Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) mengumumkan kebenaran menunaikan solat Jumaat dan solat jemaah lima waktu dengan kapasiti jemaah 40 orang di masjid, surau dan musolla di bawah Pelan Pemulihan Negara (SOP Fasa 2). Kebenaran itu hanya kepada kakitangan masjid dan jemaah yang telah menerima dos lengkap suntikan.
Yang Dipertua Maik Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz memaklumkan kebenaran itu berkuat kuasa esok (17 September), setelah mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.