disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Selasa, 28 Januari 2014

Jemputan Ke Sambutan Maulidur Rasul 1435H / 2014M - Masjid Mukim Padang Enggang.

'RASULULLAH SAW IDOLA KITA'


InsyaAllah  pada hari Jumaat, 31 Jan 2014 bersamaan 29 Rabiul Awwal 1435H  bertempat di Masjid Mukim Padang Enggang akan diadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Mukim Padang Enggang.

Semua anak mukim Padang Enggang dijemput hadir...

Marilah kita sama-sama menyertai perarakan dan berselawat ke atas Junjungan Rasulullah SAW. Majlis itu juga akan disajikan dengan pengisian rohani pada sesi 'Ceramah Maghrib' yang akan disampaikan oleh Ustaz Mohamad Suhaimi Bin Mohamad, Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK)

Semoga akan bertambah kecintaan kita kepada Rasulullah SAW dan berusaha mencontohi akhlak baginda. Kemuliaan akhlak dan ketinggian peribadi Rasulullah SAW telah menjadikan baginda sebagai lambang kemegahan umat Islam. Baginda merupakan contoh ikutan terbaik sepanjang zaman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.