disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Rabu, 18 Mei 2011

Maqam Ibrahim

                                   

Maksud maqam memiliki beberapa erti, namun yang dimaksudkan disini, maqam adalah tempat pijakan orang  berdiri. Dalam suatu riwayat maqam Ibrahim adalah batu yang digunakan oleh nabi Ibrahim berpijak pada waktu beliau membangun Ka’bah, di batu ini ada bekas telapak kaki Nabi Ibrahim a.s. kerana ketika Nabi Ibrahim menginjaknya  kedua kaki beliau masuk sedalam 9 cm.
Dalam sebuah riwayat yang dinyatakan Nabi SAW, bahwa Hajar Aswad dan batu Maqam Ibrahim, keduanya berasal dari syurga, ketika Nabi Ibrahim membangun Ka’bah batu pijakannya itu turut naik manakala Nabi Ibrahim memasang batu Kaabah pada bahagian atas, dan turut turun manakala Nabi Ibrahim hendak turun.
Salah satu keistimewaan batu maqam Ibrahim dan batu Hajar Aswad adalah dipeliharanya oleh Allah SWT dengan tidak disembah oleh orang-orang musyrik, sebagaimana terbukti sepanjang sejarah bahwa tidak ada orang musyrik yang menyembah kedua batu itu, walaupun mereka menyembah batu yang lain, sehingga ketika Islam dating dimana salah satu ajaranNya adalah menganjurkan umatnya mencium atau menghormati dua batu itu tidak menjadikan orang mengatakan bahawa Islam mengesahkan salah satu amalan ritual orang musyrik atau orang kafir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.