mukim Kecil - Sub Mukim)


Sumber: MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.