disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Isnin, 10 Oktober 2022

PRU15: PM Umum Parlimen Malaysia Bubar Hari Ini

Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob baru saja mengumumkan pembubaran Parlimen hari ini untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Pengumuman tersebut dibuat menerusi satu perutusan khas yang disiarkan secara langsung di beberapa stesen televisyen dan semua platform media sosial.

Semua rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas, layak mengundi tanpa perlu mendaftar. Ini kerana pendaftaran automatik telah dilaksanakan sejak 15 Disember 2021. Had umur pengundi juga telah diturunkan daripada 21 tahun, kepada 18 tahun.

Inilah waktu dan masa untuk anda sebagai pemilih dan pengundi untuk turun mengundi calon dan parti pilihan anda untuk menjadi wakil bagi kawasan anda. Kali terakhir rakyat Malaysia keluar mengundi adalah pada 9 Mei 2018 (PRU-14). Pilihan raya umum Malaysia ke-14 diadakan pada 9 Mei 2018 setelah parlimen dibubarkan pada 7 April 2018. 

Pada Pilihan Raya Umum Ke 14, Takiyuddin Hassan daripada PAS menang di kerusi Parlimen Kota Bharu dengan mendapat 28,291 undian menentang Husam Musa daripada parti PKR yang mendapat 22,422 undi dengan majoriti undi sebanyak 5,869. Manakala Fikhran Hamshi dari BN mendapat 16,256 undi.

Keputusan PRU-14 (P.021 KOTA BHARU)

Portal myspr semak telah menyediakan semakan daftar pemilih spr malaysia, cara semakan atas talian tempat mengundi pada PRU15 dan nama anda sebagai pengundi semasa pilihanraya di portal https://www.spr.gov.my/ online 2022.

Dengan membuat semakan daftar pemilih PRU15 membolehkan anda mendapatkan maklumat penting contohnya lokasi mengundi anda bagi DUN dan PARLIMEN pada pilihan raya umum nanti.

Untuk semakan alamat & lokasi mengundi online melalui link pautan di bawah, hanya masukkan Nombor Kad Pengenalan dan Aksara Captcha anda melalui pautan di bawah ini dan tekan butang SEMAK, maka akan terpaparlah nama dan lokasi mengundi anda.

Berikut dikongsikan pautan untuk membuat semakan nama dan tempat mengundi anda secara atas talian:

https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan


Mengundi adalah tanggungjawab serta hak kita sebagai rakyat Malaysia. Ia adalah amalan demokrasi yang telah diamalkan di negara ini sejak kita mengecapi kemerdekaan. Setiap rakyat mempunyai hak untuk memilih pemimpin yang bakal menerajui pentadbiran negara. Oleh itu keluarlah mengundi kerana masa depan negara terletak di tangan kita semua.

Pada hari pengundian nanti, jangan lupa bawa bersama kad pengenalan anda untuk tujuan pengesahan pegawai yang bertugas bagi melayakkan anda membuang undi. 

Selamat Mengundi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.