السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد
وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Ya Allah, Ya Tuhan kami,
Kami mohon limpahan Rahmat, Hidayah & Inayah yang
berterusan dariMu untuk kami dan semua ahli keluarga supaya sentiasa sihat walafiat, murah rezeki,
dipermudahkan segala urusan dan sentiasa berada dalam Redha Mu jua Ya Allah.
Ya Allah, Ya Rahman,
Jika ada diantara kami yang sedang diuji dengan sakit yang
tak terubat, dengan Rahmat-Mu Ya Allah, Engkau sembuhkanlah mereka, jika ada
diantara kami yang kekurangan dan kesempitan, Kau lapangkanlah hidup mereka.
Ya Allah, Ya Rahim,
jika ada diantara kami yang terbeban dengan hutang piutang,
maka Kau berikanlah kepada mereka jalan
penyelesaiannya.
Ya Allah, Ya Tuhan kami,
jika ada antara kami sedang
dilanda kesedihan yang menghantui mereka, maka, Kau gembirakanlah,
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Jadikanlah kami orang yang tangannya murah untuk bersedekah
dan berimfak ke jalan-Mu Ya Allah,
Ya Allah, Ya Rahman,Ya Mutakbir,
kayakanlah kami dengan rezeki yang diberkati dan yang Kau
redhai.
Ya Allah, Ya Arhamarohimin,
kuatkankanlah kami untuk sentiasa berselawat kepadà
junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Ya Allah,
Ampunkanlah segala dosa-dosa dan kekhilafan kami,
Dosa kedua ibu bapa kami,
Dosa pasangan hidup kami,
Dosa anak2 dan zuriat kami,
Dosa saudara2 kami,
Dosa sahabat2 kami,
Dosa guru2 kami,
Dosa pemimpin2 kami,
Dosa seluruh kaum muslimin dan muslimat samada yang masih hidup atau telah pun
meninggal dunia serta kurniakanlah kesihatan mental dan fisikal yang terbaik
kepada kami.
Ya Allah, Maqbulkanlah dan perkenankanlah semua doa-doa
kami.
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.