Peranan utama Jawatankuasa masjid ialah membantu majlis Agama islam Kelantan (MAIK) mengawal-selia semua aktiviti keagamaan didalam kariah agar berjalan sejajar dan tidak bertentangan dengan ajaran Islam dan undang-undang semasa mengenai hal ehwal Islam yang berkuatkuasa
Berikut adalah senarai nama pegawai dan ahli jawatankuasa Masjid Mukim Padang Enggang 2018 / 2019:
PENGERUSI:
 |
Ust Haji Abdul Halim Isa
(Imam Tua) |
NAIB PENGERUSI:
 |
Ustaz Shahiman Hassan
(Imam Muda) |
SETIAUSAHA:
 |
Hj Ruzaidi Bin Ismail |
BENDAHARI:
 |
Haji Fauzi Bin Deris |
AHLI JAWATANKUASA:
 |
Hj Mohd Noor Bin Dollah (Bilal) |
 |
En Idrus Bin Ibrahim (Siak) |
 |
En Ibrahim Taib (Penghulu Wakaf Che Yeh) |
 |
En Alias Bin Mamat |
 |
En Mat Hassan Bin Md Ariffin |
 |
En Azli Bin Ismail |
 |
En Ahmad Bin Mohamood |
 |
En Khairul Azlin Bin Mohd |
 |
En Anuar Bin Saman |
 |
En Zakaria Bin Salleh
(Penghulu Pdg Enggang)
|
Fungsi Jawatankuasa masjid adalah seperti berikut :
- Memastikan masjid menjadi tempat kariah beribadah terutamanya
mendirikan solat jumaat, solat fardhu dan solat sunat.
- Mengadakan guru untuk kelas pendidikan Islam yang memberi faedah kepada ahli kariah.
- Mengatur dan persiapan tempat untuk mengadakan sesuatu majlis perayaan yang
berkaitan dengan Agama Islam.
- Memastikan masjid dijadikan Pusat penyebaran dakwah, maklumat, peraturan dan akur arahan daripada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK)
- Tempat mengadakan mesyuarat atau perjumpaan
berkenaan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan kegiatan keagamaan.
- Mempergiat fungsi lain yang berkaitan dengan
kegiatan agama Islam sebagaimana diluluskan oleh MAIK dari semasa ke semasa.
- Memastikan semua arahan yang dikeluarkan oleh Majlis mengenai hal ehwal
masjid dan anak-anak kariah dilaksanakan sebaik mungkin.
- Memastikan hanya mereka yang mempunyai tauliah oleh Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) sahaja yang dibenarkan berceramah dan mengajar di masjid tersebut.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Taubah ayat 107-109 yang bermaksud:
Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata:" Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata ". Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta.

Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Qubaa' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).
Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di atas dasar taqwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan yang membangunkannya ke dalam api neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim.
Pengajaran dari surah Al-Taubah ayat 107-109, maka takutlah kita kepada Allah dalam berurusan dengan
manusia. Janganlah pula kita takut kepada manusia ketika kita melaksanakan
urusan dan perintah Allah. Sentiasalah kita mengadu kepada Allah mengenai
masalah kita dengan sesama manusia.
Umat Islam kini asyik
mendakwa bahawa merekalah yang terbaik dan mampu untuk melaksanakan amanah ini.
Betapa sukarnya untuk kita membina rumah Allah, namun jauh lebih sukar bagi membuat
pengisian dan pengimarahnnya. Baik
buruk sesebuah masjid dinilai melalui fungsi dan pentadbirnya, bukan
berdasarkan bangunan dan perhiasannya.
Jawatankuasa mestilah
benar dalam segala aktiviti yang dirancang, amanah dalam pengurusan kewangan
dan bertanggungjawab dalam memastikan peranan dan fungsi masjid berjalan dengan baik. Masjid hendaklah menjadi tempat kepada golongan
yang lemah dan memerlukan di kalangan ahli qariah sebelum mereka
mendapatkan bantuan.
Pengurusan masjid hendaklah adil
dalam memberikan segala bantuan kepada anak kariah yang memerlukan tanpa
melihat kepada faktor politik, puak dan keturunan. Masjid tidak seharusnya
menjadi badan pengumpul sumber kewangan yang akhirnya hanya
menguntungkan pihak bank.
Antara program yang dilaksanakan adalah kuliah
maghrib pada setiap hari yang merangkumi tazkirah umum, pengajian kitab dan hadis, kelas agama khusus untuk qariah wanita yang dibimbing oleh Ustazah Siti Zubaidah dan kursus asas haji dan
umrah.
Selain itu, Masjid Mukim Padang Enggang turut
menganjurkan program kemasyarakatan seperti kelas mengaji al-Quran, majlis
tadarus sempena Ramadan, kuliah subuh, majlis Qiyamullail, majlis berbuka puasa
dan sambutan hari raya, kenduri kesyukuran, kenduri arwah serta tahlil.
Hasil sumbangan yang diinfakkan
oleh penduduk akan digunakan semula untuk kebajikan serta kegunaan mereka melalui ahli jawatankuasa dilantik dan mereka dibahagikan kepada pelbagai biro termasuk
dakwah, kebajikan.
Sebahagian dari hampir 100 orang pelajar yang mengikuti
kelas Al-Quran. Pakej pengajian yang tidak dikenakan bayaran yuran bulanan ini mendapat
sambutan yang amat menggalakkan dari penduduk mukim Padang Enggang: