Infaq pembuka pintu rezeki. Harta yang diinfaqkan takkan pernah berkurang, malah Allah akan melipatgandakannya. Semoga setiap ringgit yang diinfaqkan menjadi pemberat amal diakhirat kelak.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah - ayat 261:
مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَٰلَهُمْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ
كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍۢ مِّا۟ئَةُ حَبَّةٍۢ
ۗ وَٱللَّهُ يُضَـٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ ۗ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ ٢٦١
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
📌 Jom infaq sekarang untuk:
Tabung Pembangunan Sekolah Menengah Ugama (Arab) Sullamiah.
No Akaun Bank Islam: 03018010068560
🌟 Jangan lepaskan peluang bina saham akhirat yang kekal selamanya!
📲 Infaq dari anda hari ini, ganjarannya mengalir berpanjangan.
Infaq membantu membersihkan hati dan menyucikan jiwa. Infaq
mengajarkan rasa syukur kepada Allah dan menyedarkan kita akan nikmat yang
diberikan-Nya. Persiapkan diri dengan amalan yang ganjaran pahalanya terus
mengalir meskipun roh kita sudah berpisah daripada jasad.
Bayangkan di mahsyar nanti, banyak pahala yang tercatat dalam buku amalan, rupanya itu adalah hasil infaq yang dilakukan masa di dunia dahulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.