disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Sabtu, 11 Februari 2023

KULIAH TADABBUR Al QURAN DAN KITAB FIQH AL-HADITH SYARAH BULUGHUL MARAM KITAB SOLAT 🔅

🗂 Surah Hud Ayat 54 - Seterusnya. 

Kitab Solat Bab Sifat Solat (Hadith 241 hal 185)

📅 Tarikh: 11 Feb 2023/20 Rejab 1444H

🕗 9.00 - 11.00a.m

👤 Penceramah: Prof Madya Dr Muhiden Abdul Rahman

🕌 Lokasi: Masjid Darul Ulum,Pintu Geng,Kota Bharu Kota Bharu,Kelantan.

 

SURAH HUD AYAT 50-53

  1. Setiap umat akan diutus seorang Nabi dari kalangan mereka sendiri, iaitu dari bangsa bahkan saudara mara mereka sendiri agar lebih mudah menyampai dan menanam kepercayaan kepada mereka.
  2. Tugas utama setiap nabi dan rasul ialah mengajak manusia agar menyembah dan mentauhidkan Allah SWT serta tidak menyegutukanNya.
  3. Mesej dan tujuan utama dakwah hendaklah jelas iaitu mengajak manusia menyembah dan mentauhidkan Allah SWT bukan mengajak manusia menyokong individu, puak, mazhab dsb.
  4. Barangsiapa yang mensyirikkan Allah SWT sesungguhnya mereka telah mendustai Allah SWT kerana menbenarkan penyembahan tuhan selain Allah SWT.
  5. Agama Islam bukan agama rekaan atau ciptaan manusia sebaliknya agama ciptaan Allah SWT justeru tidak boleh mereka-reka dan mengada-ngada dalam agama.
  6. Nabi dan Rasul tidak pernah meminta upah dan imbuhan daripada usaha dakwah mereka dan itu adalah tanda kebenaran dakwah mereka.
  7. Para Nabi dan Rasul serta orang beriman hanya mengharapkan ganjaran pahala daripada Allah SWT di atas segala usaha dakwah mereka.
  8. Larangan dari meminta upah dan ganjaran atas kerja-kerja dakwah termasuk mengajar agama.
  9. Kewajipan memohon istighfar dan bertaubat kepada Allah SWT kerana istighfar dan taubat bukan sahaja suatu ibadat tetapi banyak kelebihannya.
  10. Antara kelebihan istighfar ialah akan menghapuskan segala dosa, menambah rezeki, melapangkan kesempitan, memberi kekuatan jiwa dan kemulian diri, memberi jalan keluar, mendekatkan diri kepada Allah, dilindungi dari azab dan lain-lain.
  11. Dosa menjadi asbab manusia jauh daripada Allah SWT malah akan membawanya kepada syirik.
  12. Kesombongan dan keangkuhan akan menyebabkan manusia diutup pintu hatinya dari terus beriman kepada Allah SWT. (Surah Fussilat 41: 15-16).
  13. Kekuatan dan kekayaan boleh menyebabkan seseorang menjadi somobong dan angkuh seperti yang menimpa kaum Nabi Hud a.s. yang diberi kekuatan fizikal dan kekayaan harta.


 🔅🔅🔅🔅🔅🔅

 






Sumber: https://www.facebook.com/InfoSunnahKelantan/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.