![]() |
Foto Haji Abdullah @Malek & Isteri menunaikan ibadah haji melalui Pakej Haji Swasta (PJH) pada tahun 2023M |
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَعَجَّلُوا إِلَى الْحَجِّ يَعْنِي الْفَرِيضَةَ فَإِنَّ أَحَدَكُمْ
لَا يَدْرِي مَا يَعْرِضُ لَهُ
Daripada Ibnu Abbas RA, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Segeralah kamu menunaikan haji (yang wajib) kerana kamu tidak mengetahui apa-apa yang mungkin menimpa”
(Musnad Ahmad No: 2721) Status: Hadis
Sahih
Pengajaran:
- Menunaikan ibadat haji suatu kewajipan kepada mereka yang memenuhi syarat berkuasa dan berkemampuan dari segi kewangan, kesihatan dan keselamatan perjalanan. Jangan ditangguh dengan sengaja melainkan bersebab yang dibenarkan Syara.
- Mengikut Imam Shafi’i kewajipan menunaikan haji tidaklah mesti disegerakan tetapi tidak pula bererti boleh dilambatkan.
- Segera menunaikan haji dalam keadaan kita sihat dan mampu adalah penting sebagai langkah berjaga-jaga. Apatah lagi jika telah mendapat surat tawaran. Jika dilewatkan berkemungkinan ia tidak dapat dilaksanakan langsung kerana luput masa atau berlaku sesuatu bencana.
- Jika ada kemudahan untuk tidak menunggu giliran yang mungkin lama lagi; contohnya menggunakan package yang lebih bayarannya dan kita berkemampuan dari segi kewangan, maka elok diusahakan pemergian itu.
Bagi mereka yang berkemampuan dan berkuasa, jangan tunggu
tahun depan atau tahun berikutnya. Kita tak pasti, ketika itu adakah kita masih
hidup, berkuasa atau berkemampuan?.
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia
Negeri Johor, sila klik link di bawah :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.