السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Selamat Berangkat ke Tanah Suci Abe Ferul & Kak Izzah... tahniah kerana kamu telah terpilih menjadi tetamu Allah.
Bukan semua mendapat jemputan istimewa ini. Kamu adalah insan terpilih, dijemput sebagai tetamu di rumah Allah, tempat segala doa didengar, tempat segala harapan dilimpahkan rahmat.
Banyakkan zikir dan doa sepanjang perjalanan dan ketika berada di Tanah Suci. Moga setiap langkah kamu diberkati, setiap doa dimakbulkan dan kepulangan kamu nanti membawa seribu keberkatan dengan keimanan yang lebih teguh. Doakan juga buat semua ahli keluarga kita yang masih menunggu jemputan.
Kami dan semua ahli keluarga di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu mendoakan semuga Abe & Kak Izzah memperolehi Haji Mabrur, dipermudahkan segala ibadah disana dan selamat dalam perjalanan pergi dan kembali ke tanahair.
آمين يا رب العالمين
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.