ﺑِﺴْـــــــــــــــــــــﻢِ
ﺍﻟﻠّﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْﻢ
💗💗💗
Sebagai manusia, memang kita tidak dapat lari daripada
melakukan kesilapan. Adalah suatu yang agak mustahil untuk kita mendakwa diri
kita bersih dari dosa.
Kita jangan pula pandai menghitung dosa orang lain sehingga terlupa dosa sendiri, yang harus diperbaiki adalah diri kita, hati kita, sifat buruk kita, prasangka kita, perilaku kita dan lisan kita.
Jangan sesekali menganggap diri kita lebih baik dari orang lain, kerana Allah SWT lebih mengetahui siapa kita sebenarnya. Moga dapat kita muhasabah diri dan menilai kembali setiap apa yang telah berlaku dalam diari kehidupan kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.