Kubur merupakan salah satu tempat persinggahan manusia selepas meninggal dunia. Manusia akan dibangkitkan dari alam kubur dan dihimpunkan di Padang Mahsyar apabila berlakunya hari kiamat. Alam kubur juga disebut sebagai alam barzakh. Di alam barzakh, simati akan sentiasa menunggu doa daripada anak-anak yang soleh serta saudara-mara lain supaya mendoakan kesejahteraan mereka di sana. Doa anak yang soleh adalah hadiah yang terus sampai kepada ibu bapa, walaupun mereka telah kembali kepada Allah.
Tanah perkuburan Islam Jias Wakaf Che Yeh adalah antara beberapa tanah perkuburan lama yang masih digunakan dalam mukim Padang Enggang. Beberapa batu nisan pada kubur lama dengan pelbagai rupa bentuk batu nisan yang masih terpacak utuh dipercayai telah melepasi ratusan tahun.
Kubur Jias berkeluasan hampir satu ekar setengah dinamakan sedemikian berikutan tapaknya bersebelahan sebuah takungan air terbentuk akibat tanah rendah yang dikenali sebagai ‘kubang jias’. Kubang pada segi istilahnya adalah takungan air yang besar di permukaan tanah yang dipenuhi air yang berlumpur, biasanya jadi tempat kerbau berendam.
Perkuburan Islam Jias adalah salah satu antara empat tanah
perkuburan yang terdapat dalam mukim padang enggang.
J/kuasa tanah perkuburan bertanggungjawab menjaga dan menyelenggara kawasan tanah perkuburan. Mereka melakukan pelbagai tugas untuk memastikan tanah perkuburan sentiasa bersih, selamat dan kemas. Ini termasuk memotong rumput, memotong semak dan pokok.
Setelah mendapat kerjasama dan persefahaman sesama anak Mukim Padang Enggang, empat individu yang berwibawa telah dipilih dari kalangan mereka untuk membentuk jawatankuasa kecil bagi bagi setiap tanah kubur bagi melaksanakan urusan tanah kubur sepertimana berikut:
- Kubur Jias – Azli Ismail
- Kubur IJok – Pakteh Husin
- Kubur Surau – Cg Kamil Awang
- Kubur Tok Keling – Zakaria Salleh (Penghulu)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.